Menggunakan blog untuk berkempen kini adalah menjadi kesalahan di dalam etika pemilihan UMNO. Itulah yang dikatakan oleh Pengerusi lembaga Disiplin UMNO semalam seperti berikut:
KUALA LUMPUR 22 Dis. - Mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tataetika Ahli UMNO.
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail berkata, ahli-ahli parti masih dibenarkan memiliki blog sendiri tetapi ia tidak boleh sama sekali memiliki sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk diri sendiri atau pihak lain.
Lihat perkataan "memiliki sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen". Ayat itu mempunyai pengertian yang amat luas. Kebetulan pula sudah banyak blog dibangunkan oleh calun-calun pemilihan UMNO Mac depan. Ada yang dibangunkan sendiri oleh calun-calun tersebut. Ada juga yang dibangunkan oleh penyokong-penyokong mereka. Bagaimanakah status Khairy Jamaludin, calun ketua pemuda UMNO yang mempunyai blog-blog penyokong "die hard" seperti Suara SUKJ yang terang-terang berkempen untuk KJ dan menjatuhkan maruah calun-calun lain termasuk mengungkit hal ehwal mak-bapak mereka sekali di dalam blog beliau?
Pengerusi dan Ahli Lembaga Disiplin UMNO baca blog tak?
Sementara itu blogawan Politica ada pertanyaan di sini. Kolot?
Blog-blog lain yang berkempen untuk Khairy Jamaludin adalah:
ProKhairy
KJ For Ketua Pemuda UMNO
C-bOk akan cuba menyenaraikan blog-blog lain termasuk dari calun-calun lain untuk memberi gambaran tentang penggunaan blog di dalam berkempen dan samada peraturan terbaru ini wajar atau pun satu tindakan kolot dan terkebelakang Lembaga Disiplin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Salam Tuan,
Blog yang pro, semi-pro dll tu yang membuatkan kelam kabut citernya.. kempen2 juga.. tapi heran.. terlampau sangat heee..
salam
Cepat MKT. Ubah polisi tersebut segera. Jangan berikan nasihat yang terang-terangan mengambarkan kita bacul ni. Malulah saya. Hudin tak perlulah mengguna internet kerana tak lama lagi beliau akan menyembah bumi. Tapi kami yang masih muda remaja dan masih sayang dengan UMNO jangan dianggap bodoh. Bukan zamannya lagi untuk menggunakan surat / kertas. Kami kini dialam MAYA. Tak lama lagi tekan butang boleh tiba-tiba berada di Mekah. Tak payah lagi naik MAS.
Bro,
1. Sekarang bukan lagi zaman berkempen dengan cara...'Panggil orang datang berkumpul, bagi ceramah, lepas tu jamu bubur kacang atau ubi kayu rebus'?
2. Kalau dah buta IT dan tak tahu nak blogging, jangan mudah untuk menghukum sesuatu itu salah.
3. Sekarang zaman IT..zaman internet. Gunakanlah kemudahan yang ada. Kenapa nak balik ke zaman semasa Dr.M baru masuk UMNO?
4. Adakah Mukhriz tak tahu nak berkempen melalui internet atau pun penyokong-penyokongnya 'tidak cerdik' dan tidak mampu melawan penyokong-penyokong KJ?
5. Jika begitu jangan jadi Ketua Pemuda UMNO. Zaman sekarang zaman anak muda bersama 'alam cyber'.
Bro SUKJ,
1. Meledaknya industri ICT di negara ini adalah kerana Tun Dr. M. Keterbukaan beliau membangunkan MSC dan menubuhkan M-DEC membolehkan orang melayu melawat laman porno serta saya dan saudara mem'blog';
2. Kalau ikut peraturan terbaru Lembaga Displin itu ramailah yang salah. Kenyataan saudara memburukkan Mukhriz di dalam komen blog ii juga boleh dikira salah dan kalau disabitkan dengan KJ boleh menyebabkan pencalunan KJ terbatal;
3. Seperti komen saya dahulu, berbloglah dengan bijak. Jangan kaitkan semuanya dengan Mukriz atau mana-mana calun semata-mata mereka bukan idola saudara. Nampak sungguh "tidak bijak", malah kebudak-budakan.
Bro,
1. Bukan tidak bijak atau kebudak-budakan, tetapi ambo ni mempunyai semangat yang tinggi.
2. Semangat tinggi yang ada pada ambo memang tidak ada pada penyokong-penyokong Mukhriz.
3. Nak buat macam mana sebab ambo adalah penyokong KJ. Sesiapa saja yang lawan dengan KJ mesti ambo 'hentam dan belasah'.
SUKJ..
Ikut akal jika ingin berbicara...cakap siang pandang-pandang..
aduh, kalau nak belawan pun ingat2 la... jgn main elasah je, kita org Islam... ntah apa2 la....
anyway, kalau blogging salah, maknanya Jeff Ooi dulu siap kutip duit tuk biayai kempen beliau ikut blogging... why havent anyone said anything???
jgn lah tgk sebelah pihak je...
Virtual world is not a mean than u can control... so these people must get over it la and accept the challenge...
Kalau mcm tu semua salah.. :-)
web pro.
TV.
Radio.
Akhbar.
SMS.
Pentas forum.
Semua mesti tak boleh bagi publisiti :-)
(( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Forum Generasi Muda
http://Forum1Malaysia.blogspot.com
Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
http://pro-faizal.blogspot.com
Lawan la lawan . nasib baik aku tak joint mana-mana parti politik. Pasal kat malaysia ni politik bangsat banyak sangat. penyokong bangsat lagi banyak....
hallo bro...
tak de contoh blog lain ke yang ko boleh tulis.ke ade niat jahat kat blog yang banyak penyokong tu??????ingat skit yang ko tu calon exco pemuda gak tp berkempen dalam blog gak.....sedar diri tu sikit...jgn rase ko je yang betul.nak tanya skit sblm ni saudara ni aktif politik ke?atau budak masih mentah?

Post a Comment