Apa nak jadi dengan penggunaan otak?
Otak tidak digunakan lagi sehingga tergamak membawa telur busuk ke masjid semata-mata kerana sengketa politik. Masjid adalah tempat untuk beribadah. Tempat untuk kita memanjang silaturahim dan beriadah. Bukan tempat untuk kita menyemarakkan rasa benci dan dendam.
Sesiapa sahaja yang melakukan perkara ini sememangnya tidak ada otak, mementingkan ideologi sempit politik, kurang ajar, tidak bertamadun, sombong dan ego. Nama sahaja bangsa Melayu beragama Islam yang sepatutnya menjunjung adat dan budaya yang terpuji.
Tak ada pula nampak bangsa lain yang bukan beragama Islam buat benda-benda macam ni semalam kat situ. Mungkin dia orang sedang bertepuk tangan menyorakkan "kejayaan" segolongan ummat kita yang berjaya "membusukkan" perkarangan masjid Sultan Idris Shah II. Seperti juga golongan serupa berbaring di tengah jalan sebelum ini.
Nota: Untuk makluman, otak digunakan untuk berfikir.
Saturday, April 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam tuan.
Budaya orang melayu ni kalau dah dia berbalah sama sendiri dah tak ingat dunia lagi... Halal haram tak jadi soal asal hati puas, bangsa lain tertawa kita pun tak pe, janji puas hati.. Cakap islam bergegar-gegar, ekor bergelumbang dengan taik... Menang jadi arang, kalah jadi abu... Kalau benar begitu, penganjur dapat laknat, peserta dapat laknat dan pemimpin yang tak tegur juga dapat laknat...Oh bangsa Melayuku yang mengaku muslim, rupanya kau sangat mudah diperkotak-katikkan..
Sam, April 2010
Post a Comment