Rocky Bru telah menulis tentang perkara ini. Jebat Must Die juga telah membuat analisanya. RPK mendakwa penjuang kemerdekaan negara adalah Chin Peng. Dengan kata lain menidakkan sumbangan Melayu di dalam perjuangan kemerdekaan negara. Malahan menaikkan taraf pembunuh polis sebagai pejuang negara. Apa motif RPK?
Komen-komen lanjutan daripada artikel berkenaan pulak menunjukkan ketidak pekaan sebahagian daripada pekomentar. Mungkin kerana tidak arif dengan sejarah negara (anak muda? Penyokong parti...?) atau pun mempunyai semangat perkauman semborono yang kuat.
Mungkin akronim RPK - Raja Pembohong & Kelentong itu betul!
Masalahnya sekarang hanya blogawan yang menganalisa catatan serong RPK ini. Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin Melayu yang lain? Di mana UMNO, PAS, PKR? Di mana pula pimpinan muda UMNO berjiwa besar? Mukriz, KT, KJ? Inilah masanya untuk menunjukkan tokoh kepimpinan anda. Satu isu yang benar-benar memerlukan pembelaan. Jangan dibiarkan RPK memperkotak-katikkan sejaah, kedaulatan negara dan maruah bangsa.
KDN! Bagaimana?
Sunday, December 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Sebelum Jebat timbul, pesanan-pesanan.blogspot.com buat kerja sorang2.
Kamu pun tak baca, dia dah belasah pasal batang kali sebelum Jebat lakukan.
Jgn asyik harap pemimpin atau orang lain, kamu sendiri patut tanya apa yg kamu lakukan.
Kamu pun buat blog pasal nak jual barang!
Saya berpendaoat, pejuang kemerdekaan bukan orang Melayu sahaja,dan lebih-lebih lagi bukan UMNO sahaja.
Sesiapa sahaja yang berjuang untuk membebaskan Malaya dari penjajahan Inggeris, termasuk secara brsenjata, patut diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan.
Hanya dengan perspektif seperti ini barangkali kita boleh melihat peranan PKM dan Ching Peng dalam perjuangan kemerdekaan.
Bukankah semua intelek, professional dan liberal Melayu berada di belakang RPK?
Anwar, Hassan Ali, Khalid, Hadi, Nik Aziz,Tg. Aziz,Hishamuddin Rais.Husam,......dll.
Sang Murba,
Objektif tidak menghalalkan cara. Memperjuangkan kemerdekaan tidak bermakna membunuh polis yang tidak bersalah.
Anon 9.11pm:
Semua intelek Melayu? Adakah benar mereak intelek Melayu atau politikus?
Bagi saya ada perbezaan yang ketara. Intelek membuat keputusan yang tidak memihak. Politikus mengamalkan partisan. Nama-nama yang saudara sebutkan adalah partisan dan tidak layak digelar intelek.
Anon 5.39 AM:
Anda membuat serkapan jarang. Menulis blog adalah passion saya. Perniagaan adalah hobi saya. Kedua-duanya mempunyai arah yang berbeza walaupun di ruangan yang sama.
Saya sudah baca pesanan-pesanan.blogspot.com mungkin sebelum anda sendiri membacanya. Cuba lihat sejarah blog saya. Tahun bila ianya dibangunkan.
Kamu tanya apa yang saya lakukan? Bukankah saya sudah membangkitkan isu ini? Saya menyentuh tentang kepincangan fakta tulisan RPK itu dan berharap pemimpin kita membangkitkannya untuk diperbetulkan. Ianya pasti lebih elok daripada politik murahan mereka sekarang.
Apa pula yang kamu sudah lakukan atau akan lakukan wahai anon tanpa wajah/nama? [Hanya mereka yang takut menggunakan identiti anonymous]
Post a Comment