Saturday, March 29, 2008

Air Percuma Untuk Rakyat Selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan mengumumkan bahawa rakyat negeri Selangor akan mendapat 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun 2008 ini. (Cadangan asal pada 1 April 2008).

C-bOk duduk di Selangor dan ternanti-nanti perkara ini menjadi realiti. Namun, secara objektifnya, kita janganlah dibuai oleh mimpi-mimpi indah hanya kerana semata-mata dapat 20 meter padu air percuma. Kalau kerana air free ini kita sudah alpa, maka jiwa kita boleh dibeli dengan harga yang murah. Banyak lagi yang perlu dibuat dan direalisasikan oleh Kerajaan baru ini.

Sebagai rakyat dan "raja sebenar" yang menentukan siapa yang akan bekerja untuk kita, pastikan sesiapa sahaja, tidak kira dari parti mana, bahawa mereka ada di kerusi ADUN atau MP sebagai tiket sementara untuk mereka berkhidmat kepada kita - bukan nak berlagak sebagai raja sehingga lupa daratan sebagaimana yang berlaku sebelum ini sehingga mampu untuk mengeluarkan kata-kata bongkak memperkecil-kecilkan segolongan manusia (seorang Menteri pernah mengeluarkan kenyataan menghina bloggers).

3 comments:

Mengenai kami: said...

kita tgk je lah nanti ye.. kalau betul laa Tan Sri Khalid nak bagi 20 c.u meter3 air kepada rakyat selangor, kita menghargai jasa-jasanya itu.

CikSenget a.k.a Selendangpink said...

apa yang saya perasan sekarang ni kerajaan BA di negeri2 yg ditakluki seolah2 mcm 'kera dapat bunga'. masing2 seolah2 berlumba2 nak tunjuk sapa lebih berkuasa.

Anonymous said...

Thanks for writing this.