Wednesday, January 28, 2009

Pakej Rangsangan Ekonomi. Apa Bendanya Tu?

Pakej Rangsangan Ekonomi atau Stimulus Package melihat peruntukan sebanyak RM7 billion disediakan untuk merangsang ekonomi negara. Rakyat di minta terlibat di dalam rangsangan ekonomi ini sepertimana iklan yang disiarkan saban hari di RTM. Timbalan Perdana Menteri juga membuat kenyataan minggu lepas yang menggesa semua Kementerian yang terlibat untuk segera membelanjakan peruntukan yang disediakan. Malahan pakej rangsangan kedua juga sedang di rangka dan akan diumumkan tidak lama lagi.

C-bOk yakin rakyat sentiasa bersedia untuk sama-sama terlibat di dalam merangsang ekonomi negara. Masalahnya sekarang selain daripada pengumuman peruntukan RM7 billion dan juga iklan di dalam RTM yang disiarkan setiap hari, apa sebenarnya pakej rangsangan ekonomi itu dan bagaimana rakyat boleh terlibat?

Rasanya pakej rangsangan pertama sebanyak RM7 billion itu masih belum berjaya menggerakkan ekonomi. Rata-rata masyarakat perniagaan masih lagi mengadu bahawa ekonomi meleset. Tahun ini juga C-bOk cuma dapat 2 kotak kecil limau dari rakan berbangsa Cina berbanding dengan tahun-tahun lepas. Itu pun dari seorang rakan yang betul-betul akrab iaitu tailor yang menjahit seluar C-bOk. Rakan-rakan perniagaan yang lain sunyi sepi merayakan tahun baru kali ini. Malam makan besar juga tidak berapa meriah dengan bunyi mercun berbanding tahun-tahun lalu. [C-bOk tinggal di kawasan freehold - jadi ada ramai jiran berbangsa Cina]. Apabila mereka yang menggerakkan ekonomi mula mengikat perut, something must be very wrong!

Berbalik kepada pakej rangsangan ekonomi tadi, sesuatu perlu dilakukan untuk memastikan rakyat biasa macam C-bOk tahu apa yang dirancang dan bagaimana kita semua boleh terlibat. Kami semua mahu terlibat, tetapi bagaimana? Pengalaman tahun 1998/99 ketika negara menghadapi penguncupan ekonomi akibat serangan penyangak matawang sewajarnya dijadikan panduan. Ketika itu kita mempunyai Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang bermesyuarat dan berbincang saban hari untuk mencari jalan mengatasi masalah ekonomi negara. MTEN ketika itu mempunyai pasukan media massa yang bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan setiap hari untuk membolehkan rakyat faham apa yang hendak dilaksanakan dan bagaimana rakyat boleh memainkan peranan mereka.

Kerajaan perlu menggerakkan semula pasukan media massa ini! Rakyat perlu diberikan kefahaman dan digerakkan untuk sama-sama membangunkan negara dan ianya perlu dilaksanakan segera sebelum terlewat.

2 comments:

UMNO PARTI PENJARA said...

Semua isi rumah perlu membuat perancangan perbelanjaan dengan teliti :-)






























-------------------------------------------------------------
[b][color=blue]Klik Di Bawah
[url=http://pro-faizal.blogspot.com]pro-faizal[/url]
[url=http://simurl.com/chedet]TeamPemudaUMNO[/url]
[url=http://Forum1Malaysia.blogspot.com]Forum1Malaysia[/url][/b][/color]

bob chairell syafieq said...

salam, 1st package only for big boy. what about people on the street...
so kalau nk buat 2nd stimulus, pastikan semua dapat manfaatnya, betul x??