Thursday, February 26, 2009

Dear Politicians: Read This! [Jangan Bawa Negara Ke Lembah Kehancuran]

Iklan penuh yang diterbitkan di dalam akhbar The Star hari ini menarik minat C-bOk. Seorang rakyat biasa menggesa ahli-ahli Politik di negara ini untuk segera menamatkan persengketaan dan meletakkan negara sebagai keutamaan mereka.

[Jangan ingat rakyat biasa seperti kami tidak memikirkan kepentingan negara dan keperluan untuk memastikan negara berada di landasan yang betul. Lebih-lebih lagi apabila ahli-ahli politik kita sedang membawa negara ini ke lembah kehancuran]

Anas Zubedy, Pengarah Urusan Zubedy (M) Sdn. Bhd. berkata:

"I do not claim to speak on behalf of all Malaysians, but I have strong convictions that many share my sentiments.

Our concern today is not who rules the country or heads the state governments but the looming bad economy.

Whether Barisan Nasional or Pakatan Rakyat leads, it is meaningless if Malaysians have no job to go to, no money to pay rent and no means to put food on the table."

Kenyataan ringkas beliau melalui iklan semuka penuh di akhbar The Star ini mewakili sebahagian besar rakyat di negara ini. C-bOk yakin rakyat sudah rimas dengan politiking keterlaluan pemimpin Barisan Nasional dan lebih-lebih lagi Pakatan Rakyat. Dalam keadaan ekonomi yang terumbang-ambing sekarang ini kita sebenarnya tiada masa untuk membuang masa dengan hal-hal politik yang bermotifkan kuasa untuk memenuhi citarasa peribadi, kesinambungan karier dan juga memenuhkan poket (macam la kita tak tahu...).

Pemimpin dari Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat wajib memberhentikan apa juga pertelagahan yang wujud di kalangan mereka dan mengekalkan keadaan pada status quo seperti sekarang ini dan fokus kepada usaha untuk membangunkan ekonomi negara. Soal siapa yang berkuasa biarlah rakyat yang menentukkannya apabila sampai masanya untuk rakyat mengundi di PRU ke 13 nanti. Tak payah gaduh-gaduh tentang sesuatu yang menjadi "milik" rakyat iaitu menentukan siapa yang berkuasa!!

Jangan sampai nanti negara sudah hancur baru kita hendak bersatu. Ketika itu sudah tidak ada gunanya. Faham tak?

4 comments:

Hasbullah Pit said...

Aku punya politik menuju kehancuran atau tak?

Zainal A. Kasim said...

Hasbullah Pit,

Politiking keterlaluan BN dan LEBIH-LEBIH lagi Pakatan Rakyat membawa kehancuran ke negara ini. Dia orang sudah lupa bahawa kuasa di tangan rakyat. Bkan kat tangan dia orang. [bodoh punya orang]

Hang punya politik tak masuk book. Hang punya kira okey lah..

Adik kepada Nizar said...

Hari ni hantar semalam sudah sampai..Undur Paklah..undur..Hang Kuat Tidoq dan Kuat Kencing!!!Pak Nuar pon sama mcm gampang..hancuq kan org melayu..

Ibnu Zaim said...

Hahahaha.... Apa yang rakyat boleh buat... Kami orang politik lebih berkuasa dari rakyat.. Nama lagi rakyat kan, mesti ikut apa yang pemimpin rancangkan... Rakyat ni kita bagi gula-gula jer dekat pilehanraya... Ada setuju..