Sah. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa MIC akan menjadi wakil Barisan Nasional di dalam PRK Hulu Selangor. Sewajarnya setelah PM yang juga ketua BN membuat keputusan atas semangat setiakawan yang menjadi tonggak BN, maka parti-parti gabungan perlu memberikan sokongan mereka tanpa berbelah bahagi kepada sesiapa sahaja yang akan dicalunkan kelak.
C-bOk cuma ingin membangkitkan beberapa perkara:
i. Kalau BN menang, alhamdulillah. Kemenangan bakal menunjukkan bahawa pembaharuan yang dibawa oleh Perdana Menteri melalui semangat 1Malaysia berjaya menarik semula sokongan kepada Barisan Nasional;
ii. Pencalunan MIC ini merupakan kemenangan moral kepada Sammy Vellu dan MIC yang sejak dari awal lagi telah melobi agar kerusi berkenaan dikekalkan kepada MIC kerana ianya telah dipersetujui atas konsep perkongsian kuasa BN. Walaupun pada dasarnya "akar umbi/rakyat" mahukan wakil UMNO/melayu dan juga imej MIC yang masih belum pulih sepenuhnya sejak kekalahan teruk semasa PRK ke 12 yang lalu;
iii. Di sebalik suara "akar umbi/rakyat" yang mahukan calun lain dari MIC, Sammy Vellu tetap keras kepala dan mengenepikan seruan yang pernah dibuat oleh Perdana Menteri sebelum ini yang mengatakan untuk "meninjau perasaan akar umbi" di Hulu Selangor yang telah pun memberi mesej jelas tentang kemahuan mereka untuk meletakkan calun Melayu/UMNO;
iv. Kalau BN kalah, sah bahawa ada penolakan kepada calun MIC dan juga parti MIC yang diketengahkan ketika "akar umbi/rakyat" mahukan calun Melayu daripada UMNO kerana kawasan itu dihuni oleh orang-orang Melayu/Bumiputra melebihi daripada orang bukan Melayu;
Menang atau kalah, mudah untuk BN membuat justifikasi.
Sekiranya menang, justifikasi di atas (i) boleh diambil kira. Namun sekiranya kalah pun senang untuk membuat alasan dengan meletakkan kesalahan berkenaan ke atas batu jembala Sammy Vellu.
Thursday, April 08, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Assalamualaikum,
Bro, KITA BERCAKAP SOAL BN PERLU MENANG! Jika mahu bertanding atas justifikasi KALAU KALAH....i rasa cara u dan pemimpin negara adalah SALAH sama sekali. Memperjudikan nasib rakyat MAJORITI- MELAYU ulu selangor dengan umpanan MIC amat dikesalkan. U tak boleh membuat justifikasi atas sebarang kekalahan. Justifikasi adalah kepada strategi yang digunakan buka atas apa yang telah terjadi. Maaf, sekadar lontaran fikiran.
Penetap Ulu Selangor.
Saudara Ryzal72,
Kalau saudara baca betul-betul catatan saya itu dan catatan sebelumnya, saya juga bersetuju dengan saudara. Baca yang tersirat.
Dalam masa yang sama, Presiden MIC ini pun tidak mahu bertolak ansur juga nampaknya. Nak ikut cakap dia sahaja tanpa mengambil kira suasana semasa.
Harapan kita MIC/BN menang lah kerana usaha pembangunan lebih baik dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan yang memerintah. Kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR terlalu banyak berpolitik.
Tuan..
Kadang2 saya terfikir bahawa kita melayu ni terlalu berlembut sampai orang pijak kepala... Ini masa pemulihan umno, bukan BN. Kalau umno kuat, bn pun kuat. Cuba tengok sekarang, bn lemah kurang 2/3 majority sebab umno lemah.. Sammy pun berani cakap yg bukan2.. utk prk ini beri peluang pada umno, terang jelas2 pada komponen lain walaupun kita gunakan konsep 1Malaysia.
Pasti nanti, bila bn menang di hulu selangor ini,Sammy cakap tengok sapa kata mic tak diterima rakyat, kita menang apa,,, tapi bila kalah, ayoyo, itu bukan salah mic itu umno juga salah, sudah tarak releven lagi..
Kadang2 terfikir juga saya DS Najib ni terlalu mementingkan bangsa lain sampai terpinggir bangsa sendiri.. Bagi saya kuatkan Melayu, umno pasti disokong dan kaum lain berduyong-duyong akan sokong bn, percayalah.. Jangan pulok jadi yang dikejar xdapat yang dikendong pulok berciciran.. parah jadinya...
Post a Comment