Thursday, February 26, 2009
Joke of The Year!
Mula-mula Menteri umumkan penutupan tol di PJ. Kemudian tutup tol di Salak Selatan. Kononnya untuk kebaikan rakyat. Kononnya rakyat dapat berjimat di zaman kemelesetan ekonomi ni
Tak sempat nak simpan duit yang kononnya dapat dijimatkan daripada penutupan DUA (2) tol itu, Menteri Kerja Raya mengumumkan kenaikan kadar bayaran tol di LIMA (5) lebuhraya lain
Ini betul-betul lawak. Lawak tahun ini (Joke of the year!)
Maaflah kalau rakyat marah. Maaflah kalau tokoh-tokoh kabinet/menteri di permainkan. Malah kalau di hina pun jangan marah. Kalau ada yang bertanya semasa Pak Menteri sedang buat Press Conference pun jangan marah.
Kalau ada yang tunjuk protes semasa Pilihanraya Kecil di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai nanti pun jangan marah. Tak perlu lah nanti pemimpin-pemimpin membuat kenyataan untuk "mencari sebab kenapa kalah". Sebab sudah depan mata. Takkan buta kot.
Bukan kah ekonomi dunia sedang meleset sekarang ini? Bank-bank pun sudah mengumumkan pengurangan kadar faedah. Dengan pengurangan kadar faedah itu, maka secara tidak langsung sesiapa yangmempunyai hutang (termasuklah pemegang konsesi lebuhraya), bayaran balik mereka juga akan dikurangkan. Maka kenapa perlunya kadar tol dinaikkan??
Kenapa hanya rakyat sahaja yang perlu menanggung segala beban sedangkan pemegang konsesi lebuhraya terus mendapat keuntungan? Adakah mereka mencatatkan kerugian sebelum ini? Yang jelas setiap konsesi mencatat keuntungan berbilion ringgit setiap tahun.
Apa guna di umumkan pakej stimulus nanti. Adakah kesannya sampai kepada rakyat? Kalau sampai pun sejauh mana kesannya nanti?
C-bOk persoalkan perkara ini kerana kita sudah tahu, apabila naik sahaja tol, maka naiklah harga barangan dan perkhidmatan. Teh naik, minyak naik, roti naik, tepung naik, tambang bas naik, semua naik, naik, naik, naik.
Kerajaan tidur! Tidur! Tidur!!
Alangkah baiknya KERAJAAN dan MENTERI KERJA RAYA berunding dengan pemegang konsesi ini (yang sebahagian besarnya milik Kerajaan juga - GLC) untuk setidak-tidaknya menangguhkan kenaikan ini ke satu tempoh lain yang lebih sesuai.
Kerajaan tidur! Tidur! Tidur!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Pak lah bangkit dari tidoq!!!! tak dak strategi langsung..mcm hero tamil..padayapa!!!
Tuan. Not only joke of the year but first class mentality ever hear.. hahahahaaa
Post a Comment