Tuesday, May 27, 2008

Pertahankan Kedaulatan Negara Kita!


Beberapa hari dahulu, kita kalah apabila ICJ memberikan hak ke atas Pulau Batu Putih kepada Singapura. Sebaik sahaja pengumuman dibuat, pelbagai reaksi daripada pemimpin dan juga rakyat kebanyakan. Namun, dengan keputusan ICJ ini sebenarnya membuka mata kita kepada banyak lagi kemungkinan tuntutan bertindih yang bakal berlaku keatas pulau-pulau milik Malaysia khususnya di kawasan Selatan negara kita.


Rupa-rupanya ada beberapa lagi pulau milik kita yang dikendalikan oleh orang lain. Pulau Pisang misalnya kini dikendalikan oleh Singapura walaupun ianya milik Malaysia. Bagaimana dan kenapakah keputusan dibuat untuk menyerahkan kepada Singapura untuk mengendalikan rumah api yang dibina di atas pulau tersebut? Siapakah pula yang begitu lemah di dalam pertimbangan mereka sehingga dengan mudah menyerahkan tugas mengendalikan rumah api itu kepada negara jiran? Walau apa pun sebabnya, apakah kita tidak mempunyai kepakaran untuk mengendalikan rumah-rumah api yang dibina?


Dengan kejayaan yang diperolehi oleh Singapura melalui mahkamah antarabangsa, apakah tidak mungkin mereka akan menggunakan modus operandi yang sama bagi membuat tuntutan ke atas banyak lagi pulau-pulau yang mempunyai status yang diragui?


Melihat kepada mainan politik dunia khususnya gerakan yang berkaitan dengan CIA dan juga zionis; adakah mungkin wujudnya tangan ghaib di dalam mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh ICJ tempohari? Negara jiran kita itu sememangnya mempunyai hubungan baik dengan sebuah negara yang begitu berpengaruh di dunia sehingga mampu untuk menentukan siapa yang menjadi Presiden di sebuah negara terpilih.


C-bOk melihat begitu banyak kemungkinan di sebalik kegagalan kita mempertahankan Pulau Batu Putih.

1 comment:

Mohd Nadzri Kamsin said...

Kita kalah kerana pemantauan hak jagaan tanah sendiri yang tidak efektif termasuk dokumen-dokumen hak milik.