Thursday, January 22, 2009

The Herald: Kenapa Tidak Ambil Tindakan Lagi?

Akhbar The Herald - Catholic Weekly masih berdegil dan menggunakan perkataan Allah apabila merujuk kepada Tuhan dalam penerbitan terkininya. Kenapa degil sangat? Kenapa sejak akhir-akhir ini akhbar ini mahu menggunakan nama Allah untuk Tuhan mereka? Selama ini Tuhan mereka tidak bernama?

Tindakan mereka yang terang-terang bertentangan dengan keputusan Kabinet menolak permohonan mereka untuk menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan mereka boleh mencetuskan konflik dan kemarahan di kalangan rakyat khususnya yang beragama Islam.

Allah adalah nama yang merujuk kepada Tuhan orang Islam. Ianya digunakan di dalam Al-Quran. Adakah kitab-kitab lain yang menggunakan nama Allah apabila merujuk kepada Tuhan mereka? Kalau ada sahih ke?

Atas alasan apa pula mereka hendak menggunakan Allah sebagai rujukan kepada Tuhan mereka? C-bOk tidak nampak apa-apa alasan lain selain daripada matlamat tersirat mereka untuk menimbulkan kekeliruan dan seterusnya memporak perandakan akidah ummat Islam di negara ini. Seperti apa yang berlaku di negara jiran di mana Gereja di panggil Gereja Rumah Allah. Sungguh huru-hara dan kita tidak boleh membenarkan perkara yang sama berlaku di negara ini. Sekiranya tenaga penggerak The Herald merujuk kepada kelonggaran di negara jiran berkenaan, maka eloklah mereka berhijrah ke negara berkenaan sahaja kerana tidak semudah itu ummat Islam di negara ini bersedia merendahkan martabat Allah sebegitu rupa.

Kalau dibenarkan nanti, bayangkan penganut-penganut agama lain juga mahu menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuan mereka. Contohnya mungkin patung Lord Muruga di Batu Caves juga akan dinamakan semula dengan nama Allah?

Tindakan perlu diambil segera!

6 comments:

Anonymous said...

Itu lah hidup kini, kalau sudah rumah tangga kita (Melayu) huru hara maka, ramailah musuh-musuh Islam ambil kesempatan atas kelemahan ini. Mereka cuba menekan kalau-kalau ada jalan utk mewujudkan kekeliruan kepada jenerasi baru yang masih mentah dan kurang pendidikan ugama. Peranan pihak berkuasa sangat penting dalam menjaminkan kepentingan ISLAM tidak tercemar oleh propaganda musuh-musuh yang tak jemu-jemu ingin melihat Islam hancur.

Anonymous said...

Salam. Pada pandangan saya, sebagai Muslim kita semua wajib bersatu dan berpakat, jadikan satu suara, satu tekad mendesak Kerajaan supaya penggunaan Kalimah Allah ini khusus untuk kita orang Islam sahaja. Mana-mana pertubuhan bukan Islam yang hendak menggunakan khalimah ini mesti di tegah dan di haramkan. Sesiapa yang engkar tindakan tegas mesti di ambil segera supaya mereka sedar bahawa ugama Islam bukan perkara mainan dan digunakan untuk kepentingan politik.

Anonymous said...

Tuan, minta maaf pandangan saya berbeza sedikit. Saya akan membenarkan mereka menggunakan nama Allah. InsyaAllah suatu hari mereka akan menyembah Allah, tuhan yang tiada tuhan melainkan Dia.

Muhammad bin Abdullah mengajak manusia menyembah Allah. Nama bapanya sudah bermaksud "hamba Allah" sebelum Muhmmad menjadi Nabi lagi sedangkan manusia ketika itu belum menyembah "Allah", tuhan yang kita sembah.

Zainal A. Kasim said...

Tojo,

Pandangan tuan diterima. Cuma saya terkilan dengan cakap-cakap nak ambil tindakan.

Terang-terang menentang peraturan negara dan arahan kabinet. Tetapi orang yang punya kuasa hanya sekadar cakap-cakap sahaja. Bila orang berkuasa hanya bercakap, maka porak peranda lah negara kita.

Anonymous said...

Saya setuju. Negara porak peranda apabila orang yang berkuasa tidak tegas mengambil tindakan kepada yang melanggar peraturan.

awang kata said...

Biarlah semuanya selaras. Kalau benar bersetuju perkataan Allah dibenarkan diguna oleh Herald.

Selepas ini hendaklah semua media dan komunikasi rakyat massa guna perkataan Allah dan dalam bahasa Malaysia. Dalam bahasa lain tidak dibenarkan lagi.

Orang Malaysia tentunya berbahasa Malaysia dan tidak berbahasa asing lagi, seperti bahasa Mandarin, Tamil dan sebagainya.

Dan tentunya bertuhankan tuhan yang satu, yakni Allah. Allah seperti yang termaktub dalam Islam yang dilembagakan dalam Perlembagaan Persekutuan.