Friday, June 20, 2008

ADUN Bentayan Cari Pasal?

ADUN Bentayan (DAP) Gwee Tong Hiang saja nak cari pasal. Atas alasan prinsip, beliau tidak memakai pakaian rasmi lengkap suit berwarna putih seperti ADUN lain. Atas sebab ini beliau telah diarahkan untuk meninggalkan Dewan oleh Speaker, Datuk Mohd. Ali Hassan. Dalam masa yang sama, tiga orang wakil rakyat DAP yang lain memakai pakaian rasmi berkenaan. Tak ada masalah pun.

ADUN yang sama juga pernah membangkitkan soal pemakaian songkok kerana beranggapan songkok itu Islam dan Melayu. Beliau dan juga 3 orang ADUN DAP yang lain juga tidak hadir ke majlis angkat sumpah Menteri Besar dan EXCO Kerajaan Negeri Johor baru-baru ini.

C-bOk anggap tindakan ADUN Bentayan ini kurang ajar dan ingin bertanya kepada beliau:

  1. Nak jadi wakil rakyat ke tidak?
  2. Prinsip apa awak pakai? Kalau ada orang pakai kain pelikat atau seluar pendek ke Dewan Undangan Negeri atas alasan prinsip, boleh terima ke? Kalau awak jadi spekar adakah awak akan benarkan pakaian bebas?
  3. Awak anti Melayu/Islam ke?
  4. Rakyat yang undi awak tu bersetuju ke dengan tindakan awak ni?

Kalau YB Bentayan ini tidak boleh menerima keputusan suara ramai dan juga peraturan yang telah ditetapkan, eloklah berhenti sahaja daripada menjadi wakil rakyat. Rakyat mahukan ADUN mereka berkhidmat kepada rakyat dengan membawakan isu-isu yang menyentuh permasalahan rakyat seperti kenaikan harga barangan, minyak dan perkhidmatan. Bukannya mencari populariti murahan seperti ini.

YB Gwee Tong Hiang. Rakyat sudah menyampah dengan gelagat ahli-ahli politik sekarang ini. Termasuklah dengan gelagat anda di istiadat perasmian DUN Johor semalam.

No comments: