Sunday, April 18, 2010

Azmin Cabar Buktikan "Zaid Kaki Botol"

Azmin Ali, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam mencabar Barisan Nasional (BN) untuk mengemukakan bukti yang "Zaid adalah kaki botol".

Sekali imbas cabaran itu nampak biasa sahaja. Bagi penyokong tegar Pakatan Rakyat tentulah cabaran Azmin tersebut di lihat sebagai kempen perang saraf terhadap Barisan Nasional untuk mengemukakan bukti-bukti terhadap tuduhan yang di lemparkan terhadap Zaid. Pasti mereka kini bersorak kerana telah menyepak bola ke arah gawang gol BN.

Namun kalau diteliti suasana politik dalaman Pakatan Rakyat, khususnya hubungan "tidak mesra" di antara Azmin dan Zaid, cabaran Azmin itu sebenarnya lebih kepada strategi Azmin untuk "membunuh" karier politik Zaid di dalam Pakatan Rakyat sendiri. Umum mengetahui bahawa Azmin melihat Zaid sebagai pencabar kepada beliau di dalam menjejak hiraki tertinggi di dalam Parti Keadilan Rakyat dan juga Pakatan Rakyat.

Bayangkan apa yang akan berlaku apabila cabaran Azmin berkenaan di sahut dan bukti-bukti tentang tuduhan tersebut di kemukakan untuk tatapan umum. Malahan ada blogger yang telah menyatakan hasrat untuk menyahut cabaran tersebut dan bakal membuat pendedahan bukti-bukti yang berkaitan. Sekiranya ini berlaku, secara tidak langsung imej Zaid akan tercemar dan memudahkan Azmin untuk menapak di tampuk kekuasaan PKR dan PR.

Soal Zaid sudah taubat atau berubah seperti yang dikatakan oleh Presiden PAS tidak timbul kerana sekiranya betul beliau "bersalah" sebelum ini dia tetap bersalah. Ini sama seperti kayu ukur (yard stick) yang digunakan oleh PAS, PKR dan DAP ke atas Chua Soi Lek yang telah berkali-kali mengakui kesilapan tetapi tetap tidak diterima. Jadi kalau "taubat" CSL tidak boleh diterima, kayu ukur yang sama tentulah tidak boleh menerima "taubat" Zaid.

Betul tak Dato' Seri Hadi Awang?

1 comment:

Halim Tuah said...

saksikan ceramah saya di PRK Hulu Selangor di http://www.youtube.com/watch?v=4omw9YYzd6Q