Penceramah motivasi Dr. Azizan Osman yang popular dengan seminar percumanya, baru-baru ini membuat kenyataan yang dia bercadang untuk mengambil alih beberapa buah syarikat yang tersenarai di Bursa Kuala Lumpur. Antara kenyataan beliau ialah sedang berunding untuk mengambil alih Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNKK).
Walaupun C-bOk merasa bangga dengan perkembangan Dr. Azizan - pastinya hebat sekiranya beliau berjaya mengambil alih PNS. Namun wajar kita kaji semula kenapa PNS ditubuhkan. PNS bukan seperti agensi Kerajaan yang lain. PNS membawa wadah untuk membina semangat keusahawanan khususnya di kalangan Bumiputra. PNS mengenalpasti syarikat-syarikat yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai syarikat francais dan dikembangkan di dalam dan luar negara. PNS juga menyediakan dana untuk melahirkan seberapa ramai usahawan khususnya usahawan Bumiputra.
PNS melaksanakan tugasan ini dengan dna yang disediakan oleh Kerajaan dan juga melaksanakan agenda-agenda yang dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan.
Bolehkan agenda-agenda pembangunan keusahawanan ini dilaksanakan oleh Dr. Azizan sebagai seorang individu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Izin saya .
Dalam hal isu privatisation ajensi ,semua mahu di beri hidangan yang sudah sedia siap saperti makan segera,tak payah siasat selidek feasibility studies, unjuran sini sana dan memerlukan merchant bank untuk melicinkan proses pengambilan.
Siapa pun ambil alih secara ini wajib dapat sokong parti pemerentah,kerajaan, dan kabinet dan sudah tentu PM 1M 1M4U.
Pada saya langkah ini tidak adil.
Pada saya ini akan di jadi kan bahan politik PRU dan akan di jadi kan kes studi parti politik PR atau sabotaj parti BN.
Walau bagai mana pun, sekira dan andaikata kes ini menjadi kenyataan, ia tidak akan menjaminkan 2/3 majoriti bagi 1M 1M4U liberal vernakular sino centric prime minister for interfaith engage inklusive BR1M KR1M volunteer kelainan Jen Y dlll
open sky open door world view suami FLOM.
Banyak cara lain untuk menolong bantu orang melayu yang ramai, bukan cara bantu dia sorang saja.
Hebat sangat ke 1M4U ?
arjuna waspada
changkat lobak.
Post a Comment