Wednesday, July 22, 2009

"Clue" Depan Mata

"Clue" dah ada di depan mata.

Iklan Along ini ada di merata-rata tempat. Siap dengan nombor sekali. Di taip BOLD sekali. Malahan ditampal di merata tempat. Tidak kurang juga yang mengggunakan akhbar dan juga bonet teksi untuk mengiklankan perkhidmatan mereka. Tetapi masalah along ni masih lagi berleluasa

Apa kata polis dan penguatkuasa PBT menghubungi kesemua Along ni [no telefon dah ada], buat-buat nak pinjam duit dan aturkan pertemuan. Bila dah jumpa, buat-buat lah bincang tentang syarat-syarat pinjaman. Semasa berbincang tu gunakanlah alat perakam untuk merakamkan butir-butir perbincangan tentang pinjaman itu. Lepas tu tangkap saja la si balaci Along tu. Bawa ke mahkamah dan dapatkan kebenaran untuk tahanan reman.

Semasa tahanan reman tu siasatlah habis-habisan. Kalau tak dapat bukti pun, setidak-tidaknya balaci ni takut sikit nak buat kerja tak berperikemanusiaan mereka tu.

Kalau hari-hari Polis boleh buat begini, pasti Along takut sikit nak tunjuk lagak. Seeloknya diadakan KPI kepada semua balai polis. Setiap minggu sekurang-kurangnya 50 balaci Along di tahan reman dan di soal siasat. Impaknya kepada mereka yang bergelar Along ini pasti menggerunkan mereka.

2 comments:

Anonymous said...

Hello bro, camna takleh settle itu ah long,, because polis pun subahat ngan ahlong...

Zainal A. Kasim said...

Anon 4.24,

Tuduhan tu berat. Kalau ada bukti elok di lapurkan. Namun mengemukakan bukti tidak semudah membuat tuduhan. Eloklah kita elakkan daripada membuat tuduhan melulu seperti ini.

Ada orang yang memang sedang "frame" agensi-agensi Kerajaan yang berkhidmat untuk kita sekarang ini untuk digantikan dengan "orang lain".

Jangan lah kita sama berkokok dengan mereka melainkan kita sudah bersedia menerima apa yang mereka "sediakan" untuk kita. Takut nanti kita tidak bersedia dengan alternatif yang disediakan oleh mereka.