Lompat melompat merupakan perkara biasa di dalam politik. Politik adalah berkaitan dengan kuasa dan wang walaupun kebiasaannya prinsip dan perjuangan dijadikan alasan.
Pihak yang melompat akan mendakwa bahawa mereka betul dan pihak yang ditinggalkan akan dituduh dengan pelbagai tuduhan dan sumpah seranah. Itu lah yang berlaku apabila Datuk Nasarudin meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.
PKR di dakwa sebagai yang terbaik dan UMNO di gambarkan sebagai seburuk-buruk "parti orang Melayu". Yang melompat itu orang Melayu dan menyertai parti yang bukan Melayu 100%. Kewajaran gambaran tersebut terpulanglah kepada orang yang membuat tuduhan dan penerimaan masyarakat. Di dalam apa juga keadaan ada baik dan buruknya. UMNO tidaklah teruk sangat dan PKR tidaklah baik sangat [Ingat! Politik adalah berkaitan politik dan wang]
Namun kerakusan orang-orang politik di dalam berpolitik sejak akhir-akhir ini sungguh menjengkelkan C-bOk. Bagaimanakah parti politik boleh menyediakan dokumen meletak jawatan tanpa tarikh sebagai senjata politik mereka? Dalam kes dua ADUN dan EXCO Kerajaan Negeri Perak di mana mereka dan ADUN-ADUN yang lain diminta oleh Kerajaan Negeri/MB untuk menandatangani surat meletakkan jawatan sebagai ADUN tanpa tarikh. Apa tujuannya? Pastilah sebagai senjata politik yang membelakangkan amalan demokrasi.
C-bOk berpendapat, Kerajaan Negeri tidak layak untuk menguatkuasakan undang-undang ini kerana rakyat yang memilih adun-adun mereka dan Kerajaan Negeri/MB tidak ada kuasa untuk mengarahkan mereka melepaskan jawatan ADUN mereka. Kerajaan Negeri/MB hanya boleh memecat mereka daripada jawatan EXCO kerana itu dibawah bidang kuasa mereka. Kuasa rakyat dan kuasa Kerajaan Negeri/MB jelas di sini.
Sehubungan dengan ini, percaturan politik kuasa sebegini sungguh menjengkelkan dan tidak adil kepada rakyat khususnya rakyat yang telah mengundi calun pilihan mereka.
Sekiranya amalan menyediakan surat meletak jawatan ini dibiarkan maka semua parti politik akan menjadikan ini sebagai senjata mereka di dalam menidakkan kuasa rakyat dan jelas bercanggah dengan amalan demokrasi. Negara akan porak peranda dengan amalan politik pengecut lagi karut seperti ini. Sekiranya ini menjadi kenyataan, C-bOk harap sesorang akan mencabarkan kesahihan surat perletakan jawatan berkenaan di mahkamah serta kesahihannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Saya berpendapat supaya gubal segera undang-undang elak YB melompat parti. Tujuan utama ialah supaya YB tersebut respet pengundi dan penyokong yang bekerja keras bagi memenangi partinya dalam pilehanraya. Kemenangan YB itu bukan hanya terletak kepada kehebatanya sahaja tetapi banyak pihak memainkan peranan. Jangan dok lebong kata U hebat melebihi parti sendiri laa. Adalah tidak adil dan praktikal ia senang-senang melompat parti dengan memberikan seribu alasan yang dangkal dan jelek tanpa mengambil kira peranan dan perasaan orang lain.. Dunia dah tau dah U lompat tu ada makna... hehehe
Post a Comment