Presiden parti yang juga Pengerusi Barisan Nasional masih lagi belum bersuara, namun pencacai-pencacai politik telah pun menamakan calun mereka untuk mewakili Barisan Nasional di Bagan Pinang.
Bekas Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad disebut-sebut sebagai calun yang akan mewakili Barisan Nasional. Setakat ini bolehlah dikatakan sebagai khabar angin sahaja memandangkan penamaan calun secara rasmi masih belum dibuat oleh Pengerusi BN. Harap-harap ianya kekal sebagai khabar angin ataupun strategi perang saraf
Namun apa yang nampak jelas ialah wujudnya pendangan yang bersifat "dinasour" [pandangan lama] yang tidak mahu berubah di dalam UMNO.
Tidak dinafikan Tan Sri Isa Samad telah banyak menyumbang kepada pembangunan di Negeri Sembilan. Beliau menjadi Menteri Besar selama berbelas tahun. Malangnya, beliau digantung daripada jawatan tinggi di dalam parti [UMNO] kerana politik wang. Mereka yang bersuara untuk mencalunkan Tan Sri Isa Samad ini tidak berpijak di alam nyata. Rakyat mahukan mereka berubah, tetapi mereka jelas tidak mahu berubah.
Sekiranya Tan Sri Isa Samad dicalunkan, maka peluang kemenangan adalah 50:50. Hanya dengan satu undi sahaja, maka BN akan kalah. Namun sekiranya calun lain yang tidak mempunyai masalah seperti Tan Sri Isa Samad di calunkan, maka peluang kemenangan itu pasti akan menjadi lebih tinggi kerana pakatan pembangkang tidak akan dapat memainkan isu "gantung jawatan parti" dan "politik wang" terhadap calun yang diketengahkan.
Sebaliknya, BN akan berhadapan dengan tugas yang maha berat apabila strategi "character assasination" digunakan ke atas calun-calun yang mempunyai "masalah". Parti mungkin boleh memaafkan, tetapi rakyat bukan parti. Undi mereka rahsia. Mereka hanya mahukan yang terbaik. Zaman ini juga bukan zaman 70-an/80-an di mana tunggul kayu jugaboleh menang sekiranya diletakkan lambang parti.
Kita tidak mahu kesilapan memilih calun di Permatang Pasir baru-baru ini diulang semula di Bagan Pinang.
Tuesday, September 08, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam Saudara. .
Saya sokong artikel ini. .Sepatutnya segala penyangak dlm umno di sepak keluar saja.Zaman skrg bkn lagi di era 70an atau 80an.. Apa yg jelas skrg rakyat mahukan pemimpin yg bersih dan berjuang untuk rakyat. .
Umno masì tido kah? Sejak PR 12 jelas mesej rakyat menolak kepimpinan yg hanyir dgn rasuah. .Kalau umno masìh tak sedar juga..Boleh lah dikatakan Umno ini gila kuasa dan harta..Perkara ini lah yg rakyat nmpk jelas berkait rapat dgn Umno..
PRU 13 sudah dekat dan jgn salahkan rakyat di kamu ditolak secara total kelak. Berubah lah singkirkan segala penyangak dlm umno... Berkidmat lah untuk rakyat bkn untuk perut sendiri. .
Masih Tak Sedar Diri. .
saya berdoa supaya umno dapat di kalahkan walaupun ada undi simpanan hampir 5000.
saya dulu hardcore umno namun alhamdullilah allah menyedarkan saya dan skg berada dalam PAS.
saudara saya pasti org yg cerdik sedikit dr ahli umno yg lain,jika bukan kerana jawatan,wang,pangkat atau turun temurun umno, saya pasti saudara tahu kenapa perlu tinggal kan umno.
Salam, spt sdra. sy jg tlh mengulas Isa sensasi calon Bagan pinang. Mgkin boleh menang, tp soalnya secara keseluruhan mampukah Umno menafikan dakwaan pembangkang dgn calon yg dikenali dgn politik wang & 'padang mahsyar'?
Biar kalah di bagan Pinang drpd menang tp imej Umno terus hancur di mata rakyat!
banyak orang lain yang boleh diketengahkan. Zaman dia dah berlalu. Rehat jelah kat rumah tu. Bagi peluang kat orang muda lak.
Post a Comment