Wednesday, June 11, 2008

Telur Pula NAIK

Selepas kita dibelenggu dengan kenaikan harga minyak yang secara tidak langsung memberi kesan rantaian kepada harga barangan dan perkhidmatan lain, kini pengguna semakin tersepit dengan kenaikan harga telur pula.

Sekiranya minyak mencatatkan peratusan kenaikan harga tertinggi di dalam sejarah, telur juga turut mencatatkan rekod yang sama dengan kenaikan sehingga 23% di pasaran sebagaimana yang dilapurkan di dalam akhbar. Harga baru adalah seperti berikut:

Gred A (10 biji): RM3.30 harga baru (RM2.70 harga lama)

Gred B (10 biji): RM3.10 harga baru (RM2.60 harga lama)

Penjual telur menyalahkan pemborong yang menjual kepada mereka dengan harga yang lebih mahal. Manakala pemborong pula memberi alasan kenaikan harga minyak yang memberi kesan kepada kos pengangkutan. (Pak Menteri kata, peniaga tidak ada alasan untuk menaikan harga barangan dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini).

Dengan kenaikan harga ini pasti harga telur goreng, terlur mata kerbau, telur dadar, telur rebus, telur separuh masak, roti telur, burger telur, kek dan lain-lain yang menggunakan telur akan turut naik. Maka rakyat tinggal telur (0).

Mungkin selepas ini ada pak Menteri yang akan mencadangkan rakyat untuk menternak ayam pula untuk mendapatkan telur. Seperti juga cadangan sebelum ini untuk bercucuk tanam bagi mendapatkan bekalan sayur. Dengan masalah tanah dan ruang yang semakin terhad khususnya di bandar-bandar besar Pak Menteri mencadangkan penggunaan pasu untuk menanam sayur. Nak ternak ayam macamana? Ubahsuai sebuah bilik dalam rumah (pangsa/flat) untuk dijadikan reban ayam?

No comments: