Friday, August 07, 2009

Keputusan MB Selangor: Kemenangan di Pihak DAP. Arak Boleh Di Jual di Bandaraya Melayu. Siapa Nak Beli Silalah ke 7-Eleven di Bandaraya Shah Alam!

Kerajaan Negeri Selangor, khususnya Menteri Besarnya, bertindak tegas, pantas dan cepat di dalam menangani isu berkaitan dengan rampasan Arak yang dijual di kawasan majoriti Melayu baru-baru ini. Ketika sensitiviti berkaitan dengan perkara ini memuncak, MB TS Khalid berpendapat, ianya dibolehkan atas alasan "self-regulation".

C-bOk rasa, alasan yang sama mungkin digunakan di dalam "membiarkan" rumah-rumah urut/SPA tumbuh dengan pesatnya di negeri Selangor. Kerajaan Negeri selangor sebenarnya yakin bahawa pelanggan-pelanggan tegar rumah urut/SPA ini (termasuk orang Melayu) mempunyai kekuatan untuk "mendisiplinkan diri" walaupun "ayam bogel" terbaring depan mereka. Tokey-tokey rumah sundal ini juga mempunyai kekuatan diri (self-refulation?) untuk menolak pelanggan-pelanggan mereka yang berbangsa Melayu Islam (ye ke?)

Atas keyakinan bahawa polisi "self-regulation" adalah langkah penyelesaian terbaik, Tan Sri Khalid merasakan ianya adalah penyelesaian kepada kemelut yang amat sensitif kepada orang Melayu dan Islam.

Persoalannya, adakah Kerajaan Negeri tidak mempunyai tanggungjawab sosial untuk memastikan yang terbaik kepada rakyatnya? Khususnya di kawasan Shah Alam di mana majoriti pendudukanya adalah Melayu yang beragama Islam. Sekiranya arak tersebut tidak dijual di premis-premis berkenaan, 7-Eleven dan KK Shoppe akan bungkus? Adakah jualan arak di kawasan Melayu Shah Alam ini begitu penting kepada kedai-kedai serbaneka 24 jam ini? Apa yang menjadi kemusykilan ialah, sekiranya majoriti penduduk adalah Melayu Islam, siapa pula yang membeli arak-arak berkenaan? Sekiranya orang Melayu Islam yang membeli, siapa pula yang membuat pemantauan dan penguatkuasaan?

Seingat C-bOk, nak buka panggung wayang pun tidak dibenarkan di Shah Alam kerana tidak diperkenankan oleh DYMM Sultan Selangor untuk mengelakkan bandaraya ini menjadi lokasi aktiviti yang menghampiri kepada maksiat. Namun kini, maksiat yang lebih besar berlaku apabila arak di jual berleluasa di depan mata kita. C-bOk tertanya-tanya - tidakkah Tan Sri Khalid mendapatkan pandangan DYMM Sultan sebelum beliau membuat keputusan terhadap isu yang sensitif ini?

Walaubagaimanapun, tahniah C-bOk ucapkan kepada pengundi-pengundi Melayu Islam di Shah Alam kerana anda kini telah dapat "kebebasan" yang diinginkan. Kini, satu-satunya Bandaraya Melayu Moden [Shah Alam] sedang diperkosa oleh DAP yang sedang perlahan-lahan memerdekakan Shah Alam dengan cara mereka. Namun apakah kemerdekaan boleh jual/minum arak, mengunjungi spa sundal dan lain-lain lagi kebebasan yang kita inginkan?

Jual arak atas kesedaran peniaga - Khalid Ibrahim
07/08/2009 4:40pm

SHAH ALAM 7 Ogos — Kerajaan negeri Selangor memutuskan bahawa penjualan minuman keras di negeri itu adalah berpandukan kepada kesedaran penjual sendiri terhadap permintaan pembeli dari kalangan orang Islam dan remaja.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata menerusi peraturan sendiri itu, ia turut bermakna penjual tidak perlu menjual minuman keras di premis mereka yang terletak di kawasan yang tidak mendapat permintaan tinggi daripada penduduk setempat.

Beliau berkata kerajaan negeri tidak akan mengharamkan penjualan minuman keras tetapi sebaliknya akan memberi tempoh sebulan kepada premis terbabit supaya tidak menjual minuman keras kepada masyarakat Islam.

“Sebagai permulaan kita mulakan dengan kawasan Shah Alam untuk melaksanakan

“self regulation” iaitu apa yang kita lakukan ialah untuk fahami bagaimana boleh kita wujudkan satu keadaan di mana penjualan ini dapat dilakukan kepada mereka yang hanya boleh membelinya dan bukan kepada yang tidak sepatutnya membeli termasuk orang Islam dan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan wakil Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), KK Group of Companies dan kedai 24 jam 7-Eleven di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid berkata 7-Eleven seperti contoh telah pun mempraktikkan ’self regulation’ di mana sebanyak 10 cawangannya di Shah Alam telah pun menghentikan penjualan minuman keras berikutan tiada permintaan daripada penduduk setempat yang majoritinya beragama Islam.

Justeru, beliau berkata draf cadangan berhubung penjualan minuman keras yang dikemukan oleh PAS adalah tidak relevan untuk dilaksanakan memandangkan kerajaan negeri perlu turut mengambil kira kepentingan semua pihak.

“Untuk melakukan sesuatu perkara, kita kena ambil kira beberapa pihak termasuk penjual, pembeli, masyarakat sekeliling serta mengimbangkan keadaan di mana walaupun Selangor negeri mesra perniagaan tetapi pada masa yang sama sangat prihatin tentang masalah sosial di negeri ini.

“Jadi kita tidak boleh nak tahan (jualan minuman keras). Menghentikannya tidak akan menyelesaikan masalah sosial. Tidak payahlah kita ada banyak undang-undang, kita hormat perniagaan dan kita juga hormati masyarakat dan fahami kehendak budaya dan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Nor berkata MBSA akan mengikut seperti yang diputuskan oleh Menteri Besar iaitu pelaksanaan mekanisme peraturan sendiri dalam usaha menyelesaikan perkara itu.

“MBSA akan adakan kerjasama erat dengan masyarakat peniaga. Apapun keputusan kerajaan negeri kita ikut dan kita akan tengok dalam masa sebulan ini bagaimana keputusannya. Dalam tempoh sebulan ini penumpuan kita hanya di 17 cawangan kedai serbaneka di Seksyen 1 hingga 24,” katanya Ketua Pegawai Eksekutif KK Group of Companies, Datuk Dr Douglas KK Chai berkata keputusan yang dibuat Menteri Besar adalah baik kerana tidak dinafikan minuman keras juga menyumbang kepada hasil jualan keseluruhan syarikat itu.

“Sekarang kita tunggu, selepas sebulan kita akan lihat bagaimana ia berjalan dan sama ada peraturan ini boleh berfungsi atau tidak.

“Tetapi ia adalah langkah baik yang kita ambil,” dan menambah syarikat itu mempunyai kira-kira 40 cawangan kedai serbaneka di Selangor.

3 comments:

AnTi AljUbuRi said...

Anu War hilang ...

Tolong kesan di mana dia berada sekarang

berita lanjut di

http://anwaraljuburi.blogspot.com/2009/08/anwar-hilang.html

Anonymous said...

bro C-bok,

berapa punya sial la DAP ni...yg syoknya ada org melayu ISLAM PAS n PKR pun bersekongkol sekali...siap kena pijak kepala lagi...bodoh betul.

apa2 hal pun pasni...

TAKEBEER!!...
TAKEBEER!!...
TAKEBEER!!...


~GREEN HORNET~

Anonymous said...

hee.hee setidak-tidaknya waktu BN dulu depa tak berani jual kat Seksyen 8 Shah Alam, depan surau. Now, dengan DAP yang turut di undi dan disokong PAS dan sebahagian oleh Melayu, 7/11 boleh jual kat depan batang hidung "ISLAM". Apa yang PAS boleh buat, menyalak? Bagai anjing salak bukit le..DAP dan PKR telah buat rancangan licik, suara PAS tak akan dihirau..malah akan dihina. Tony Pua DAP dah berbunyi, Khalid SAmad sendiri sembelih rakan satu kapal..apa nak jadi..inilah balasan kepada UNDIAN kepada PAS dan PKR. Si Yaakob Sapari diam membisu..tak dak telor, padahal ini kawasan dia..berceramah kutuk orang lain sampai keluar buih air liur..kes ini diam sepi tanpa suara..marilah terus pilih mereka untuk masa depan anak cucu kita