Wednesday, November 11, 2009

Naik Haji Yang Di Taja

Pengakuan Nik Aziz yang mengesahkan penajaan pihak ketiga ke atas ibadah haji yang akan ditunaikan tahun ini dan juga yang telah di tunaikan di tahun-tahun yang lalu mengundangkan pandangan berbeza.

Blogger pro PAS menerima alasan Nik Aziz "menghalalkan" tajaan itu secara buta-buta dan menuduh pula pihak media mempermainkan isu ini sebagai mainan pemerintah. Maknanya bagi blogger seperti ini, "semuanya oklah..." bila berkaitan dengan Nik Aziz.

Kalau ada sesiapa yang menaja YAB Perdana Menteri atau YAB Timbalan Perdana Menteri naik haji macamana pula?

Soalnya bukan hak si penaja untuk menaja sesiapa sahaja yang dikehendaki dan hak orang yang ditaja untuk menerima buta-buta tanpa mengkaji sebab musabab dan niat penaja di dalam membuat penajaan tersebut. Dalam apa juga keadaan, apabila seseorang hendak membuat tajaan, mestilah mempunyai sebab. Lebih-lebih lagi Nik Aziz adalah kakitangan Kerajaan dan pemimpin sebuah negeri.

Bukankah sudah ada "General Order" yang melarang kakitangan Kerajaan (tidak kira Kerajaan yang memerintah negara atau negeri) menerima apa juga bentuk hadiah dan penajaan adalah jelas berbentuk hadiah kecuali ianya dalam bentuk zakat yang diberikan kepada orang-orang yang tidak mampu. Malahan, kakitangan Kerajaan tidak boleh menerima sekecil-kecil hamper yang cuma berharga puluhan ringgit itu berdasarkan kepada "General Order" yang berkuatkuasa.

Sekiranya diterima juga, pertuduhan pecah amanah atau rasuah boleh dikenakan kepada kakitangan Kerajaan yang terbabit kerana mereka telah di "compromise" yang meletakkan mereka dalam keadaan sukar untuk membuat keputusan apabila melibatkan orang yang memberi hadiah/penajaan. Parti UMNO pernah menghukum tokoh hanya semata-mata menaja majlis jamuan semasa kempen pemilihan kepimpinan kerana ianya berbentuk rasuah dan mengundang rasa terhutang budi

Namun apabila berkaitan dengan Nik Aziz, ianya boleh? Tidak terhutang budikah Nik Aziz dengan orang yang saban tahun menaja pemergian beliau ke Mekah?

C-bOk bersetuju dengan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee yang menyarankan supaya Nik Aziz mendedahkan nama orang yang membuat penajaan tersebut. Setidak-tidaknya ianya boleh mengelakkan daripada tohmahan terhadap niat tersembunyi di sebalik tajaan itu.

4 comments:

drjoe said...

tu bukan rasuah..tu hadiah..

dalam PAS mana ada rasuah..
mereka semuanya ada integriti yang tinggi!!!

DIARI PKGMEN said...

UMNO lagi teruk rasuahnya.52 tahun bergelumang

DIARI PKGMEN said...

UMNO yang paling baik dalam dunia

Zainal A. Kasim said...

Sdra. Azhar/Diari PkgMen,

i. UMNO bukan yang terbaik di dunia. Begitu juga dengan PAS. Semua ada kelemahan;

ii. Rasuah ada di mana-mana. Di dalam parti politik, jabatan Kerajaan, persatuan dan sebagainya. Tidak ada yang maksum rasuah - baik UMNO mahu pun PAS;

iii. Tidak betul sekiranya kita secara buta tuli meng'iya'kan sesuatu mengikut kulit bukunya sahaja.