Saban tahun, 21 Jun disambut sebagai Hari Bapa di seluruh dunia. Selalunya 21 Jun berlalu sebagaimana hari-hari biasa sahaja. Tidak ada apa-apa yang istimewanya.
Namun tahun ini ada different sikit. Bangun pagi-pagi aja, isteri C-bOk dan anak-anak sudah siap dengan kad ucapan "Selamat Hari Bapa" dan juga hadiah sebuah mug "Best Dad in the World" (lihat gambar).
Sebelah malam pula dia orang pakat ramai-ramai belanja C-bOk, bapa mertua dan adik-adik ipar (lelaki) makan malam di Holiday Villa Subang Jaya. This is the best "Father's Day". Tahun depan kita orang kena reciprocal dinner untuk isteri-isteri kami pula semasa "Mother's Day". Dia orang dah demand - round table dinner.... (kat mana ya....?)
Monday, June 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Adakah hari bapa (dan juga hari ibu) disebut dalam Al-Quran dan Hadith dan merupakan amalan orang Islam? Setahu saya, tiada hari bapa dan hari ibu dalam Islam. Dalam Islam, SETIAP HARI adalah hari ibu/bapa. SETIAP HARI kita wajib menyayangi, mengingati, menghormati dan mentaati ibu bapa kita. Kalau nak ikut logik pun, mengapa mesti kita tunggu hari ibu/bapa untuk mengingati mereka? Sekadar mengingat-ingatkan..... Kalau saya silap, harap maaf.
Saudara Alizul,
1. Terima kasih dengan komen;
2. Saya lihat saudara sendiri tidak yakin dengan kenyataan saudara kerana meminta maaf di penghujung komen;
3. Memang tiada hadis ataupun rujukan di dalam Al-Quran, namun ianya tidak bertentangan dengan Islam;
4. Kita diminta sentiasa mengingati pengorbanan ibu dan bapa kita. Namun sebagai manusia biasa kadang-kadang kita sentiasa sibuk dengan tugasan, di pejabat, mesyuarat ke luar kawasan/oustation dan sebagainya sehingga menyukarkan kita untuk menyatakan kasih sayang kita dengan ibu/bapa, isteri dan anak-anak pada setiap masa/hari;
5. Maka memilih satu hari untuk kita bersama-sama makan/minum serta menyatakan kasih sayang kita kepada bapa (seperti yang isteri dan anak-anak saya lakukan pada hari Ahad dahulu) PASTINYA tidak bertentangan dengan Islam;
6. Memanglah elok sekiranya ianya dibuat setiap hari. Mungkin saudara melakukannya setiap hari?
7. Saya rasa kita jangan terlalu taksub dengan sikap "anti establishment" sehingga kita gagal membezakan yang boleh dan tidak. Memang ulamak ada menyatakan hari kekasih/valentine sebagai menyimpang daripada ajaran Islam, namun saya tidak pernah mendengar ulamak "mengharamkan" hari ibu dan bapa (inilah pertama kali saya dengar);
8. Bagi saya ianya mengeratkan lagi perhubungan antara keluarga serta memantapkan kasih sayang antara saya sebagai bapa/suami dengan isteri dan anak-anak saya.
Salam.
Terima kasih, saya hormati pendapat saudara. Penulisan post saya berdasarkan beberapa sebab.
Sebab pertama adalah asal usul hari ibu/bapa. Berikut adalah
petikan dari website http://www.mothersdaycelebration.com/mothers-day-history.html :
"The earliest history of Mothers Day dates back to the ancient annual spring festival the Greeks dedicated to maternal goddesses. The Greeks used the occasion to honor Rhea, wife of Cronus and the mother of many deities of Greek mythology. Ancient Romans, too, celebrated a spring festival, called Hilaria dedicated to Cybele, a mother goddess...Early Christians celebrated a Mother's Day of sorts during the festival on the fourth Sunday of Lent in honor of the Virgin Mary, the Mother of Christ. In England the holiday was expanded to include all mothers...The more recent history of Mothers Day dates back to 1600s in England. Here a Mothering Sunday was celebrated annually on the fourth Sunday of Lent (the 40 day period leading up to Easter) to honor mothers..."
Tentang asal usul hari bapa
(http://gbcghana.com/news/26606detail.html):
"The origin of Father’s Day is traced to the ruins in Babylon. A
young boy is recorded to have carved a Father’s Day message on a card made out of clay nearly 4000 years ago. Modern version of Father’s Day celebration originated in Washington in the USA when a woman, Sonora Smart Dodd thought of the idea while listening to a Mother’s Day sermon in 1909. Her father raised six children by himself after the death of their mother. Sonora felt that her father served recognition for what he had done. The first Father’s Day celebration was held on the 19th of June, which happened to be the birthday of Sonora’s father. "
Maksudnya, hari ibu merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang barat kafir iaitu masyarakat Greek kuno dan Roman kuno, dan orang yang beragama kristian. Ia juga dikatakan disambut pada zaman Mesir purba.
Sebab kedua adalah sebab hari ibu/bapa diraiikan. Hari ibu diraiikan pada zaman Mesir purba untuk memberi penghormatan kepada Dewi Isis, atau Dewi Cybele di Rom, atau Dewi Rhea di Greek. Di Eropah pula sambutan 'Mother Church' diraikan bagi menghargai gereja kerana pembaptisan. Hari bapa pula berkait rapa dengan hari ibu kerana idea meraiikannya dicetus oleh perayaan hari ibu. Asal usulnya juga dari barat (kristian) dan ia berperanan sebagai melengkapi (complements) hari ibu. Selain dari sebab-sebab ini, Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata:
“Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Jadi jelaslah bahawa sejarah dan sebab perayaan hari ibu/bapa di barat adalah berlainan dengan apa yang berlaku di Malaysia. Masyarakat kita pula umumnya lebih cenderung dengan budaya ikut-ikutan, dengan sentiasa terpengaruh dan terpedaya dengan budaya orang barat (kafir). Bila orang barat sambut hari valentine dan hari "april fool" kita pun nak sambut sama! Begitu juga dengan hari ibu/bapa. Tidakkah Rasulullah telah bersabda: "Sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka” (diriwayatkan oleh Abu Daud dan Ahmad Hanbal). Baginda juga bersabda supaya kita bezakan diri dari kaum mushrikin terutama dalam perkara-perkara berkaitan dengan apa-apa simbol atau ritual agama-agama lain (Hadith Muslim).
[Bersambung di post berikut...]
Sambungan post terdahulu:
Sebab ketiga adalah berdasarkan nas-nas dalam Al-Quran dan Hadith. Sungguhpun perayaan hari ibu/bapa nampaknya murni dari pandangan mata kasar kita, tetapi hakikatnya agama Islam kita tidak pernah mensyariatkan atau menuntut umat-umatnya agar menghormati dan menyayangi orang tua mereka, suami atau isteri mahupun anak-anak mereka pada hari-hari tertentu sahaja. Benar, ilmuwan Islam berbeza pendapat mengenai sambutan hari ibu. Ada yang berpendapat haram kerana ia menyerupai amalan orang bukan Islam dan orang Islam meniru membuta tuli tanpa menyelidik apakah yang ada di sebalik sambutan itu. Lagi pun, tindakan mengambil satu hari dan dinamakan Hari Ibu tidak diamalkan sejak zaman Rasulullah SAW atau sahabat. Pendapat kedua mengatakan harus dan dibolehkan dengan syarat anak menunjukkan penghormatan dan menjaga kebajikan ibu bukan dihadkan pada hari itu saja, tetapi meraikan ibunya sepanjang masa. Cuma pada hari itu dilebihkan penzahiran kasih sayang dan penghormatan berbanding hari lain. Sheikh Faysal Mawlawi (Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah), berpendapat semua Muslim wajib menghormati ibu dan bapa masing-masing terutama ibu. Apa yang Islam tidak benarkan adalah kita meniru orang bukan Islam dengan meletakkan satu hari sebagai hari meraikan ibu, seolah-olah hari lain ibu tidak diraikan.
Penghargaan dan penghormatan kepada ibu bapa kita disebut sebanyak 11 kali di dalam Quran (contoh al-Israa':23), dan pada setiap sebutan Allah mengingat anak-anak supaya menghargai keperihatian dan kasih sayang yang mereka terima dari ibu bapa mereka. Jika Allah memberi tekanan sebegitu, tidakkah wajib kita mengingati ibu bapa kita pada setiap detik dan masa?
Sebab keempat adalah keadilan. Adilkah atau tidak kita perlakukan begitu kepada insan yang mengandungkan kita selama 9 bulan, seterusnya perit melahirkan kita, dan kini menatang penuh diri kita, tiba-tiba kita hanya meraikan kemulian mereka hanya sehari saja? Bagaimana jika selepas menyambut hari ibu bapa, kita lakukan dosa terhadap mereka di hari-hari lain, adakah kita mesti tunggu hingga hari ibu bapa pada tahun hadapan untuk meminta maaf? Apa yang akan terjadi jika ibu atau bapa kita meninggal dunia sebelum itu dan kita tidak sempat meminta maaf? Bagaimana jika kita sendiri meninggal dunia sebelum hari ibu/bapa?
Berdasarkan huraian di atas, mahukah kita menghormati ibu bapa kita hanya pada satu hari saja?
Saya sebut "Kalau saya silap, harap maaf" di hujung komen sebab menghormati perbezaan pendapat di kalangan ilmuan Islam. Takkanlah saya hendak menentang pendapat dari para ilmuan yang berilmu lebih tinggi dari saya. Juga saya bukan anti-establishment dan posting saya tidak ada kena mengena dengan pendirian politik saya.
Saudara Alizur,
Terima kasih dengan penjelasan. Saya bersetuju dengan pandangan tentang April Fool dan Valentine's Day yang jelas berunsurkan keagamaan dan budaya main-main.
Namun saya juga yakin tidak ada salahnya kita mengingati ibu dan bapa pada satu hari yang istimewa di samping kita mengingati mereka pada hari-hari biasa. Bagi saya ianya lebih baik daripada tidak ingat langsung atau cuba mengingati mereka setiap hari tetapi tidak.
Bayangkan sekiranya kita tidak sempat untuk menghargai mereka setiap hari dan buat tak tahu sahaja pada hari ibu/bapa - apakah kita ini?
Benda yang baik tak payahlah kita kaitkan dengan agama atau bangsa mereka. Mereka sudah terang-terang sesat.
Kerana sekiranya kita amalkan ikut budaya kita serta dimulai dengan Bismillah serta diikuti dengan doa selamat (bapa mertua saya baca doa selamat untuk kami semua semasa makan malam di Holiday Villa itu) maka ianya sudah jadi ibadat.
Salam Sdr Zainal,
Terima kasih dengan komen sdr.
Benar, perkara yang baik tidak salah diamalkan, asalkan ia tidak melanggar hukum syarak.
Sebenarnya, amat mudah untuk kita mengingati ibu bapa setiap hari. Ini boleh dilakukan di dalam solat 5 waktu kita setiap hari. Di akhir setiap solat kita berdoa untuk ibu bapa, bermakna kita sudah mengingati mereka 5 kali. Kalau kita juga berdoa pada sujud terakhir, kita tambah lagi 5 kali. Jadi kita sudah mengingati mereka sebanyak 10 kali sehari.
Jika kita terlalu sibuk sekali pun, kita masih boleh mengingati mereka dengan cara berdoa untuk mereka setiap pagi sebelum memulakan urusan harian - doa ringkas yang tidak memakan masa lebih dari 3 minit.
Sdra. Alizur,
Buat seperti mana yang saudara cadangkan dan tambah dengan mengingati mereka pada hari ibu/bapa.
Insyaallah bertambah-tambah baiknya.
Post a Comment