Monday, February 09, 2009

Bukit Gantang


[i] Jenazah Ahli Parlimen Bukit Gantang, Allahyarham Roslan Shaharum yang meninggal dunia pagi tadi telah selamat dikebumikan;

[ii] Belum pun sempat kering kubur Allahyarham, mantan MB Perak, Nizar Jamaludin telah pun mencalunkan dirinya untuk bertanding di Pilihanraya Kecil (PRK) yang akan diadakan (tak sempat-sempat @ nak mengelakkan calun lain?);

[iii] Barisan Nasional (BN) berpotensi untuk memenangi kawasan ini dengan syarat, sesiapa juga yang dicalunkan bukanlah kawan kepada KJ ataupun bekas pegawai kepada Pak Lah;

[iv] Kalau dicalunkan juga mana-mana individu yang ada kaitan dengan KJ atau Pak Lah, sudah pastilah calun itu akan kalah;

[v] Kenyataan di atas bukanlah satu pandangan membuta tuli, tetapi telah dibuktikan benar semasa PRU ke 12 dan juga dua pilihanraya kecil di Permatang Pauh an Kuala Trengganu;

[vi] Jadi eloklah Pak Lah dan KJ tidak melibatkan diri di dalas proses penamaan calun dan dalam masa yang sama tidak perlu turut sama berkempen.

7 comments:

alamfana said...

Semoga Roh Allahyarham dirahmati oleh ALLAH selalu. Segala kebaikannya selama menjadi Ahli Parlimen akan terus dikenang sentiasa.

Zachary said...

KJ dan Pak Lah (saya cakap nama KJ dulu sebab KJ akan paksa Pak Lah dgr cakap dia dan Pak Lah akan dgr cakap KJ) pasti akan meletakkan calon mereka tapi saya harap Najib dan ahli tertinggi UMNO yg lain dpt membuat penilaian yg tepat akan calon menentang YB Nizar. Insyallah, jika mendapat calon yg bersih dan berwibawa, UMNO pasti akan menang melawan YB Nizar yg dianggap rakyat Perak telah menderhaka kpd Sultan dan Melayu Perak.

Zachary said...

Tujuan YB Nizar mencalonkan dirinya juga adalah bagi meraih simpati dan populariti drp rakyat. Dan juga bagi "back up plan" jika beliau tersingkir daripada negeri Perak. Sekurang2 nya dpt berganding dgn Abg Nuar di Parlimen

ka ka ka said...

Nizar tak calunkan dirinya, tapi penyokong dia la mangkok. Ka ka ka.
Kalau tak der fitnah, UMNO tak boleh hidup ke?

Reza said...

Mr Cbok,
Maybe "Annoying-10:38PM" is the one Penyokong Mangkok nizar kot..

Hasrul Halid said...

Bro Zainal, Say No To Lompat party!

http://suratdalambotol.blogspot.com/2009/02/entri-245-gerakan-rakyat-malaysia.html

kawaii_desu said...

nah Mursyidul Am Pas Dato' Nik Aziz sendiri pun tak setuju Nizar bertanding.. so enough said la

harap2 BN tak ulang kesilapan and study elok2 dulu calon2 yg nak dibawak bertanding, study background, study history and yg pasti no affiliation with KJ and Pak Lah