Monday, September 07, 2009

DUN Selangor Bubar?

Benarkah DUN Selangor akan dibubarkan dalam masa yang terdekat ini?

Kalau tidak ada angin takkan pokok bergoyang?

Yang jelasnya, kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, begitu rapuh. Selepas lebih 18 bulan memerintah negeri yang mempunyai pelbagai aktiviti ekonomi, tidak nampak apa pun yang dilaksanakan yang mampu untuk mencorakkan ekonomi negeri Selangor dari segi jangka pendek dan jangka panjang

Kepimpinan TS Khalid dipersoalkan oleh Azmin Ali, rakan sebantal yang sama di dalam parti [PKR] beliau sendiri. TS Khalid juga silap di dalam mempertahankan Elizabeth Wong yang telah dibogelkan satu dunia. Bagaimanakah seorang yang dipersoalkan maruah dirinya dibiarkan terus menjadi pemimpin? TS Khalid juga membuat kesilapan besar di dalam mempertahankan isu penjualan arak di Shah Alam secara terang-terangan

Terkini, kelewatan dan kegagalan TS Khalid dan Kerajaan Selangor di dalam menangani isu pemindahan kuil dari seksyen 19 ke seksyen 23 menunjukkan betapa rendahnya mutu/kualiti pemerintahan Pakatan Rakyat di sebuah negeri yang menjadi nadi ekonomi negara.

2 comments:

Anonymous said...

Amboi hang ni kata nak bela Melayu tapi dok pedajai Melayu juga...

Ish ish...

Zainal A. Kasim said...

Salam Anon 1.44PM,

Saya bagi salam sebab saya rasa saudara ni Melayu sebab bercakap hal ehwal Melayu.

Saya nak tanya sikit:

Dimana kekuatan perjuangan Melayu TS Khalid (dan Pakatan Rakyat) apabila sibuk mempertahankan exco bogel, jualan arak secara bebas dan juga kuil?