Monday, January 05, 2009

Terkini: Mesyuarat EPU & MoF Berkaitan IJN

Blogawan A-Voice di dalam catatan terkininya memaklumkan bahawa mesyuarat diantara Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan (MoF) pada petang 5 Januari 2009 berkesudahan EPU - mahukan penswastaan IJN, manakala MoF menentang cadangan tersebut.

EPU terletak dibawah kuasa Jabatan Perdana Menteri dan diketuai oleh Tan Sri Sulaiman Mahbob, seorang pencen yang dilantik ke Institut Integriti Malaysia sebelum dipindahkan ke EPU. Apakah kedudukan beliau di bawah JPM meletakkan beliau sebagai bertanggungjawab terus kepada Perdana Menteri dan juga mereka-mereka yang di tingkat 4, Bangunan Perdana Putra?

Manakala MoF pula bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan yang juga Timbalan Perdana Menteri, bakal Presiden UMNO dan Perdana Menteri menjelang March 2009 ini.

Adakah apa yang berlaku ini adalah pertembungan di antara Perdana Menteri [Abdullah Ahmad Badawi] dengan Timbalannya [Najib Tun Razak]? Nampaknya begitulah. Pertimbangan ke atas sesuatu yang sepenting ini semestinya memerlukan keputusan daripada Menteri yang bertanggungjawab. Di dalam hal ini, kedua-dua PM dan TPM adalah Menteri yang bertangungjawab ke atas agensi-agensi berkenaan di bawah selian Kementerian masing-masing.

Dengan begitu banyaknya tentangan daripada masyarakat, dengan begitu banyakknya komen yang dibangkitkan oleh para blogawan serta ketidaksesuaian perancangan ini dilaksanakan pada ketika ini di mana BN telah kehilangan majoriti 2/3nya, mengapakan EPU (baca JPM) begitu bertegas untuk memastikan Sime Darby berjaya melahap IJN?

Apakah kerana nilai tanah di kawasan itu [Jalan Tun Razak] yang tinggi mewajarkan tindakan ini diambil dan menyediakan golden handshake untuk mereka yang terlibat? Sekiranya itu faktor yang menjadi asas kepada kewajaran tindakan penswastaan ini, siapakah yang bakal menerima laba daripada transaksi ini?

Memandangkan MoF menentang cadangan penswastaan ini, kenapa Menterinya tidak bersuara dengan jelas tentang tentangannya? Apa yang dia takutkan?

Dengan perkembangan terkini berkaitan dengan penglibatan EPU, C-bOk rasa wajar juga kempen selamatkan IJN daripada Sime Darby di kembangkan kepada:

"Kempen Selamatkan IJN daripada
EPU dan Sime Darby"

1 comment:

. said...

Saudara,

Kerajaan BN telah melakukan pelbagai kebaikan untuk rakyat. Bagimanapun sikap rakus sesetengah manusia yang dikaitkan dengan pemimpin BN / UMNO tertentu yang merosakkan kebaikan tersebut. Seperti kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.