Monday, April 26, 2010

65 Biji Bas: Bawa Pengundi Hantu?

Semasa kempen PRK Hulu Selangor minggu lepas, ada la satu mamat tu (dari AMK) yang mengatakan ada 65 buah bas telah dikenalpasti membawa pengundi hantu ke Hulu Selangor. Banyak tu.

65 buah bas tu kalau di atur dari Batang Kali boleh sampai ke Batu Caves rasanya. Kat mana mamat tu nampak bas tu masih lagi menjadi tanda tanya. Ramai jugak nak tahu dan nak tengok bukti.

Sebenarnya di Sungai Buaya ada satu tempat yang dinamakan "Bus Graveyard" ataupun kubur bas. Agaknya di sinilah mamat AMK tu nampak bas hantu tu kot?

Hanya "hantu" yang nampak "hantu lain".

Kenyataan Kurang Ajar

PRK Hulu Selangor sudah pun selesai. Petugas-petugas sudah pun balik kampong masing-masing. Yang tinggal hanyalah penduduk Hulu Selangor. Banyak yang dikatakan, banyak yang dicakap serta dijanjikan semasa kempen PRK di Hulu Selangor minggu lepas. Ada yang masih dalam ingatan. Banyak juga yang dah lupa sebab hari-hari orang bercakap dan berjanji.

Namun yang paling bertapak di dalam hati dan ingatan ialah kenyataan kurang ajar seorang pemimpin negeri yang pandai-pandai nak mengajar orang lain tentang politik sehingga Azan juga disamakan dengan politik. Ini ajaran mana ni? Ini pertama kali C-bOk dengar yang azan adalah sama dengan politik.

Dalam masa yang sama, percakapan beliau itu menyentuh kuasa mutlak Sultan Selangor berkaitan dengan hal ehwal agama di negeri Selangor. Pandai-pandai pulak dia nak ajar Sultan Selangor.

C-bOk harap perbuatan pemimpin politik gedebe ini tidak dibiarkan begitu sahaja. Kalau boleh jangan bagi dia jejakkan kaki dia di negeri Selangor ini. Kalau nak tunggang terbalik mempolitikkan agama, buatlah kat negeri sendiri. Kalau nak mengajar Sultan pun, ajarlah Sultan sendiri.

Jangan nak menyibuk di negeri orang lain.

Thursday, April 22, 2010

Mereka Dah Blah! Anda Bila Lagi?

Mereka semua telah pun membuat keputusan. Anda bila lagi?

Monday, April 19, 2010

Dah KELUAR Dah!

Hari ini banyak yang KELUAR.

Ada yang keluar parti.

Gambar pun keluar jugak.

Dan yang terkini ada yang keluar dari bertanding. Ha ha ha....

Betul tak betul. Hanya empunya badan yang tahu.

Sunday, April 18, 2010

Azmin Cabar Buktikan "Zaid Kaki Botol"

Azmin Ali, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengemukakan bukti yang "Zaid adalah kaki botol".

Sekali imbas cabaran itu nampak biasa sahaja. Bagi penyokong tegar Pakatan Rakyat tentulah cabaran Azmin tersebut di lihat sebagai kempen perang saraf terhadap Barisan Nasional untuk mengemukakan bukti-bukti terhadap tuduhan yang di lemparkan terhadap Zaid. Pasti mereka kini bersorak kerana telah menyepak bola ke arah gawang gol BN.

Namun kalau diteliti suasana politik dalaman Pakatan Rakyat, khususnya hubungan "tidak mesra" di antara Azmin dan Zaid, cabaran Azmin itu sebenarnya lebih kepada strategi Azmin untuk "membunuh" karier politik Zaid di dalam Pakatan Rakyat sendiri. Umum mengetahui bahawa Azmin melihat Zaid sebagai pencabar kepada beliau di dalam menjejak hiraki tertinggi di dalam Parti Keadilan Rakyat dan juga Pakatan Rakyat.

Bayangkan apa yang akan berlaku apabila cabaran Azmin berkenaan di sahut dan bukti-bukti tentang tuduhan tersebut di kemukakan untuk tatapan umum. Malahan ada blogger yang telah menyatakan hasrat untuk menyahut cabaran tersebut dan bakal membuat pendedahan bukti-bukti yang berkaitan. Sekiranya ini berlaku, secara tidak langsung imej Zaid akan tercemar dan memudahkan Azmin untuk menapak di tampuk kekuasaan PKR dan PR.

Soal Zaid sudah taubat atau berubah seperti yang dikatakan oleh Presiden PAS tidak timbul kerana sekiranya betul beliau "bersalah" sebelum ini dia tetap bersalah. Ini sama seperti kayu ukur (yard stick) yang digunakan oleh PAS, PKR dan DAP ke atas Chua Soi Lek yang telah berkali-kali mengakui kesilapan tetapi tetap tidak diterima. Jadi kalau "taubat" CSL tidak boleh diterima, kayu ukur yang sama tentulah tidak boleh menerima "taubat" Zaid.

Betul tak Dato' Seri Hadi Awang?

Zaid Pilihan Terbaik di Hulu Selangor?

Sebelum membuat sebarang keputusan, eloklah para pengundi di Hulu Selangor tengok-tengok, pandang-pandang, selidik-selidik, tanya-tanya dahulu. Jangan nanti tersilap langkah.

Saturday, April 17, 2010

Marahkan Zionis Baling Telur Busuk?

Apa nak jadi dengan penggunaan otak?

Otak tidak digunakan lagi sehingga tergamak membawa telur busuk ke masjid semata-mata kerana sengketa politik. Masjid adalah tempat untuk beribadah. Tempat untuk kita memanjang silaturahim dan beriadah. Bukan tempat untuk kita menyemarakkan rasa benci dan dendam.

Sesiapa sahaja yang melakukan perkara ini sememangnya tidak ada otak, mementingkan ideologi sempit politik, kurang ajar, tidak bertamadun, sombong dan ego. Nama sahaja bangsa Melayu beragama Islam yang sepatutnya menjunjung adat dan budaya yang terpuji.

Tak ada pula nampak bangsa lain yang bukan beragama Islam buat benda-benda macam ni semalam kat situ. Mungkin dia orang sedang bertepuk tangan menyorakkan "kejayaan" segolongan ummat kita yang berjaya "membusukkan" perkarangan masjid Sultan Idris Shah II. Seperti juga golongan serupa berbaring di tengah jalan sebelum ini.

Nota: Untuk makluman, otak digunakan untuk berfikir.

Friday, April 16, 2010

Thursday, April 08, 2010

Sah MIC Calun PRK Hulu Selangor

Sah. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa MIC akan menjadi wakil Barisan Nasional di dalam PRK Hulu Selangor. Sewajarnya setelah PM yang juga ketua BN membuat keputusan atas semangat setiakawan yang menjadi tonggak BN, maka parti-parti gabungan perlu memberikan sokongan mereka tanpa berbelah bahagi kepada sesiapa sahaja yang akan dicalunkan kelak.

C-bOk cuma ingin membangkitkan beberapa perkara:

i. Kalau BN menang, alhamdulillah. Kemenangan bakal menunjukkan bahawa pembaharuan yang dibawa oleh Perdana Menteri melalui semangat 1Malaysia berjaya menarik semula sokongan kepada Barisan Nasional;

ii. Pencalunan MIC ini merupakan kemenangan moral kepada Sammy Vellu dan MIC yang sejak dari awal lagi telah melobi agar kerusi berkenaan dikekalkan kepada MIC kerana ianya telah dipersetujui atas konsep perkongsian kuasa BN. Walaupun pada dasarnya "akar umbi/rakyat" mahukan wakil UMNO/melayu dan juga imej MIC yang masih belum pulih sepenuhnya sejak kekalahan teruk semasa PRK ke 12 yang lalu;

iii. Di sebalik suara "akar umbi/rakyat" yang mahukan calun lain dari MIC, Sammy Vellu tetap keras kepala dan mengenepikan seruan yang pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan untuk "meninjau perasaan akar umbi" di Hulu Selangor yang telah pun memberi mesej jelas tentang kemahuan mereka untuk meletakkan calun Melayu/UMNO;

iv. Kalau BN kalah, sah bahawa ada penolakan kepada calun MIC dan juga parti MIC yang diketengahkan ketika "akar umbi/rakyat" mahukan calun Melayu daripada UMNO kerana kawasan itu dihuni oleh orang-orang Melayu/Bumiputra melebihi daripada orang bukan Melayu;

Menang atau kalah, mudah untuk BN membuat justifikasi.

Sekiranya menang, justifikasi di atas (i) boleh diambil kira. Namun sekiranya kalah pun senang untuk membuat alasan dengan meletakkan kesalahan berkenaan ke atas batu jembala Sammy Vellu.

Wednesday, April 07, 2010

........See I told you

YAB Perdana Menteri dah cakap..., jangan gaduh-gaduh pasal calun BN di Hulu Selangor nanti. Tetapi Sammy Vellu tak habis-habis nak promote calun MIC sebagai wakil BN di sana walaupun prestasi MIC memang tidak memuaskan langsung. Ketika parti-parti komponen lain di dalam BN membuat perubahan pucuk pimpinan mereka untuk disesuaikan dengan kehendak rakyat, MIC masih kekal dengan Sammy Vellu.

Memandangkan MIC mahu kekal meletakkan calun di Hulu Selangor tanpa mengambil kira suasana politik semasa serta permintaan akar umbi, C-bOk rasa elok PM benarkan sahaja permintaan berkenaan.

Lagi pun ini hanyalah Pilihanraya Kecil (PRK). Peluang adalah 50:50. Kalau menang bagus, kalau kalah, sudah sememangnya kerusi itu milik Pakatan Rakyat pun. Tetapi kalau kalah di bawah MIC senanglah sikit nak cakap dengan Sammy Vellu. Boleh cakap dengan dia macam ni......."see I told you" atau dengan kata lain, "orang dah cakap, hang tak percaya".