Saturday, November 21, 2009

SPRM: "Justice Delayed is Justice Denied"


C-bOk tidak berniat untuk menghina Mahkamah Tinggi yang telah membuat keputusan berkaitan dengan waktu siasatan SPRM terhad pada masa pejabat sahaja iaitu dari jam 8.30 pagi - 5.30 petang sebagaimana yang diputuskan oleh Yang Ariff Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd. Ariff Mohd. Yusof. Namun banyak pihak yang mula mempersoalkannya khususnya dari keberkesanan usaha-usaha yang digerakkan untuk memerangi gejala rasuah di negara ini.

Rata-rata persepsi terhadap keputusan ini adalah seperti berikut:

(i) SPRM tidak akan dapat menjalankan tugasnya dengan berkesan sekiranya kuasa menyiasat dihadkan pada waktu pejabat sahaja. Kes-kes jenayah yang berkaitan dengan rasuah tidak terhad berlaku pada waktu pejabat sahaja. Ianya boleh berlaku pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Sekiranya kuasa SPRM dihadkan pada waktu pejabat sahaja selama 9 jam (8.30 pagi - 5.30 petang) bagaimana SPRM hendak memerangi kejadian jenayah rasuah yang beraksi 24 jam sehari?;

(ii) SPRM adalah satu-satunya agensi di dunia yang dihadkan kuasa siasatan mereka pada waktu pejabat sahaja. Agensi-agensi lain seperti INTERPOL, CIA, FBI, Agensi Pencegah Rasuah Hong Kong dan lain-lain yang terkenal di sleuruh dunia tidak mempunyai had/sekatan seperti yang dikenakan kepada SPRM. Agensi-agensi penguatkuasa ini bukan sahaja beroperasi 24 jam, malahan mereka bergerak di seluruh dunia untuk mencapai objektif penubuhan mereka dari segi penguatkuasaan undang-undang (dan juga politik);

(iii) Usaha memerangi gejala rasuah di negara ini dipermain-mainkan oleh orang-orang politik dan mereka yang berkepentingan. Dalam hal ini, Tan Boon Wah dari parti DAP yang membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi merasakan siasatan yang dibuat terhadap beliau menimbulkan "kerugian" serta menceroboh "hak-hak asasi" belia (Kena batang hidung sendiri baru sibuk. Dulu, sekiranya boleh mahukan SPRM menyiasat tokoh parti pemerintah. Tidak pula timbul soal kerugian dan hak asasi);

(iv) Terdapat kecenderungan yang semakin meningkat di kalangan orang-orang yang tertuduh untuk menggunakan "loopholes" di dalam perundangan kita untuk mendapatkan kelebihan ke atas perundangan. Mereka ini kini dilihat menggunakan politik untuk mencapai hasrat dan objektif mereka. Malahan terdapat parti-parti politik yang menjadikan perjuangan untuk memberi kelebihan kepada penjenayah pula sebagai matlamat perjuangan mereka;

(iv) Ruang kini terbuka dengan luasnya kepada penjenayah rasuah untuk merancang aktiviti mereka apabila ditangkap. Mereka mempunyai kelebihan untuk melepaskan diri daripada sabit kesalahan dengan kelebihan untuk merancang, memanipulasi dan melatih saksi dengan masa terluang yang ada selepas waktu pejabat;

Bagi C-bOk Mahkamah Tinggi dalam hal ini, sewajarnya menterjemahkan apa-apa juga maksud perundangan dari sudut kesan positif kepada negara serta masyarakat dan tidak terhad kepada alasan sempit kerugian/hak asasi individu semata-mata. Kerana disebalik seorang yang membawa isu ini, ada 27 juta lagi rakyat negara yang juga mempunyai hak asasi mereka yang tidak mahukan jenayah berleluasa di negara ini.

SPRM pula sewajarnya menyegerakan rayuan supaya keputusan Mahkamah Tinggi ini dipertimbangkan semula. Kita tidak mahu sebarang siasatan yang dibuat terhadap apa-apa kesalahan jenayah rasuah dilewat-lewatnya hanya kerana masa yang terhad untuk membuat siasatan. Pepatah ada menyatakan "Justice Delayed is Justice Denied"

2 comments:

psychomatix said...

Salam.

Kalau dikenang semula - kes surat yang ditandatangani oleh sebilangan warga SPRM - telah tertutup mcm tu saja. Memang tidak jelas kedudukan surat tersebut dan ada denial dari pihak yang dituduh ... tapi, cara ianya senyap tidak normal. Polis dan SPRM saling vice versa dlm kes ni ... Malaysia ni memang banyak benda pelik2. Lebih pelik lagi bila dtgnya dari penguatkuasa ...

Salam Perjuangan!

Anonymous said...

...please where can I buy a unicorn?