Friday, May 30, 2008

Projek Babi OK. Islam Hadhari Tak OK?

Ini C-bOk betul-betul keliru!

Sudahlah program ini memang keliru. Kini kerajaan negeri Selangor mengharamkan program Islam Hadhari di Selangor dalam apa juga bentuk. Maknanya kalau buat juga berdosa. Tetapi dalam masa yang sama menghalalkan projek ternakan babi terbesar di Sepang. Ini sudah keliru tahap "gaban".

Apa mesej you all PKR?

Oh! Ezam...

Ezam sudah pun menyeberang/menyertai semula UMNO. Penerimaan beliau di dalam UMNO dibuat oleh Presiden UMNO sendiri. Ezam mendapat kelebihan kerana diberi ruang di dalam Buletin Utama TV3 malam berkenaan untuk bercerita tentang kemasukan beliau di dalam parti UMNO. Namun apa merit yang digunakan di dalam menyunting dan menerbitkan berita ini C-bOk kuran pasti. Adakah kerana Ezam atau kerana PM? Kalau Ezam mungkin ini satu scoop untuk beliau. Kalau kerana PM? Takkan majlis "terima borang" nak jadi berita utama?

Di dalam keadaan di mana Perdana Menteri berkata tidak ada sebarang jawatan atau kelebihan diberikan kepada Ezam, C-bOk melihat ruang yang diberikan kepada Ezam di dalam Buletin Utama sebagai salah satu keistimewaan kepada beliau. Bukan calang-calang orang atau calang-calang berita yang dimuatkan di dalam Buletin Utama. (Kalau C-bOk submit borang, tentu tak masuk dalam Buletin Utama...)

Daripada ulasan Presiden UMNO, jelas yang Ezam sudah pun diterima masuk ke dalam UMNO. Tetapi ulasan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kangar pada 29 Mei 2008 yang juga di siarkan dalam Buletin Utama TV3 dan seterusnya menjadi berita di dalam akhbar-akhbar harian hari ini (Jumaat, 30 Mei 2008), nampaknya beliau masih belum lagi diterima di dalam UMNO. MT kena berbincang dan meluluskan penyertaan semula beliau ke dalam UMNO kerana beliau "mempunyai rekod" dengan UMNO. Beliau pernah menjadi ahli dan keluar untuk menyertai parti lain sebelum memohon semula untuk menyertai UMNO.

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin dan juga riak mukanya nampak macam tak setuju sahaja. Dalam masa yang sama, Presiden parti pula sudah setuju. Namun terlupa pula kepada peraturan parti terhadap keperluan untuk merujuk kepada Majlis Tertinggi (MT) berkaitan dengan kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO. Macamana ni?

p/s: Isteri C-bOk cakap, wajah Ezam tu sama dengan C-bOk. Ye ke?

Dr Mahathir Mohamad: The Criminalisation of War

Dr Mahathir Mohamad: The Criminalisation of War

1 Juta Hits!!



Wow! Blog Tun Dr. Mahathir yang baru je beberapa hari (tak sampai sebulan) telah pun mencapai lebih satu juta hits. C-bOk yang dah berblog selama 4 tahun pun rasa-rasanya tak mencapai 10% daripada pencapai Tun ini. Kalau dibuat perbandingan dengan mana-mana ahli politik lain di Malaysia atau pun mana-mana blogger lain yang popular di Malaysia, termasuklah RPK, Rocky Bru, A. Kadir Jasin, semuanya jauh ketinggalan.

Melihat kepada realiti ini, C-bOk rasa mana-mana pemimpin atau ahli UMNO yang terus memperkecilkan ketokohan Tun sememangnya menggali lubang kubur sendiri. Tun sememangnya mempunyai aura ketokohan dan kredibiliti tersendiri yang tidak ada galang ganti dan tidak boleh diperkecilkan oleh sesiapa juga politik hingusan negara ini.

Tahniah Tun.

Thursday, May 29, 2008

C-bOk dalam SINAR Harian

Terkini. C-bOk di ulas di dalam akhbar SINAR Harian hari ini, Khamis, 29 Mei 2008. Rujuk mukasurat N10 [Dari Blog ke Blog]. Lepas C-bOk, ulasan juga dibuat terhadap blog Tun Dr. Mahathir.

Tuesday, May 27, 2008

Pertahankan Kedaulatan Negara Kita!


Beberapa hari dahulu, kita kalah apabila ICJ memberikan hak ke atas Pulau Batu Putih kepada Singapura. Sebaik sahaja pengumuman dibuat, pelbagai reaksi daripada pemimpin dan juga rakyat kebanyakan. Namun, dengan keputusan ICJ ini sebenarnya membuka mata kita kepada banyak lagi kemungkinan tuntutan bertindih yang bakal berlaku keatas pulau-pulau milik Malaysia khususnya di kawasan Selatan negara kita.


Rupa-rupanya ada beberapa lagi pulau milik kita yang dikendalikan oleh orang lain. Pulau Pisang misalnya kini dikendalikan oleh Singapura walaupun ianya milik Malaysia. Bagaimana dan kenapakah keputusan dibuat untuk menyerahkan kepada Singapura untuk mengendalikan rumah api yang dibina di atas pulau tersebut? Siapakah pula yang begitu lemah di dalam pertimbangan mereka sehingga dengan mudah menyerahkan tugas mengendalikan rumah api itu kepada negara jiran? Walau apa pun sebabnya, apakah kita tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan rumah-rumah api yang dibina?


Dengan kejayaan yang diperolehi oleh Singapura melalui mahkamah antarabangsa, apakah tidak mungkin mereka akan menggunakan modus operandi yang sama bagi membuat tuntutan ke atas banyak lagi pulau-pulau yang mempunyai status yang diragui?


Melihat kepada mainan politik dunia khususnya gerakan yang berkaitan dengan CIA dan juga zionis; adakah mungkin wujudnya tangan ghaib di dalam mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh ICJ tempohari? Negara jiran kita itu sememangnya mempunyai hubungan baik dengan sebuah negara yang begitu berpengaruh di dunia sehingga mampu untuk menentukan siapa yang menjadi Presiden di sebuah negara terpilih.


C-bOk melihat begitu banyak kemungkinan di sebalik kegagalan kita mempertahankan Pulau Batu Putih.

Thursday, May 22, 2008

BRABUS S B7

Harga BRABUS ni RM888,888. Selalunya yang pakai kereta macam ni adalah ahli perniagaan berjaya dan ahli-ahli politik. Kalau berniaga, dapat untung banyak bolehlah beli kereta macam ni. Kalau jadi ahli politik, lepas tu mungkin jadi menteri, gaji pun bukanlah banyak sangat - kalau pakai juga kereta macam ni.... hmmm...
C-bOk minat kat kereta ni, tapi fulus tak berapa nak cukup lagi. Berniaga tak berapa nak menjadi. Mungkin kena masuk politik kut? Cepat sikit dapat....

Akademi Fantasia UMNO (Pertandingan Realiti Terkini)

Berikutan dengan tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menarik dari daripada menjadi ahli UMNO, satu pertandingan spontan di kalangan ahli-ahli UMNO khususnya yang berpangkat dan berjawatan telah bermula.

Pertandingan ini adalah pertandingan untuk menunjukkan siapa yang paling KUAT mengutuk Tun Dr. Mahathir. Siapa yang paling PEDAS kutukannya. Siapa yang boleh buat Tun Dr. Mahathir TKO. Maka keluarlah bermacam-macam kenyataan, perkataan, perbuatan dan tingkah laku. Masing-masing nak tunjuk kehandalan, sehingga lupa bahawa mereka tu orang Melayu. Mereka juga berada di kedudukan mereka kerana Tun yang meletak mereka di situ dahulu.

Tindakan mereka tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menunjukkan yang diri mereka itu paling SETIA. Paling BAGUS. Dan paling MENONJOL (sehingga tertonjol). Kononnyalah.....

Sungguh memalukan.

Tuesday, May 20, 2008

Kenyataan Rasmi Tun Dr. Mahathir

Kenyataan rasmi Tun Dr. Mahathir berhubung dengan tindakan beliau keluar daripada UMNO boleh diperolehi di blog beliau di sini.

Monday, May 19, 2008

Tun Dr. Mahathir Keluar UMNO

Tun Dr. Mahathir Mohammad, Mantan Perdana Menteri mengumumkan yang beliau kini keluar daripada UMNO.

Beliau berbuat begitu kerana tidak bersetuju dengan polisi serta tindakan-tindakan Pak Lah sebagai Persiden UMNO dna juga Perdana Menteri. Tun Mahathir juga mengajak ahli-ahli UMNO yang lain untuk menyertai beliau, namun beliau tidak mahu ahli-ahli yang keluar menyertai parti pembangkang, sebaliknya menyertai semula UMNO apabila Pak Lah meletak jawatan.



Laporan di dalam akhbar the Star:
Monday May 19, 2008 MYT 1:35:26 PM
Dr M quits Umno (updated)

ALOR STAR: Former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad announced Monday at 12.35pm that he is quitting Umno. He said this during a talk here on Monday. Dr Mahathir joined Umno at its inception in 1946.He became a Member of Parliament in 1964 when he won the Kota Setar Selatan seat. He lost the seat in the following general election in 1969.
Following the May 13, 1969, riots Dr Mahathir was sacked from the Umno Supreme Council on July 12 because of the widespread distribution of his letter to first Prime Minister Tunku Abdul Rahman criticising Tunku’s manner of handling the country’s administration. Dr Mahathir rejoined Umno on March 7, 1972 and was appointed Senator in 1973.
He relinquished the senatorship post a year later to contest the Kubang Pasu seat in the general elections. He was returned unopposed and was appointed Minister of Education.In 1975, Dr Mahathir became one of the three vice-presidents of Umno. Tun Hussein Onn appointed Dr Mahathir Deputy Prime Minister on Sept 15, 1978. Dr Mahathir was Prime Minister of Malaysia from July 16, 1981, until Oct 31, 2003.
Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhammad Taib said he was surprised at the decision, but added that it was Dr Mahathir's right to do so. "Every member has the right to join or leave the party," he said. Asked if Umno would convene an emergency meeting, the former Umno vice-president and Selangor Mentri Besar said that "we will wait and see. "The next Umno Supreme Council meeting is scheduled to be held within the next two or three weeks.

Saturday, May 17, 2008

Apa Yang Kecoh Sangat?

Kenapa kecoh sangat?

Bagi C-bOk, laporan akhbar berkenaan dengan laporan Suruhanjaya berkenaan hanyalah satu "scoop" yang berjaya di cium oleh pemberita-pemberita berkenaan. Laporan polis di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) C-bOk rasa agak keterlaluan melainkan tujuan laporan itu adalah untuk mengenalpasti siapa pegawai di JPM ataupun di kalangan Suruhajaya yang dilantik yang memecahkan rahsia laporan berkenaan.



Wednesday, May 14, 2008

Cadangan Kepada Perdana Menteri: Untuk Tindakan Segera

YAB Dato' Seri Perdana Menteri,

1. Saya melihat perkembangan terkini politik memerlukan tindakan segera YAB Dato' Seri bagi menjamin kesinambungan kepimpinan Melayu di negara ini. Saya tidaklah mahu menyeru perletakan jawatan Dato' Seri kerana Dato' Seri sendiri pun sudah banyak kali bercakap tentang "kekuatan mandat" yang diperolehi oleh Dato' Seri. Maka seperti yang Dato' Seri cakap, Dato' Seri perlu mengekalkan pegangan kepada jawatan tersebut atas bagi membalas "kepercayaan" yang diberikan melalui 'mandat" tersebut.

2. Namun saya amat berharap Dato' Seri memberikan perhatian yang serious kepada ucapan ahli-ahli Parlimen khususnya dari Sabah yang membuat pelbagai analogi tentang kedudukan mereka dan Sabah di dalam Barisan Nasional. Mereka nampaknya memperjuangkan apa yang ditakrifkan oleh mereka sebagai hak rakyat Sabah setelah menyumbang kepada kemenangan BN. Apakah betul mereka memperjuangkan "hak Sabah" atau "hak sendiri" itu susah saya nak cakap sebab apa yang ada di dalam hati masing-masing hanya Tuhan yang tahu. Yang pentingnya, nada ucapan dua orang ahli Parlimen Sabah yang menolak jawatan Timbalan Menteri tempoh hari sewajarnya diberikan perhatian dan diambil tindakan dengan segera.

3. Saya ingin mencadangkan kepada Dato' Seri untuk mempertimbangkan cadangan-cadangan berikut:

  • Wujudkan jawatan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Menteri Hal Ehwal Sarawak (2 jawatan);
  • Pecahkan Kementerian Belia dan Sukan kepada dua Kementerian (2 jawatan);
  • Wujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kanan (1 jawatan/Melayu);
  • Wujudkan 5 jawatan Timbalan Perdana Menteri (5 jawatan/Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak)

4. Dengan pengwujudan jawatan-jawatan di atas (10 kesemuanya) maka Dato' Seri boleh melantik ahli-ahli Parlimen yang layak ke jawatan Menteri. Masalah kekurangan Menteri dari Sabah dan Sarawak boleh diatasi dengan melantik Ahli Parlimen dari negeri-negeri berkenaan ke jawatan ini.

5. Saya harap Dato' Seri dapat mempertimbangkan cadangan saya ini sebab saya sudah bosan dengan sikap ahli-ahli Politik yang macam budak-budak hanya kerana soal jawatan sedangkan kita berhadapan dengan masalah kekurangan makanan dan kenaikan harga yang memeningkan kepala rakyat macam saya ini.

Sekian terima kasih.

C-bOk

"Kejutan" Shahidan Kassim


Kejutan dari Utara! Dato' Seri Shahidan Kassim menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan Naib Presiden UMNO sehingga menjadi bahan lakaran kartun Senyum Kambing Utusan Malaysia hari ini, 14 Mei 2008. Kejutan yang menarik. Sekiranya beliau menang nanti ada yang "terkincit" dalam seluar.

Ucapan Sulong YB Dato' Mukhriz Mahathir di Dewan Rakyat

C-bOk melihat YB Dato' Mukhriz Mahathir sebagai seorang ahli politik yang mempunyai "X" factor. Berikut adalah ucapan sulong beliau di Dewan Rakyat sebagai Ahli Parlimen yang mewakili kawasan Jerlun, Kedah.
Terima kasih Tan Sri Yang DiPertua kerana memberi saya julung2 kalinya peluang untuk saya membahaskan Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong di Persidangan Penggal Pertama Parlimen Keduabelas.

Negara Perindustrian

Tan Sri Yang DiPertua, seperti yang kita sedari, di era serba mencabar dalam ekonomi dunia, negara mesti menarik minat pelabur langsung asing (FDI) untuk membuka kilang, mewujudkan industri-industri dan syarikat- syarikat yang mengeluarkan produk dan perkhidmatan untuk pasaran global. Kita lihat kebelakangan ini, Malaysia tidak dilihat sebagai destinasi pelaburan utama bagi setiap pelabur yang meninjau rantau ini dalam usaha mencari lokasi untuk membuka bisnesnya.

Buat masa ini bukan sahaja negeri penduduk ramai seperti China, India dan Indonesia yang dapat menawarkan harga buruh yang murah, tapi kita lihat kemunculan Vietnam, Cambodia dan juga Laos mendapat FDI - yang lama kelamaan akan melebihi FDI yang datang ke Malaysia.
Malah, sekarang ini China dan India sudah menarik perhatian pelabur-pelabur yang memberi penekanan kepada keupayaan teknologi, dan bukan hanya kos buruh yang murah. Bagi Malaysia yang berhubung rapat dengan dunia perdagangan dan perniagaan, sudah tentu kadar kemasukan FDI menjadi petanda survivabiliti negara.

Pada waktu yang sama, dalam usaha kita untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, sudah tentu kita perlu memberi penekanan kepada usaha untuk meningkatkan bilangan industri industri besar dan juga IKS yang menjadi tulang belakang negara perindustrian. Soalnya, adakah industri-industri besar dan juga IKS Malaysia boleh diiktiraf sebagai bertaraf dunia? Untuk menjadi negara perindustrian sudah tentu kita perlu wujudkan syarikat syarikat perindustrian ala Sony, Hyundai, Acer dan sebagainya. Sudah tentu kita juga perlu lahirkan “industrialists” seperti Akio Morita, Chung Ju-Yung dan Stan Shih untuk menerajui syarikat syarikat ini. Soalnya, syarikat Malaysia yang manakah yang boleh kita bangga sebagai syarikat teknologi tinggi yang diri dan duduknya sama tinggi sama rendah dengan syarikat syarikat ternama didunia, dan siapakah industrialist Malaysia yang akan memacu negara kearah menjadi negara perindustrian?

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah kepada balu dan keluarga Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, pengasas Naza Motors yang telah meninggal dunia baru baru ini. Sebelum ini juga, Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad, pengasas DRB Hicom - juga seorang tokoh yang dilihat sebagai industrialist negara - telah meninggal dunia sebelum sempat membantu dalam usaha mengindustrikan negara.

Saya berharap Kerajaan akan terus dengan pendekatan Pensyarikatan Malaysia atau Malaysia Incorporated supaya jenama jenama Malaysia industri besar dapat menerokai pasaran dunia untuk produk dan perkhidmatan hasil usaha Malaysia - sekaligus merealisasikan aspirasi negara menjadi negara maju berindustri.

Kita mahu lihat GLC memainkan peranan yang lebih bermakna dalam usaha memacu negara kearah menjadi negara industri. Pada waktu yang sama, kita harap ruang dan peluang akan diberikan kepada mana mana usahawan pihak swasta untuk mengusahakan industri besar. Dalam penglibatan GLC dalam industri besar, biarlah ianya tidak bersaing dengan syarikat swasta yang mencebur diri dalam sektor industri yang sama. Ini adalah kerana perbelanjaan dan pelaburan yang diperlukan untuk industri besar ini punyai kos dan risiko yang tinggi. Sudah tentu merugikan negara sekiranya syarikat syarikat swasta ini berhadapan dengan saingan daripada GLC dalam sektor industri yang sama.

Kewujudan industri intensif buruh sudah tentu akan menyediakan banyak peluang kerja untuk anak-anak muda kita. Industri intensif kapital pula memerlukan tenaga kerja yang mampu menguasai teknologi tercanggih.

China dan India makin hari makin berkemampuan untuk melahirkan tenaga kerja yang berdaya kreatif dan inovatif. Banyak produk dari negara maju yang dulunya direka bentuk di Barat dikeluarkan di kilang-kilang di India dan China. Kini kita lihat kerja kerja rekabentuk juga dilakukan oleh syarikat design di kedua India dan China. Nilai tambah yang disumbangkan oleh kedua negara ini mampu mengurangkan kos untuk syarikat induk di negara maju, sambil itu membuktikan bahawa syarikat India dan China juga mampu menyaingi Barat dalam fungsi mereka bentuk.

Dimana Malaysia dalam soal ini? Walaupun India dan China sudah kurang dilihat sebagai negara pengeluaran kos rendah, tetapi negara membangun yang lain telah mengambil alih tempat kedua negara tersebut. Indonesia, Vietnam dan Cambodia pula dilihat sebagai destinasi pelaburan terbaru yang menarik.

Mahu tak mahu, Malaysia tidak dapat elak daripada menarik pelabur yang lebih mementingkan kualiti produk dan tahap penguasaan teknologi tinggi daripada kos buruh yang rendah. Adakah tenaga kerja Malaysia bersedia untuk menerima kehadiran pelabur-pelabur seperti ini? Sudah tentu Dasar Pendidikan Negara memainkan peranan yang amat penting untuk merealisasikan matlamat ini.

Pendidikan

Tan Sri Yang Di Pertua, sambil kita membina modal insan seperti yang kerap kali diuar-uarkan oleh Kerajaan, kita juga perlu memastikan peluang kerja yang mencukupi untuk anak-anak muda kita termasuk graduan IPT tempatan dan juga yang menuntut di luar negara. Malangnya kita lihat kadar pengangguran yang masih membimbangkan. Atas sebab sebab tertentu, ramai juga graduan kita yang tidak berpeluang untuk mencari kerja yang menepati kelulusan mereka, dan ada juga yang masih menganggur.

Ramai graduan diluar negara pula mencari kerja dinegara tersebut. Ada juga bakat terbaik diantara anak muda kita yang diambil kerja diluar negara - ramai juga ke Singapura. Ada diantara mereka yang berpendapat bahawa gaji yang ditawar di Malaysia untuk kerja mengikut kelulusan mereka tidak memenuhi keperluan mereka, maka itulah sebabnya mereka berhijrah keluarnegara untuk cari nafkah.

Ini bermakna bahawa belanja yang banyak yang dikeluarkan oleh Kerajaan untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak kita tidak membawa hasil seperti yang diharapkan kerana peluang kerja yang tidak mencukupi. Lebih merugikan lagi apabila bakat bakat terbaik antara mereka bekerja di luar negara, menetap di sana dan membayar cukai pendapatan di sana juga.
Kalau trend ini tidak dibendung, negara akan mengalami kerugian yang amat besar dan kesannya akan berpanjangan.

PPSMI

Tan Sri Yang Di Pertua, kita sering diberitahu bahawa ada diantara guru-guru di sekolah tidak mempunyai penguasaan Bahasa Inggeris yang secukupnya untuk mereka menjayakan program Pengajaran, Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Apabila guru-guru ini dikehendaki menjalani Peperiksaan Tahap Profisiensi (atau PTP), kerap kali peperiksaan ini dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dan ianya menjadi satu bebanan kepada guru-guru. Oleh itu, guru guru ini tidak mempunyai tempoh waktu yang mencukupi untuk membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaan ini. Supaya mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai tahap penguasaan Bahasa Inggeris, saya cadangkan agar PTP ini diadakan sewaktu cuti penggal sekolah atau apabila guru-guru menghadiri kursus.Sekiranya diberi masa yang mencukupi,saya yakin tahap pencapaian guru-guru yang menduduki PTP ini akan lebih memuaskan.

Saya ingin ucapkan tahniah kepada Kementerian Pelajaran kerana mewujudkan program Pedagogy Enhancement & Reinforcement of Learning Strategy atau PEARLS dimana guru guru Sains dan Matematik berkumpul dan berbincang mengenai pendekatan pendekatan yang terbukti membawa hasil yang diingini dalam menjayakan PPSMI. Program ini diterima baik oleh guru-guru tersebut, dan nampaknya memberangsangkan mereka untuk terus berusaha ke arah matlamat yang ditetapkan.

Membantu usahawan muda

Kebelakangan ini kita lihat begitu ramai belia yang memerlukan bantuan kewangan dalam bentuk modal untuk memulakan perniagaan kecil kecilan. Mereka tidak memerlukan wang yang banyak. Sekadar RM10,000 hingga RM20,000 pun memadai untuk perniagaan mereka. Tetapi kerana tidak dianggap “credit worthy”, mungkin kerana punyai hutang-hutang lain yang belum diselesaikan, atau kerana tidak ada aset yang boleh dicagarkan untuk pinjaman tersebut, maka bakal bakal usahawan muda ini tidak dapat membuat pinjaman dari institusi institusi kewangan atau dari agensi-agensi peminjam Kerajaan.

Olehitu, saya ingin mengucapkan syabas kepada Kementerian Belia dan Sukan kerana memansuhkan beberapa syarat untuk pinjaman dibawah Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB). Ini membolehkan lebih ramai belia menyertai bidang keusahawanan, sekaligus membantu mengurangkan kadar pengangguran dikalangan belia.

Untuk memastikan bahawa jumlah dana STEB sebanyak RM40 juta itu digunakan sepenuhnya bagi tujuan ini, saya cadangkan supaya pegawai Kementerian Belia & Sukan turun mencari usahawan usahawan kecil yang sudah berniaga seperti mereka yang mempunyai gerai makanan yang popular untuk ditawarkan pinjaman supaya dapat membantu meluaskan perniagaan yang mereka usahakan.

Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri?

Tan Sri Yang Di Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang telah dikatakan oleh YB dari Gombak yang telah menyatakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim adalah insan yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya tertanya-tanya mengenai tiga perkara yang telah dilaporkan dalam media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan. Yang pertama mengenai artikel dalam majalah TIME dalam edisinya bertajuk “The 2008 TIME 100”. Laporan mengenai Dato Seri Anwar ditulis oleh rakan karibnya, Paul Wolfowitz - bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat merangkap ketua strategist Perang Iraq untuk George W. Bush. Mengapa harus Dato Seri Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih 1 juta rakyat Iraq ini?

Yang keduanya mengenai artikel dalam akhbar Israel, iaitu Jerusalem Post, yang menggambarkan Dato Seri Anwar sebagai “Malaysia’s Future Prime Minister” seperti yang telah disebut oleh YB dari Gombak dalam dewan yang mulia ini. Adakah ini bukti bahawa Israel juga setuju Dato Seri Anwar menjadi perdana menteri Malaysia? Dan kalau setuju, mengapa?
Yang ketiganya ialah mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of the Future. NGO ini menerima dana sebanyak US$35juta dari Jabatan Negara atau State Department, kerajaan Amerika Syarikat, US$10 juta dari Bahrain dan US$11 juta dari lain lain sumber yang tidak diketahui. Pengerusi Foundation of the Future ialah tak lain tak bukan Dato Seri Anwar Ibrahim, insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia. Di NGO ini jugalah, Dato Seri Anwar mengambil kerja Shaha Riza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah mencetuskan kontroversi di Bank Dunia tempohari.

Soalnya, adakah Dato Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latarbelakangnya, dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman Neo Conservative yang membunuh rakyat Islam di Iraq, Paul Wolfowitz, hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini?

Sudah tentu tidak! Selagi nyawa dikandung badan, UMNO tetap akan mempertahankan kedaulatan negara kita.

“Tsunami Politik”

Tan Sri Yang Di Pertua, apa yang berlaku didalam pilihanraya yang lepas sebenarnya memberikan hikmah dan pengajaran yang besar kepada UMNO. UMNO sudah mendengar dan memahami isihati rakyat, dan akan membuka satu lebaran yang baru. Sejarah UMNO telah membuktikan setiap kali ia jatuh ia akan bangun dengan lebih gagah dan perkasa. UMNO tidak akan berpeluk tubuh berdiam diri dan membuang masa.

Percayalah kami akan menunaikan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat. Setiap apa yang kami lakukan dan bakal lakukan pembangkang harus gusar dan gentar kerana perubahan dan kebangkitan semula UMNO sudah bermula. Ia akan mendatangkan seribu satu impak positif kepada semua pihak. Pihak pembangkang tidak perlu masuk campur atau menjaga tepi kain UMNO, kerana kami tahu bagaimana untuk mengurus dan menjaga parti yang kami cintai ini. Dan sesungguhnya tsunami politik akan berlaku di dalam pilihanraya yang akan datang - cumanya,pasa ketika itu pihak pembangkang pulalah yang akan dilanda badai tersebut.

Oleh itu, diatas dasar perjuangan agama, bangsa dan tanahair, saya ingin mengajak Ahli2 Yg Berhormat dari pihak pembangkang kembali ke pangkal jalan dan menyertai kami.
Tan Sri Yang DiPertua, oleh itu saya mohon menyokong.
Sekian, terima kasih.

Friday, May 09, 2008

C-bOk di MIHAS 2008

Sorry kerana lama tak update blog ini. C-bOk benar-benar sibuk sejak beberapa hari ini. Mesyuarat, perbincangan, menerima kunjungan/lawatan di pejabat dan terkini pula MIHAS 2008 di MATRADE Exhibition and Convention Centre (MEEC) di Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Semasa MIHAS 2008, C-bOk sempat berbincang dengan Dato' Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) berkaitan dengan projek bersama (Herbal Plaza)yang sedang dilaksanakan diantara pejabat C-bOk dengan MeCD.

Monday, May 05, 2008

Pengasas Kumpulan NAZA Selamat Di Semadikan

Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Utama S.M. Nasimuddin, pengasas Kumpulan NAZA telah selamat dikebumikan di Batu 9, Hulu Langat semalam (Ahad, jam 4.00 petang).

C-bOk sempat bersama-sama di Masjid Wilayah Persekutuan dan seterusnya di Hulu Langat untuk memberikan penghormatan terakhir.

Sepanjang hayatnya, allahyarham sememangnya seorang yang disukai ramai. Lebih 6,000 orang yang terdiri daripada pemimpin politik, ahli perniagaan, pekerja dan orang ramai yang terdiri daripada pelbagai bangsa hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

C-bOk kehilangan seorang kawan yang begitu humble. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

Friday, May 02, 2008

Siaran Langsung Sidang Parlimen: Boleh ke Tak Boleh?

Update:
Kabinet yang bermesyuarat pada hari Jumaat, 2 Mei 2008 memutuskan untuk meneruskan siaran langsung sidang Parlimen di RTM.

Catatan Asal:
Ketika catatan ini ditulis, mungkin Menteri Penerangan Dato' Shabery Chik sedang membentangkan cadangan untuk membatalkan siaran langsung sidang Parlimen berikutan dengan perangai beberapa orang Ahli Parlimen yang menjadikan sidang berkenaan macam pasar beberapa hari lepas.

Perdana Menteri juga mempunyai pandangan dan anggapan yang sama iaitu siaran langsung berkenaan patut dihentikan kerana perangai jelik ahli-ahli Parlimen tersebut.

C-bOk berpendapat sebaliknya. Siaran tersebut sepatutnya diteruskan. Malahan, RTM sewajarnya menyediakan satu rangkaian khas untuk sidang Parlimen dan menyiarkan persidangan tersebut secara terus menerus setiap hari selagi sidang Parlimen berlangsung. Di samping siaran terus menerus berkenaan, perbincangan panel dan juga pandangan orang ramai boleh disiarkan terhadap isu-isu yang menyentuh hal ehwal masyarakat.

Apa perlunya Perdana Menteri dan Menteri Penerangan merasa risau dengan sikap ahli-ahli Parlimen (MP) berkenaan? Sekiranya MP-MP tersebut merasakan tindakan mereka menjerit, mencarut dan berperangai seperti monyet imej yang mereka hendak tontolkan kepada pengundi yang mengundi mereka, maka biarkanlah. Masyarakat sebagai pengundi berhak untuk tahu bagaimana prestasi MP mereka. Selama ini, masyarakat hanya nampak yang baik-baik sahaja terhadap imej MP mereka. Kalau balik kampong pijak semut pun tak mati.

Kini masyarakat berpeluang untuk menilai sendiri prestasi mereka baik MP Kerajaan mahupun pembangkang. C-bOK rasa masyarakat bukan bodoh. Masyarakat lebih bijak untuk membuat penilaian. Perdana Menteri dan Menteri Penerangan tidak perlu menjadi "moral guardian" dengan menentukan apa yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat.

C-bOk berpendapat dengan adanya siaran langsung, kita dapat melihat MP berkenaan boleh bercakap atau tidak, boleh berhujah atau tidak, hujah yang logik atau sekadar merapu, lembik atau tidak, tegas atau lemah, berperangai elok atau tidak, makan gaji buta atau menjalankan tugas sebagai MP dengan wajar dan sebagainya lagi.

Sehubungan dengan ini, C-bOk menyeru Kabinet untuk tidak memperkecil-kecilkan daya pemikiran rakyat dan cuba "menyelamatkan" rakan-rakan MP mereka daripada penilaian masyarakat terhadap prestasi mereka.



Al-Fatihah: Tan Sri S.M. Nasimudin Meninggal Dunia

C-bOk dimaklumkan oleh seorang rakan melalui SMS, Tan Sri S.M. Nasimuddin, pengasas kumpulan NAZA telah meninggal dunia di US. Jenazah beliau akan dibawa pulang ke Malaysia untuk dikebumikan.

C-bOk mengenali beliau semasa bertugas sebagai Pesuruhjaya Perdagangan di Los Angeles dari 1997 - 2002. Beliau seorang yang peramah, mudah didekati, kuat bekerja, berdedikasi dan tidak sombong. Pemergian beliau adalah satu kehilangan yang besar kepada industri automotif negara. Sebagai menyokong usaha-usaha beliau, C-bOk memiliki dua kereta jenama NAZA (Ria dan Sorento) untuk kegunaan harian.

Walaupun beliau telah tiada, legasi beliau akan berterusan dengan pengukuhan jenama NAZA di pasaran tempatan dan antarabangsa. C-bOk harap kepimpinan Kumpulan NAZA akan terus memastikan kejayaan jenama NAZA di masa-masa hadapan.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat hendaknya. Al-Fatihah.

Tun Dr. Mahathir - Kini Seorang Blogger


Tun Dr. Mahathir kini seorang blogger. Blog beliau boleh di akses di http://www.chedet.com.
Welcome to the club Tun.