Wednesday, May 14, 2008

Cadangan Kepada Perdana Menteri: Untuk Tindakan Segera

YAB Dato' Seri Perdana Menteri,

1. Saya melihat perkembangan terkini politik memerlukan tindakan segera YAB Dato' Seri bagi menjamin kesinambungan kepimpinan Melayu di negara ini. Saya tidaklah mahu menyeru perletakan jawatan Dato' Seri kerana Dato' Seri sendiri pun sudah banyak kali bercakap tentang "kekuatan mandat" yang diperolehi oleh Dato' Seri. Maka seperti yang Dato' Seri cakap, Dato' Seri perlu mengekalkan pegangan kepada jawatan tersebut atas bagi membalas "kepercayaan" yang diberikan melalui 'mandat" tersebut.

2. Namun saya amat berharap Dato' Seri memberikan perhatian yang serious kepada ucapan ahli-ahli Parlimen khususnya dari Sabah yang membuat pelbagai analogi tentang kedudukan mereka dan Sabah di dalam Barisan Nasional. Mereka nampaknya memperjuangkan apa yang ditakrifkan oleh mereka sebagai hak rakyat Sabah setelah menyumbang kepada kemenangan BN. Apakah betul mereka memperjuangkan "hak Sabah" atau "hak sendiri" itu susah saya nak cakap sebab apa yang ada di dalam hati masing-masing hanya Tuhan yang tahu. Yang pentingnya, nada ucapan dua orang ahli Parlimen Sabah yang menolak jawatan Timbalan Menteri tempoh hari sewajarnya diberikan perhatian dan diambil tindakan dengan segera.

3. Saya ingin mencadangkan kepada Dato' Seri untuk mempertimbangkan cadangan-cadangan berikut:

  • Wujudkan jawatan Menteri Hal Ehwal Sabah dan Menteri Hal Ehwal Sarawak (2 jawatan);
  • Pecahkan Kementerian Belia dan Sukan kepada dua Kementerian (2 jawatan);
  • Wujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri Kanan (1 jawatan/Melayu);
  • Wujudkan 5 jawatan Timbalan Perdana Menteri (5 jawatan/Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak)

4. Dengan pengwujudan jawatan-jawatan di atas (10 kesemuanya) maka Dato' Seri boleh melantik ahli-ahli Parlimen yang layak ke jawatan Menteri. Masalah kekurangan Menteri dari Sabah dan Sarawak boleh diatasi dengan melantik Ahli Parlimen dari negeri-negeri berkenaan ke jawatan ini.

5. Saya harap Dato' Seri dapat mempertimbangkan cadangan saya ini sebab saya sudah bosan dengan sikap ahli-ahli Politik yang macam budak-budak hanya kerana soal jawatan sedangkan kita berhadapan dengan masalah kekurangan makanan dan kenaikan harga yang memeningkan kepala rakyat macam saya ini.

Sekian terima kasih.

C-bOk

1 comment:

Anonymous said...

saya tak pasti kita mempunyai pendapat yg sama dalam hal ini.saya lebih melihat ini adalah kelemahan dan kegagalan pak lah sebagai seorang ketua.kebanyakan tindakan yg diambil oleh beliau atas berbagai isu memberi message yg pada pendapat saya salah.setelah MCA dan MIC kehilangan sokongan beliau tetap memberi jawatan menteri kepada mereka dan telah mengenepikan sokong yg diberi oleh sabah dan serawak.pada pendapat saya dengan memberi jawatan tersebut pengundi MIC dan MCA tidak tertekan untuk mengubah pilihan akan datang bahkan mereka mempunyi suara yg lebih dengan DAP.Tunjukan keberanian bahawa hanya dengan BN kaum lain dapat apa yg telah mereka kecapi.mengapa kelantan di sisih beberapa penggal sedangkan penang masih garang dengan pengubahan dasar nep.dan apa erti loyalty jika tawaran yg diberi itu bagai satu penghinaan.pak lah pernah menyatakan beliau pantang dicabar.pada hemat saya dia telah dicabar berulang kali dan sekarang cabaran telah meluas ke isu lain pula.