Thursday, September 10, 2009

Indonesia Perlu Minta Maaf!

1. Membaca laporan akhbar serta melihat gambar rakyat Indonesia (segelintir yang amat kecil) memegang buloh runcing di tengah-tengah kota Jakarta untuk mencari dan menghalau rakyat Malaysia dari Indonesia benar-benar "mencabar" kedaulatan negara kita;

2. Setelah 64 tahun Indonesia merdeka serta menjadi salah sebuah negara yang pesat berkembang dari segi ekonomi di rantau ini, masih ada lagi segelintir rakyatnya yang berfikiran kuno serta bersifat primitif;

3. Memegang buloh runcing atau tombak adalah gambaran pahlawan dahulu kala yang menggunakan senjata kuno untuk memerangi musuh mereka. Adakah mereka yang bertombak ini akan menggunakan tombak buluh runcing itu sekiranya ditakdirkan mereka berjumpa dengan rakyat Malaysia ketika sekatan pemeriksaan itu dibuat?

4. Sekiranya itu berlaku, maka bakal rosaklah perhubungan kekeluargaan dan diplomatik yang sekian lama telah kita pupuk di antara dua negara. Nasib baiklah perkara itu tidak berlaku kerana kebetulan mereka tidak berjumpa dengan rakyat Malaysia semasa sekatan berkenaan dibuat;

5. Namun, tindakan provokasi melampau ini perlu dibendung segera oleh Kerajaan Indonesia. Cara yang ditunjukkan oleh mereka yang bertombak buluh runcing ini adalah satu tindakan provokasi melampau yang tidak perlu;

6. Hanya kerana "anggapan" kita mencuri budaya mereka melalui klip video tarian pendet, sanggup mereka menunjukkan tindakan mahu "membunuh" (terjemahan kepada aksi membawa buluh runcing sebagai senjata), sedangkan hanya dengan satu arahan sahaja, kita juga boleh melaksanakan "sweaping orang Indonesia" di negara ini yang berjumlah jutaan bertaburan di seluruh pelusok negara kerana mencari rezeki;

7. Tahu kah mereka yang berbuluh runcing itu bahawa kita telah menyediakan sambutan permaidani merah kepada Tenaga Kerja Indonesia (TKI) di negara ini di dalam sektor perkilangan, pembangunan dan pembantu rumah yang telah menggajikan berjuta rakyat Indonesia yang menghantar pulang berbillion ringit setiap tahun ke tanah air mereka? Duit inilah yan digunakan untuk menyekolahkan anak-anak mereka, membina rumah-rumah mereka, jadi modal untuk membeli sapi (lembu) dan modal untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan mereka yang telah merubah kehidupan sebahagian besar rakyat di Indonesia;

8. Walaupun jasa baik kita itu seringkali tidak dihargai dengan sikap buruk sebahagian daripada TKI dan juga PATI (pendatang asing tanpa izin) yang ramai sekali dari Indonesia ke negara ini yang merompak rakyat Malaysia, merogol rakyat Malaysia, membunuh, mencolek anak-anak gadis kita untuk kahwin lari dan sebagainya lagi;

9. Sesungguhnya kita mempunyai banyak sebab untuk melaksanakan "sweaping orang Indonesia" di negara kita ini. Sebaliknya kita rakyat bertamadun yang berfikiran positif, menghormati tetamu serta memuliakan saudara serumpun tidak bersikap seperti mereka yang berbuluh runcing itu ;

10. Namun itu tidak bermakna kita wajar membiarkan sahaja sikap provokasi sebahagian kecil rakyat Indonesia dan juga media negara berkenaan yang terus-terusan menggambarkan Malaysia sebagai amat teruk di mata mereka melalui sikap primitif itu;

11. Kita wajar menuntut kemaafan daripada Indonesia terhadap sikap tersebut kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat dan bukannya untuk diperkotak-katikkan oleh anasir subversif kuno negara jiran kita.

2 comments:

malaysian sabahan said...

Bangang punya Malaysia, Apa relevannya dengan Malaysia Tarian POONDI tu. Bodoh punya BN, Stupid Malaysian Government, very stupid,

Zainal A. Kasim said...

Kulindod,

Amboi-amboi. Sedapnya bahasa.

Jangan lupa bahawa 1.8 juta rakyat Indonesia ada di Malaysia kerana mencari rezeki.

Dengan sumbangan rakyat serta Kerajaan Malaysialah, keluarga 1.8 juta ini dapat makan dan minum.