Thursday, February 26, 2009

Mohon Berhenti Dapat Cuti

Selepas gagal menggunakan institusi Kesultanan di Selangor untuk membuat keputusan terhadap nasib Elizabeth Wong, Menteri Besar Selangor membuat keputusan untuk menyambung cuti Elizabeth Wong. Cuti??

Sekiranya mengikut apa yang dilapurkan sebelum ini, Elizabeth Wong menawarkan diri untuk meletakkan jawatan kedua-dua jawatan yang disandang beliau sebagai Exco Kerajaan Negeri dan juga Adun Bukit Lanjan.

MB Selangor dan Ketua Umum Pakatan Rakyat seterusnya "mencadangkan" kepada Elizabeth Wong supaya bercuti dan bukanya berhenti.

Elizabeth Wong sekali lagi kemudiannya membuat kenyataan tegas sebelum bertolak ke luar negara dengan menyatakan bahawa beliau mahu berhenti daripada kedua-dua jawatan yang beliau sandang.

Jadi masa bila pula Elizabeth Wong minta cuti? Bukan kah dia nak berhenti? So..., buat apa bagi dia cuti pulak?

1 comment:

Adik kepada Nizar said...

bagi cuti jer nak buat apa...huloq duit skali la..leh pi shoping...beli baju tidoq..baju kelawaq..(makcik2 duk pakai masa nak tidoq)