Tuesday, December 16, 2008

Toyota CAMRY: Umpama Anak Dara Pinggitan

Bertuah sungguh kereta Toyota CAMRY.

Umpama anak pinggitan idaman ramai. Di intai oleh anak-anak jantan yang tergila-gilakannya. Bezanya di sini anak jantan itu ialah exco-exco Kerajaan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Perak sudah pun mengumumkan pembelian kereta Camry bagi menggantikan kereta Proton Perdana. Selangor dan Kedah dijangka akan mengambil tindakan yang sama.

Atas alasan untuk menjimatkan perbelanjaan penyelenggaraan, maruah negara dipertaruhkan. Segala usaha dilaksanakan untuk memastikan hajat di hati tercapai..., demi untuk memiliki anak dara pinggitan yang menjadi idaman. Puas sudah hati exco negeri Perak. Tidak lama lagi negeri-negeri lain akan menyusul pula.

Sungguh cetek pemikiran orang politik. Usaha murni membangunkan sebuah industri dilihat sebagai usaha politik sehinggakan apa sahaja yang dilaksanakan oleh Kerajaan terdahulu perlu diketepikan. Dangkal sungguh penilaian ahli politik Pakatan Rakyat yang memperjudikan ekonomi negara demi kerana hendak duduk di dalam kereta empuk bernama Camry.

Apakah nasib Perusahaan Otomobil Nasional sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara nanti? Di Perak ianya dibuang. Mungkin juga akan dibuang di Selangor dan Kedah. Kalau Malaysia di perintah PR - mungkinkan Proton akan ditutup?

9 comments:

. said...

untung yer jadi anak dara? :)

add said...

Contohilah kerajaan pimpinan PAS kelantan.... wahai pemimpir 4 negeri yang baru memerintah negeri...

Wahai pengikut PR buka lah hati,minda anda sekarang dan renung serta hayati apa yang DAP buat kepada orang melayu....

Berbalik kepada kereta ...
mana ada bising-bising pasal kerajaan baru nak tukar kereta masa 1990 dulu. betapa bagusnya kerajaan PAS memerintah. Walaupun kelantan dapat pada PAS tetapi masih lagi melayu dan Islam.
wahai penyokong PR sedar dan insaf serta balik lah kepangkal jalan....

Anonymous said...

antara demoratik dan nyawa mana lebih utama ????

Anonymous said...

antara nyawa dan demokratik mana yang lebih utama ???

azreen said...

setuju dengan pendapat add..

ni la contoh terbaik cakap x serupa bikin..

KHAIRUL NAZRI said...

Buruk sungguh perangai kalau hendak anak dara tetapi tidak mampu menggunakan wang sendiri malah menyamun pula wang orang lain...

Anonymous said...

Perlu kita ingat bahawa Proton merupakan syarikat kepunyaan negara dan rakyat. Tak kisahlah samada ianya ditubuhkan semasa pentadbiran dahulu atau jika sekiranya Malaysia diperintahkan oleh Pakatan Rakyat, ianya perlu disokong kerana hampir 90% pekerja terdiri dari pekerja rakyat Malaysia, tak kiralah Melayu, Cina atau India. Proton pun mampu buat kereta macam Camry tu, tapi berilah masa pada mereka. Toyota dah establish sejak tahun 1940an lagi sementara Proton pada tahun 80an. Banyak lagi yang Proton boleh buat pada masa depan. Saya tak terkejut sekiranya Proton mampu buat kereta lebih menarik dari Camry, mungkin kualiti dan rekabentuk akan melangkaui rekabentuk seperti Porche Cayenne atau BMW. Kita dah ada insfrastruktur di Bandar Proton mahupun di Shah Alam, cuma teknologi sahaja yang perlu diberi penekanan. Jangan terkejut kalau Proton suatu hari nanti akan menjadi kaya raya seperti PETRONAS dan mampu memberi pulangan kepada negara, seperti mana yang sekarang ini. SABARLAH SIKIT...

Zainal A. Kasim said...

Anon 1.46AM:

Apa maksud pertanyaan saudara? Ini tidak ada kena mengena dengan demokratik dan nyawa. Ada orang mati kemalangan dalam kereta Proton. Ada juga yang mati dalam kereta Toyota.

Ini adalah soal maruah dan ekonomi negara kita. Toyota bermula sejak tahun 40an. Proton bermula sejak tahun 80an. Perbezaan 4o tahun memberi banyak perbezaan kepada kedua entiti ini tetapi tidak bermakna kita perlu membuang terus proton.

Kita perlu membantu untuk membangunkan proton dengan memberi pandangan serta cadangan yang membina. Bukan berfikiran sengkek dengan menukar proton kepada jenama luar.

Unknown said...

kilang proton kat tanjung malim tu tak nak ke dipindahkan sekali...

bukan sikit cukai yg disumbangkan kpd kerajaan negeri sy rasa dan peluang pekerjaan utk anak perak daripada kilang tsb..

toyota juga pilihan hati huhu..