
Hari ini semasa lunch, C-bOk pergi ke kedai Ani Sup Utara Medan MARA Kuala Lumpur. Sup ada tetapi air yang ada cuma ais kosong, air suam atau air yang berasaskan susu. Air lain seperti sirap, air buah dan air-air lain yang menggunakan gula TAK ADA. Sebabnya kerana GULA TAK ADA.
Apa ni? Ini sudah masalah serious. Sehingga orang berniaga pun sudah tidak ada gula.
Apa yang dibuat oleh KPDNKK? Ataupun lebih tepat lagi, apa yang Menteri KPDNKK buat? Takkan masalah gula pun tak boleh settle? Kita ada Raja Gula (Robert Kuok) di negara ini. Raja Gula ini juga adalah antara orang terkaya di Malaysia/Asia. Tapi masalah bekalan gula tak boleh settle?
Menteri dan KPDNKK! Anda kena lebih proaktif untuk menyelesaikan masalah ini. Janganlah makan gaji buta dan buat kenyataan yang tidak berpijak dibumi nyata. Hakikatnya "gula tidak ada di pasaran". So, what are you going to do?
1 comment:
Cuba cari di gudang pembekal yang dimonopoli oleh Cina.
Mungkin ini cara mereka nak paksa supaya harga gula naik kerana bekalan berkurangan di pasaran.
Lies by the Israeli terrorists.
Post a Comment