FAM yang bersidang semalam berhubung dengan salah laku penyokong Kelantan (PAS? - ada yang bawa bendera PAS ke dalam stadium), membuat keputusan untuk mendenda Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sebanyak RM50,000 sahaja selepas penyokong-penyokong Kelantan (sebahagian, bukan semuanya) "berpesta mercun dan bakar kerusi" di Stadium Bukit Jalil pada hari Sabtu 7 November 2009 yang lalu
RM50,000 sahaja? Takkan murah sangat harga kekacauan yang ditimbulkan.
Kekacauan itu bukan sahaja mengganggu rentak permainan kedua-dua pasukan, menyebabkan penonton-penonton di stadium dan di rumah tidak selesa, menyebabkan kecederaan (jurugambar RTM kena jahit kepala kerana koyak akibat lontaran batu), kerosakan harta benda, sampah sarap tidak perlu di sekitar trek padang (beratus-ratus botol air yang dilontar ke arah padang) dan juga kemungkinan berlakunya kematian akibat daripada kebakaran (kerusi dan tong sampah yang dibakar) sekiranya kebakaran tersebut tidak dapat di kawal. Dengan membayangkan segala kemungkinan ini sahaja, C-bOk taubat tidak akan ke stadium Bukit Jalil sekiranya ada perlawatan yang melibatkan KAFA.
........ dan dengan segala kemungkinan itu, FAM hanya merasakan KAFA perlu membayar RM50,000 sahaja sebagai denda terhadap kekacauan dan kerosakkan yang berlaku.
Tidakkah FAM melihat kemungkinan berlakunya kecederaan teruk dan kematian sebagai satu yang serius dan perlu diberi perhatian yang sewajarnya? Adakah denda serendah ini akan memberi kesan kepada penyokong-penyokong ala 'holigans" berkenaan daripada mengulangi sikap tidak berdisiplin mereka? C-bOk rasa tidak. Kita akan berhadapan dengan masalah yang sama di masa depan sekiranya KAFA sekali lagi bertandang ke Pertandingan Akhir Piala Malaysia 2010.
Thursday, November 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
banyak mana pun kena denda..50 ribu ka..1 ratus ribu ka..1 juta ka..
kalau dah beruk tu..beruk jugak..
Anuar Musa tu PAS ke?
Salam.
Ini bkn soal rakyat Kelantan ataupun warga PAS ataupun gedebenya penonton dan penyokong KAFA. Ini adalah soal budaya Barat yg dibawa oleh sukan ke dlm segenap jiwa org Melayu khususnya. Kita mungkin mengatakan penyokong Selangor atau Kedah tidak mcm tu. Tapi, kata2 kesat akibat kalah atau pun menang sekalipun masih wujud lagi dlm kalangan penyokong2 pasukan selain KAFA. Mercun2 juga wujud bkn hanya dalam perlawanan melibatkan Kelantan. Persoalannya, apa yg KAFA yg diterajui Annuar Musa akan lakukan untuk menyuntik semangat "menonton pasukan mereka bertanding" "berbanding "provokasi secara ganas".
Sepatutnya kelab penyokong dan KAFA perlu duduk dan berusaha mewujudkan satu kaedah untuk approach mereka yang membawa budaya barat melampau itu ke dlm stadium sewaktu perlawanan berlangsung.
Salam Perjuangan!
Post a Comment