Friday, January 09, 2009

Saya Sokong KLIA East @ Labu

Pengumuman Kerajaan yang membenarkan Sime Darby dan Air Asia untuk memajukan tanah milik konglomerat berkenaan di Labu dengan pembiayaan swasta mengundang pelbagai polemik. Mungkin oleh kerana tidak bertepatan dengan masanya [ketika rakyat menentang cadangan Sime Darby untuk mengambil alih Institut Jantung Negara], maka pengumuman berkenaan tidak mendapat reaksi yang baik daripada rakyat juga.

Rata-rata menentang dan memberikan pelbagai reaksi, analisis dan respons yang berbaur anti Kerajaan, anti Sime Darby, anti Air Asia, perkauman dan sebagainya lagi. Semuanya berbaur politik dan tidak rasional serta menentang semata-mata kerana hendak menentang. Khususnya ahli-ahli politik dan blogger yang mempunyai fahaman politik tegar C-bOk rasa cadangan berkenaan wajar di lihat dengan lebih rasional. Cuba lihat dari segi kebaikannya juga khususnya dari segi ekonomi.

Sebagai contohnya, ini adalah inisiatif pihak swasta dengan pembiayaan swasta. Memahami definasi "pembiayaan swasta" maka apakah yang perlu dirisaukan oleh kita? Bukan duit kita yang dibelanjakan, tetapi duit syarikat. Dengan mengambil kira risiko serta untung rugi, maka keyakinan Sime Darby Berhad dan Air Asia untuk melabur sewajarnya dihormati. KLIA East @ Labu bukannya jauh daripada lokasi KLIA sekarang. Ianya bersempadan dengan KLIA. Sekiranya tidak dilaksanakan di Labu, ianya akan dilaksanakan juga di mana-mana kawasan yang berjiran dengan Sepang di mana KLIA terletak sekarang.

Inisiatif ini berskala mega dan bakal dilaksanakan di Labu Negeri Sembilan. Sebagai anak Negeri Sembilan, C-bOk melihat projek ini akan menjadi catalyst kepada pembangunan ekonomi negeri. Setelah koridor pembangunan dilancarkan di mana NS diketepikan, KLIA East @ Labu adalah sebagai pengubat kepada kekecewaan NS sebelum ini.

Projek ini dijangka akan merancakkan aktiviti ekonomi di kawasan persekitarannya. Pembangunan KLIA East @ Labu akan menyokong perumbuhan kawasan sekitarnya dengan lebih rancak. Pelaburan-pelaburan baru seperti pembinaan kawasan perumahan, kilang, sekolah, institusi pengajian tinggi dan sebagainya akan berkembang dengan sendirinya.

Lanjutan daripada ini juga, peluang-peluang pekerjaan baru akan diwujudkan. KLIA East @ Labu sendiri akan memerlukan ramai pekerja untuk mengurus dan menyelenggaranya kelak. Pekerjaan baru yang diwujudkan ini boleh direbut oleh anak-anak tempatan di NS dan juga dari negeri-negeri sekitarnya. Peluang-peluang pekerjaan lain juga akan tumbuh dengan pesatnya selari dengan pertumbuhan pesat KLIA East @ Labu.

AirAsia pula dijangka akan menjadi mengendalikan kira-kira 60 juta penumpang menjelang tahun 2013 menjadikannya ianya syarikat penerbangan yang kedua selepas JAL yang berupaya mengendalikan penumpang seramai itu. Manakala menjelang tahun 2030 pula, AirAsia akan menjadi syarikat yang memiliki pesawat terbanyak. Bayangkan sumbangan AirAsia kepada ekonomi ketika itu.

Sebagai anak NS, C-bOk bangga kerana AirAsia memilih NS sebagai tuan rumahnya dan dengan keupayaannya untuk mengendalikan sehingga 60 juta penumpang, sumbangannya kepada ekonomi NS melalui KLIA East @ Labu amat tinggi nilainya.

Malangnya, sebahagian daripada kita khususnya ahli politik dan blogger hanya tahu nak kempen untuk memberhentikan apa sahaja projek yang menjadi inisiatif anak Malaysia sendiri hanya kerana mereka tidak suka dengan orang-orang tertentu.

Ada ketikanya kita wajar menentang [seperti pengambilalihan IJN], namun ada ketikanya kita wajar bangga dengan konglomerat negara kita sendiri dan menyokong cadangan yang mampu memberi impak menyeluruh kepada negara.

10 comments:

Anonymous said...

lerr....

Apo la ekau ni jang.....

tak intellectual langsung.

Balik kampung, jago kobau le.

A Voice said...

Saudara

Saudara

The Labu LCCT issue should not be viewed from a N9 rakyat seeking development for N9. That may seemed as selfish and shd be viewed holistically.

An article I posted Labu LCCT: Another Magic Pumpkin? by a professional in the aviation field covered 5 reasons. None relate to a political inclincation. Their justifications should not be brushed or trivialise as anti Air Asia.

If you view that N9 needs an Airport to develop, what about states like Ipoh, and Melaka whose Airport had been closed.

Think!

The Government spent RM300 million for an LCCT.

Why do we need to build another for RM1.3 billion? The capacity has not been met? KLIA has the capacity and financial means to expand, why need to build in an area outside KLIA.

Labu is further than 20 km. Is that logistically right? If the manner Air Asia gets whatever they want, is there some insidious attempt to destrpy MAS and MAB. Isn't that a major waste of resources and money?

KL/Klang Valley is not a major city and size, and volume like New York (JFK, Laguardia and Newark) to require 3 airports Malaysia (Subang, KLIA, Labu).

This is another wastage. WHy would Sime Darby have to sacrifice siphoning out 3,000 acres to Air Asia. With land scarce, could that 3,000 acre be used for "development"?

Do not get deceive to believe Government did not put money there and this is a privatised matter? Sime Darby is partly or if not majority control by Government. Money would come from public money (banking system) or EPF a misplaced definition of PFI.

If this failed, Government would be called in to bailout. Even if AirAsia failed, Government would be called in to bailout. Its financial health is suspect. Its order of 100 fleet A320 has not receive financing. With "depression" looming, the Labu Airport is merely a way to defer their inevitable.

Do you seriously think that only property related development the way to bring development to Negeri Sembilan?

Does development through urbanisation the way to go? THink hard, who benefit from urbanisation?

Ponder hard outside the box as to whether Labu development put money in the pocket of the people of Negeri Sembilan, as you claim. Who benefit from the Labu Vision City plan?

Anonymous said...

1. Kita biarkan KLIA kosong.
2. Kita biarkan perancangan earopolis disekitar KLIA terbengkalai
3. Kita buangkan masterplan 50 tahun 'airport development' dalam tong sampah.


Tapi biar lah kita habiskan duit bina KLIA Labu ni, saya rasa makin kuranglah mereka yang akan menggunakan Air Asia.....sebab jauh.

Biarkan dia jadi gajah putih.
Semata2 nak menaikkan nilai tanah Sime Darby yang dah jadi Syarikat Penjahanam negara.

Zainal A. Kasim said...

Saudara A Voice,

You may have points there, but at the moment the only company that has been bailed out as far as the the airlines industry is concerned is MAS.

If the same yardstick is used [as in the case of Air Asia] MAS would be bankcrupt in 2005. Public money was used to bailed out MAS before. While we assumed that Air Asia will get the same treatment but currently all consideration on them [be it by government or the financial institution] is purely on their merit; hence their inabiity to finance 100% of their new aircraft. Considering MAS get all the benefits is not fair, huh.

As in any case there are two sides of the story. I am looking from my side and I accept you for looking it from you point of view.

Good analysis though.

Salam

Anonymous said...

Sdr Zainal

Merujuk kepada jawapan anda kepada komen A Voice, tuan tidak adil untuk memandingkan Airasia dengan MAS hanya berdasarkan kriteria tuan yang agak sempit dan naif mengenai sejarah industeri aeroangkasa negara.

Cara tuan membuat perbandingan antara MAS dan Airasia bukan berdasarkan epal dan epal dan amat tidak adil sekali.

MAS memang dari dulu beroperasi tidak berdasarkan pendekatan "untuk perniagaan demi perniagaan" dan ia menanggung pelbagai peranan sosio-ekono-politik, seperti berikut:

1. MAS memainkan peranan memberi pengangkutan udara kepada kawasan2 domestik dan sabah/sarawak yang tidak menguntungkan. Airasia menghentikan Rural Air Service apabila mendapati ianya tidak cukup menguntungkan dan memulangkan kapalterbang focker dalam keadaan tidak terjaga.

2. MAS berperanan sebagai 'national flag barrier' dan demikian apa yang dilakukan sentiasa perlu mengambilkira bukan saja imej syarikat tetapi lebih penting adalah menjaga imej nama baik dan maruah negara. Air Asia sanggup melambatkan servis, flight delay yang lumrah, menyusahkan pengurusan airport, dan menyusahkan penumpang tanpa mengira impak kepada maruah negara.

3. MAS terlibat menyokong kerajaan dalam mempromosi pembangunan dan kemjuan dalam bidang-bidang pelancongan, pembangunan aeroangkasa, engineering, human resource, customer service, polisi NEP, CSR, dll. Airasia apa? Hanya token dan PR exercise untuk photograph.

4. MAS melakukan cross subsidy antara penerbangan antarabangsa yang menguntungkan dan domestik yang selalu merugikan untuk membolehkan akses kepada seluruh pelusuk negara. Airasia mahu meraih keuntungan untuk setiap route dan penerbangan. Mereka menuntut route yang baik dari MAS dan enggan imbangkan dengan yang tidak berapa untung. Yang rugi kasi MAS.

5. Ini tidak termasuk route yang MAS jalankan hanya untuk aspek strategik dalam hubungan antarabangsa (terpaksa dibiarkan samr2 dan tak perlu diterangkan dengan jelas). Bertuah kalau Airasia lakukan.

Pendik kata polisi kerajaan kini adalah, yang baik untuk airasia dan yang buruk untuk MAS dan kini turut sama adalah MAB.

Maka kesimpulan tuan berdasarkan kriteria yang komersial amat tidak adil dan tepat. Nampak sangat tuan analisa tuan cara ambil mudah, tangkap muat dan sempit untuk mengisi kepentingan tuan untuk negeri sembilan. Ia menunjukkan tuan kurang pemahaman dan mendalami industri ini.

Argumen tuan boleh disimpulkan sebagai kalau MAS pernah diselamatkan kerajaan, apa salah Airasia diselamatkan kelak. Ini argumen tidak bertanggungjawab. MAS tidak merancang dan diduga akan menghadapi masaalah tetapi disebabkan suasana pasaran dunia yang diluar jangkaan.

Jika dilayan kehendak Airasia dan Sime Darby, jelas ia bukan sesuatu yang win-win tetapi ada pihak untung dan ada pihak rugi. Yang rugi adalah kerajaan dan agensi dan syky kerajaan MAB/MAS. Adakah perlu kita teruskan jalan jika kita tahu ada gaung dihadapan? Nyata sekali polisi membina LCCT Labu sedemikian bukan satu polisi bijak tetapi polisi rekaan amatur atau perompak harta rakyat.

Cuba ingat kembali bahawa MAS beroperasi sedemikian kerana telah ditetapkan oleh kerajaan. Anihnya Airasia tidak dituntut peranan sedemikian.

Jika mahu perbandingan adil antara MAS dan Airasia dibuat hanya berdasarkan kriteria komersil sahaja, biarlah MAS tetapkan sendiri polisi dan rancangan perniagaan mereka tanpa campur tangan kerajaan dan tangan2 ghaib Airasia.

Tetapi tidak, masih ada kekangan dilakukan terhadap MAS. Setiap langkah MAS komersil ditentang Airasia. Bukan itu saja, Airasia menggunakan pengaruh mereka dalam kerajaan, kawan2 ECM Libra dan Tingkat 4 untuk menahan langkah2 MAS untuk lebih berkesan dari segi komersial.

Airasia menggunakan pengaruh untuk mendapatkan polisi yang berpihak kepada mereka dan bukan membenarkan polisi yang adil untuk fair competition.

Kata fair competition tetapi tidak.

Banyak sangat untuk diterangkan satu persatu. Kalau anda faham industeri ini, ia tidak perlu dibincangkan langsung. Anda pun tidak tergamak membuat kesimpulan mudah sedemikian.

Ini saya tidak ceritakan tangan2 jahat yang meruntuhkan MAS dari dalam dan memberi kelebihan kepada Airasia sehingga Airasia bermaharajalela hingga tidak membayar maintenan fee kepada MAS, tidak membayar airport fee kepada MAB, dan merubah polisi kerajaan demi untuk kepentingan mereka sahaja. MAS tidak diberi peluang untuk bersaing dengan adil.

Jika perkara ini ingin tuan persoalkan, saya rasa baik tuan buat research dan jangan hanya berdasrkan maklumat suratkhabar yang tdaik cukup mendalam dalam membentangkan isu-isu strategik, dan operasi aeroangkasa.

Maaf saya terpaksa kata analisa tuan rata-rata amat cetek dan tidak cukup merangkumi pelbagai aspek.

Pembangunan infrstruktur semahal RM1.6 billion tidak boleh dilihat hanya dari segi persepktif kepentingan Airasia sahaja atau kepentingan Negeri Sembilan.

Tuan masih tidak terjawab isu pembaziran wang dan melumpuhkan rancangan aeropolis 50 tahun KLIA dan kenyataan MAB bahawa mereka berupaya membina LCCT.

Ini perlu diambilkira dan tidak diperlecehkan sebagai anti Air asia atau jumud. Jangan hanya beri pandangan saudara tetapi meremeh-remehkan pandangan orang lain.

Dan jangan terlalu asyik dengan dunia free market. It has proven to fail now.

Dalam pembangunan ekonomi ia perlu dilakukan dengan mengambilkira pelbagai aspek secara komprehensif dan bukan hanya berdasarkan kepentingan saudagar yang mementingkan diri dan tamak.

Aerospace Analyst

Zainal A. Kasim said...

Saudara Aerospace Analyst,

Saya tidak mengatakan AirAsia perlu di bail out. Saya hanya mengatakan MAS pernah dibail out.

Pertimbangan yang dibuat ke atas apa juga cadangan yang dibuat oleh AirAsia adalah berdasarkan kepada kekuatan dan merit mereka sendiri dan sepatutnya terus begitu.

Namun kita tidak boleh menolak segala-galanya yang dicadangkan oleh AirAsia kerana faktor MAS.

Seperti kenyataan saya sebelum ini, saya melihat dari sudut saya dan saudara boleh melihat dari sudut saudara. Tidak ada masalah.

Anonymous said...

Sdr Zainal

"Pertimbangan yang dibuat ke atas apa juga cadangan yang dibuat oleh AirAsia adalah berdasarkan kepada kekuatan dan merit mereka sendiri dan sepatutnya terus begitu."

I can't fathom the logic and depth of your rationale for Airasia. You are normally a rational man but it is unbelievable that you could turn to be alarmingly obtuse. Your rationale is flawed.

This is not about which angle one is looking at. An infrastructure the size of RM1.6 billion is not a small matter. It is ridiculous that it has to be taloured for the interrest of a single company without other considerations.

A major infrastucture which ties with Government long term development plan cannot be seen strictly from the perspective of Airasia, but to consider a whoe range of issues. The interest of Airasia cannot be foremost as you keep emphasising repeatedly.

Airasia is a private enterprsie and motivated by own profit without foremost consideration for the interest of the industry or nation.

To look at Airasia's merit, a whole list of issues is against them to warrant them to be considered as having the merit. I can't see Airasia as an operationally efficient operator. They haven't seen a complete single airline up-down cycle. THey are not tested, even in the airline industry.

ReMyZiEy said...

golongan pro sosialis memang sukar menerima hakikat kebaikan dasar pasaran terbuka dan penswastaan kepada rakyat. Sistem kapitalis di malaysia dilihat gagal kerana telah bercampur aduk dengan polisi sosialis. Sekiranya kerajaan ikhlas dalam dasar penswastaan, mereka seharusnya tidak memegang langsung saham dalam GLC dan tidak menyekat mana-mana syarikat lain untuk bersaing dengan GLC terbabit.

Anonymous said...

sdr zainal
the security of our country will be at stake. think about it

Anonymous said...

saudara zainal,

Sime adalah syarikat berkaitan kerajaan, bagaimana tidak wang kerajaan juga dibelanjakan utk pembinnaan LCT

adakah kerajaan akan membiarkan pembiyaan sime lupus begitu sahaja jika LCCT di labu mengalami kegagalan?

drputera