C-bOk TIDAK BERSETUJU dengan pemansuhan PPSMI menjelang tahun 2012.
Apakah yang dapat kita capai dengan pemansuhan ini? Kejayaan menegakkan Bahasa kita? Apakah selama ini bahasa kita tidak begitu agung? Adakah dengan mengajar matematik dan sains dalam Bahasa Malaysia akan menjadikan kita bangsa yang disegani?
Keputusan sudah pun dibuat. Namun adakah keputusan tersebut adalah berdasarkan kepada kehendak majoriti (yang senyap) atau minoriti (tin kosong tetapi BISING)? Apakah langkah terkini Kerajaan ini satu tindakan "tunduk" kepada desakan mereka yang "anti establishment"? Mereka yang menggunakan apa cara juga pun untuk mengatakan apa sahaja yang dibuat oleh Kerajaan tidak betul (walau pun betul).
Berikan pandangan anda. Undian anda akan dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan. Mengundilah di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Saya bersetuju dengan pemansuhan PPSMI ini. Cuma sedikit pelik kenapa memerlukan masa yang lama sedangkan semasa menukar dari bahasa ibunda hanya dengan sekelip mata.
Semua orang bersetuju tentang kepentingan bahasa inggeris. tetapi apa yang dibantah adalah pelaksanaannya yang kurang tepat. Jika dikatakan istilah sains baru yang wujud terlalu banyak dan mengambil masa yang lama untuk diterjemah. Saya berpadangan yang kita keliru antara masalah bahasa dan terminology. setiap bidang ada terminology yang sendiri. Walau bagaimana pandai kamu dalam bahasa inggeris tetapi belum tentu kamu paham setiap terminology dalam bahasa.
Kita kena kasihan kepada mereka yang berada jauh dari bandar. Semasa awal persekolahan ini mereka kena kuatkan asas matematik dan sains supaya semasa berada di sekolah menengah mampu memahami sukatan pelajaran yang lebih mencabar. Akibat tidak tahu bahasa maka mereka akan ketinggalan bukan satu subjek saja tetapi 3.
Aku dulu pun belajar dalam bahasa melayu . takda masalah pun masa belajar kat U dan bekerja. yang penting pergaulan dan banyak membaca.
Pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris adalah satu kesilapan.
1. Adakah semua guru yang mengajar benar2 mahir bertututur dalam bahasa Inggeris? Jika ya, sungguh bagus tetapi jika tidak, ianya adalah malapetaka.
2. Adakah kanak2 yg baru berusia 7 tahun boleh memahami bahasa Inggeris? Jika mereka tidak faham, adakah boleh timbul minat untuk belajar? seperti juga irama dan lagu, jika irama itu disukai, mudahlah menghafal liriknya.
Banyak lagi yg saya nk tulis tapi alas sebab bukan berguna pun tulisan saya ni.
Cadangan saya ialah, jika bahasa Inggeis itu penting, buatlah sesuatu yang significant. Sebagai contoh, Bahasa Inggeris dibahagikan kepada tiga bahagian seperti Pronunciation, Writing and Understanding. jika bahasa melayu di sekolah rendah ada pemahaman dan penulisan, xsalah kalau ianya diadaptasi ke bahasa inggeris. jangan kerana penguasaan bahasa inggeris lemah,matematik dan sains juga menjadi lemah kerana tereffect..
ambil pengalamn dari sekolah agama yg mana untuk mendalami ilmu agama perlu ada matapelajaran tauhid, ibadat, sirah dan sebagainya..
Fazli Salleh
2012. Muhidin sembab punya "magic figure"nak tipu rakyat.
Teruskan bantahan!!!!!!!!!!
Salam..
Tuan,
Lama menyepi..bila nak update blog ni??
-adik kepada Nizar
Post a Comment