Friday, May 30, 2008

Oh! Ezam...

Ezam sudah pun menyeberang/menyertai semula UMNO. Penerimaan beliau di dalam UMNO dibuat oleh Presiden UMNO sendiri. Ezam mendapat kelebihan kerana diberi ruang di dalam Buletin Utama TV3 malam berkenaan untuk bercerita tentang kemasukan beliau di dalam parti UMNO. Namun apa merit yang digunakan di dalam menyunting dan menerbitkan berita ini C-bOk kuran pasti. Adakah kerana Ezam atau kerana PM? Kalau Ezam mungkin ini satu scoop untuk beliau. Kalau kerana PM? Takkan majlis "terima borang" nak jadi berita utama?

Di dalam keadaan di mana Perdana Menteri berkata tidak ada sebarang jawatan atau kelebihan diberikan kepada Ezam, C-bOk melihat ruang yang diberikan kepada Ezam di dalam Buletin Utama sebagai salah satu keistimewaan kepada beliau. Bukan calang-calang orang atau calang-calang berita yang dimuatkan di dalam Buletin Utama. (Kalau C-bOk submit borang, tentu tak masuk dalam Buletin Utama...)

Daripada ulasan Presiden UMNO, jelas yang Ezam sudah pun diterima masuk ke dalam UMNO. Tetapi ulasan Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Kangar pada 29 Mei 2008 yang juga di siarkan dalam Buletin Utama TV3 dan seterusnya menjadi berita di dalam akhbar-akhbar harian hari ini (Jumaat, 30 Mei 2008), nampaknya beliau masih belum lagi diterima di dalam UMNO. MT kena berbincang dan meluluskan penyertaan semula beliau ke dalam UMNO kerana beliau "mempunyai rekod" dengan UMNO. Beliau pernah menjadi ahli dan keluar untuk menyertai parti lain sebelum memohon semula untuk menyertai UMNO.

Kenyataan Tan Sri Muhyiddin dan juga riak mukanya nampak macam tak setuju sahaja. Dalam masa yang sama, Presiden parti pula sudah setuju. Namun terlupa pula kepada peraturan parti terhadap keperluan untuk merujuk kepada Majlis Tertinggi (MT) berkaitan dengan kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO. Macamana ni?

p/s: Isteri C-bOk cakap, wajah Ezam tu sama dengan C-bOk. Ye ke?

1 comment:

abe MIE 'TERJAH' said...

PEDULIKAN EZAM, ABE MIE NAK UCAP SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA ULAMA PAS.

Apa lah ulama? Tak ada kasihan. Kata Siti Aishah, isteri keduanya yang berasal dari Kembodia berketurunan Cina (muslimah), Ulama PAS nie dah tak pernah melihat dia dan dua orang anaknya sejak berselisih faham pasal dia hendak 'tambah cawangan baru ke-3'.

Kesian ada, marah ada. Sebagai orang Islam yang menganggotai parti Islam, bayangkan kalau Aishah mengambil tindakan keluar agama? Dah lah PAS hanya parti politik saja bukan parti dakwah.

Apapun, tahniah dan syabas buat Wan Ismail- ulama PAS- dan selamat pengantin baru walaupun rumah kata bye-bye dan kubur kata hai-hai.

pkrpasdap.blogspot.com