Wednesday, February 04, 2009

Kerajaan Baru Perak: Kurang Elok tetapi Jauh Lebih Baik!

Pembentukan Kerajaan baru di Perak sekiranya menjadi kenyataan sewajarnya menjadi pengajaran kepada kebongkakan ahli-ahli politik yang mengenepikan apa juga kewajaran adat istiadat serta tatasusila di dalam berpolitik.

Kita melihat di satu pihak yang mewar-warkan cadangan membentuk Kerajaan pusat dengan mendakwa perpindahan (melompat) sebahagian besar ahli parlimen dan adun. Bagi mereka itu lah yang terbaik untuk rakyat. Melompat parti digambarkan sebagai perbuatan "maksum" dan tiada cacat celanya.

Namun apabila perpindahan itu menjadi terbalik di mana pihak yang mendakwa akan membentuk Kerajaan kini kehilangan sebuah negeri - kewajaran ahli-ahli mereka yang melompat itu pula dipersoalkan. Kini melompat parti tidak lagi "maksum". Bagi mereka perbuatan ahli-ahli Yang Berhormat itu tidak wajar dan tidak beretika. Sejak bila pula persoalan ini ditimbulkan sedangkan mereka menggunakan strategi pindah parti untuk membentuk Kerajaan Persekutuan?

Jelas di dalam politik segalanya mungkin dan segalanya menjadi wajar apabila soal kuasa menjadi taruhan. Di Perak kini senjata taruhan PKR sudah makan tuan!

Mungkin ramai yang mempersoalkan cara penubuhan Kerajaan baru ini. Banyak pandangan pro dan kontra akan di utarakan. C-bOk sendiri walaupun tidaklah begitu gembira dengan cara penubuhan sebegini. Namun rasanya apa yang berlaku ini adalah jauh lebih baik daripada membiarkan tanah-tanah di Perak diagih-agihkan kepada mereka yang tidak berhak dengan geran selama 999 tahun [selagi ada langit dan bumi] yang sedang dilaksanakan oleh tangan-tangan ghaib di Perak melalui boneka mantan Menteri Besarnya seorang Melayu yang bernama Nizar.

1 comment:

apisfires said...

setuju...
komuni sekarang era baru...