Jangan pinda Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) hanya kerana semata-mata hendak membenarkan pensyarah dan pelajar berpolitik. Cadangan yang dibangkitkan oleh beberapa orang ahli politik bengkrap itu sungguh tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri dan meletakkan masa depan anak-anak kita dan negara terkebelakang dari segi prioriti kesejahteraan pembangunan negara.
Anak-anak kita dan guru-guru mereka (pensyarah) sepatutnya menumpukan sepenuh masa mereka kepada usaha untuk melengkapkan diri dengan pelajaran dan ilmu pengetahuan. Hanya pelajaran yang sempurna dan lengkap yang akan menjamin masa depan kita.
Sekiranya mereka hendak berpolitik, maka eloklah menyertai mana-mana parti politik dan tinggalkan dunia pembelajaran dan pendidikan. Politik tidak menjamin masa depan. Hanya pelajaran yang sempurna boleh menjamin masa depan kita semua.
Ingat! Kalau berpolitik dan jadi menteri sekali pun, kuasa di tangan hanya kekal 5 tahun. Sedangkan pelajaran membekalkan kita dengan kuasa pengetahuan semumur hidup.
Sunday, August 01, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam tuan,
saya bersetuju agar pelajar dan pensyarah terus tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Universiti utk belajar bukan berpolitik. takut nanti ada Universiti UMNO Malaysia, Universiti PAS Malaysia etc., khusus utk train student jadi politik. ia tak mustahil. Yg ni mungkin kita di tangga teratas universiti terbaik dunia dalam mengajar politik. La ni di tangga ke 200. Huhu...
Post a Comment