Friday, February 20, 2009

Untuk Adik Beradik dan Saudara Mara Ku

Apabila membaca artikel ini di dalam akhbar beberapa hari dahulu, ianya nampak biasa sahaja.

Biasalah apabila Kerajaan menandatangani kontrak, MoU, MoA dan sebagainya. C-bOk sendiri pun sign macam-macam kontrak.

Tetapi apabila membaca catatan terbaru Rocky Bru di sini, C-bOk rasa nak pitam sikit.

This thing is not good for Bukit Gantang, Bukit Selambau, Bukit Lanjan, UMNO, Kerajaan dan Ketuanan Melayu. When will they ever learn?

Perkara sebegini akan memberi kesan kepada persepsi rakyat. Inilah yang menyebabkan beralihnya sokongan penyokong ke parti lawan [walaupun parti lawan bukanlah bagus sangat pun] semasa PRU ke 12 dahulu. Dan kepimpinan sibuk mencari sebab mengapa? Ini salah satu daripada sebabnya.

3 comments:

Adik kepada Nizar said...

kenapa la Pak lah ni..dia ni mcm takde akal la..sedih la aku tgk pak lah ni..betul kata Mukriz...kita perlu kan pemimpin yang tegas..sedih la..

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Yang dapat kontark juta-juta tu pun bekas pegawai Kementah..

Sam said...

Salam Tuan Zainal.

Kalau betul bagai dikata,Nampaknya pemimpin kita ni tak faham-faham lagi atau dalam bahasa indah bodoh sombong. Mereka ingat rakyat Malaysia ni buta kayu dan masih duduk dalam pondok atas pokok lagi... Itulah aku sedih sangat-sangat ni.. Takkan last minit pun masih pulon lagi seolah-olah akan hidup seribu tahun lagi...

Isu rasuah wang dalam pemilehan belum reda-reda lagi ditambah pulok cerita karut-karut ni membuatkan rakyat berbagai golongan teristimewa kaum intelektual akan lebih membenci umno.. Betullah umno ni tak sedar diri, rumah kata pergi, kubur kata mari pun tak reti-reti lagi.. Apa nak jadi ni... 3 PRk akan datang ni gurenti lingkop lagi dan seperti biasalah pemimpin umno akan beri alasan-alasan bodoh tentang kekalahan itu..

Tapi aku harap ini adalah satu fitnah yang nak menjatuhkan pemimpin kita ajer.. Barang dijauhkan Allah perkara ini, kerana kita wajib menentang kemungkaran kalau tak mampu dengan mulut dengan undi kita buat. Tapi awas fitnah itu lebih besar dari membunuh dan dosa mereka yang memfitnah tu saangat berat... Aku masih ada lagi sayang padamu......