Penceramah motivasi Dr. Azizan Osman yang popular dengan seminar percumanya, baru-baru ini membuat kenyataan yang dia bercadang untuk mengambil alih beberapa buah syarikat yang tersenarai di Bursa Kuala Lumpur. Antara kenyataan beliau ialah sedang berunding untuk mengambil alih Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK).
Walaupun C-bOk merasa bangga dengan perkembangan Dr. Azizan - pastinya hebat sekiranya beliau berjaya mengambil alih PNS. Namun wajar kita kaji semula kenapa PNS ditubuhkan. PNS bukan seperti agensi Kerajaan yang lain. PNS membawa wadah untuk membina semangat keusahawanan khususnya di kalangan Bumiputra. PNS mengenalpasti syarikat-syarikat yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai syarikat francais dan dikembangkan di dalam dan luar negara. PNS juga menyediakan dana untuk melahirkan seberapa ramai usahawan khususnya usahawan Bumiputra.
PNS melaksanakan tugasan ini dengan dna yang disediakan oleh Kerajaan dan juga melaksanakan agenda-agenda yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan.
Bolehkan agenda-agenda pembangunan keusahawanan ini dilaksanakan oleh Dr. Azizan sebagai seorang individu?
Tuesday, January 29, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)