Wednesday, June 24, 2009

Swine Flu a.k.a. Selsema Babi

1. Swine Flu a.k.a Selsema Babi kini telah diistiharkan endemik, tahap tertinggi di dalam kategori ancaman kepada kesihatan;

2. Namun dalam masa yang sama, kita masih lagi melihat virus ini masuk ke dalam negara khususnya daripada Australia dan Amerika Syarikat;

3. Setakat hari ini, lebih 60 kes telah dilapurkan dan sebahagian besarnya adalah kes yang diimport;

4. Bukankah sudah sampai masanya kita mengistiharkan penggantungan sementara lawatan ke negara-negara tertentu seperti Australia yang menunjukkan penularan wabak selsema babi yang serious. Kita juga perlu menggantung sementara penerbangan dari negara ini sehingga wabak ini terkawal di negara mereka. Eksport wabak ini dari Melbourne khususnya begitu ketara;

5. Dalam membuat keputusan ini, Kerajaan kita perlu mengenepikan sebarang pertimbangan terhadap ekonomi semata-mata. Kita perlu korbankan sementara pertimbangan ekonomi/dagang untuk memastikan negara kita selamat daripada penularan wabak ini;

6. Kerajaan dan parti-parti politik lain juga perlu bergabung untuk menangani masalah ini. Kempen kesedaran kepada masyarakat perlu menyeluruh. Mungkin parti-parti yang selalu buat sembahyang hajat serta vigil kerana kuasa, boleh mempertimbangkan untuk mengadakan sembahyang hajat serta visil untuk keselamatan negara daripada serangan wabak ini pula;

7. Sekolah juga wajar ditutup selama seminggu, khususnya di Lembah Kelang untuk mengelakkan penularan di kalangan pelajar kita. Jumlah hari yang ditutup boleh diganti kemudian pada hari Sabtu sebagaimana yang pernah dilakukan sebelum ini;

8. Semoga negara kita selamat daripada penularan wabak ini.

2 comments:

Syed Zul Tojo said...

Ada orang kata, yang kena adalah pemakan babi, betulke? kerana itu dinamakan selsema babi dan negara yang banyak penghidappun adalah negara yang rakyatnya pemakan babi aktif seperti Filipina di rantau ini.

Kalau betul orang Islampun sedikit sebanyak dah tertelan debu-debu babi dalam makanan-makanan proses

Anonymous said...

Salam ziarah,ada masa layari blog saya

http://kuberharap.blogspot.com