Monday, March 10, 2008

No. 13 Tak Ong?

Parlimen dibubarkan pada 13 Februari 2008.
Kempen pilihanraya dijalankan selama 13 hari (24 Feb - 7 March 2008)

Ketika pengumuman berkaitan dengan pembubaran Parlimen dan pilihanraya ramai yang telah meneka dengan tepat (too predictable) tentang kaitan nombor 13 ini dengan PM. Nombor 13 ini adalah nombor kegemaran PM.

Namun nampaknya angka 13 tidak memberi ong kepada beliau dan juga Barisan Nasional. Nombor 13 ini kalau dicampurkan 1 + 3 = 4. Angka 4 bukanlah satu angka yang disukai oleh orang-orang Cina kerana membawa maksud mati. Mungkin pakar-pakar feng-shui dalam MCA dan Gerakan perlu memberi nasihat yang sewajarnya kepada PM berkaitan dengan nombor ini.

Hmmm....

2 comments:

Anonymous said...

Salaam. Saya sedih lihat PAS menang sekali lagi di Kelantan. Kekalahan UMNO bermaksud rakyat Kelantan menolak kemajuan dan hendak kemunduran.

mie said...

Kekalahan Barisan Nasional(BN) adalah berpunca dari BN.
Boleh kita katakan BN terlampau yakin boleh memnangi PRU12, seperti sebelumnya.
Isu-isu yang diketengahkan oleh pihak pembangkang seperti tiada masalah bagi BN, akan tetapi memberi impak yang sangat besar dalam PRU ini.
Semua pihak BN terduduk dengan keputusan ini.
Pihak BA/BR pula meraih kemenangan hasil gabungan padu mereka dan isu yang mereka ketengahkan menyentuh para pengundi untuk berubah.
Tidak dinafikan faktor KJ juga punca kekalahan ini.
Dan juga isu Islam Hadhari.
Serta pemimpin2 yang bersikap endah tidak endah dengan masalah rakyat.