Monday, December 29, 2008

Thai! Bila Nak Aman? Lulusan Oxford Pun Kantoi

Thai! Bila nak aman?

Kejayaan parti pembangkang Thailand menjatuhkan Kerajaan yang dipilih melalui Pilihanraya baru-baru ini tidak berjaya meredakan gelodak di negara berkenaan.

Di sebalik kejayaan parti pembangkang menumbangkan Kerajaan dan melantik seorang anak muda lulusan Oxford bernama Abhisit menjadi Perdana Menteri belum mampu untuk menjamin kedamaian di negara berkenaan.

Perlantikan Abhisit membuatkan ada rakyat Malaysia yang begitu teruja sehingga membuatkan penyokong "menantu" yang juga lulusan Oxford perasan. Malah ada yang mengatakan rakyat Malaysia bodoh monyet kerana tidak menyokong lulusan Oxford itu.

Namun menjadi lulusan Oxford bukanlah lesen untuk menjadi pemimpin terbaik. Buktinya di Thailand itu sendiri - walaupun Abhisit anak muda graduan dari Universiti tersohor dunia itu tidak bermakna dia mampu untuk menyediakan satu suasana yang mampu untuk menyatukan rakyat di negaarnya. Dalam politik, bukannya dari universiti mana anda belajar. Sebaliknya keupayaan untuk diterima menjadi pemimpin rakyat adalah resepi utama untuk menjadi pemimpin yang terbaik dan diterima ramai walaupun pemimpin itu hanya lulusan sekolah pondok.

5 comments:

mn said...

Bro,

1. Oxford itu TERBILANG

2. Lulusan Oxford itu CEMERLANG

3. Oleh kerana tak pergi belajar di Oxford lah, mereka tu jadi bodoh macam monyet hanya tahu buat kacau di merata -rata jalan.

Zainal A. Kasim said...

Bro SUKJ,

Kalau begitu, lulusan Oxford Thailand itu pun bodoh monyet sebab dia naik kerana menunjuk perasaan dan menutup lapangan terbang sebelum Kerajaan terdahulu dibubarkan. Tak ingat ke?

Jangan taksub sangat dengan Oxford. Kerosakan yang dibuat oleh lulusan Oxford pun banyak juga. Oxford adalah senjata Yahudi di dalam memporak perandakan dunia.

mn said...

Bro,

1. Tu la..balik-balik yahudi? Dah tak ada isu modal lain.

2. Habis nak taksub dengan Al-Azhar?

3. Mereka pun dah mula kerjasama dengan puak2 yang terang-terang menentang Islam. Habis camne..???

Anonymous said...

Mr Zainal, why dont we just suggest Mr SUKJ-the6inchoxford-blower to be the next Mr PM instead of Mr Oxford-cemerlang-terbilang-man,since he's so cleaver abt this.

Anonymous said...

Bro SUKJ..

lu ni mcm jaguh kampung la..ckp mcm org tak guna akal..ckp siang pandang-pandang la beb..

-perosak bangsa-