Wednesday, April 09, 2008

Kandang Babi Di Sepang (2)

Semalam C-bOk ada membangkitkan tentang projek kandang babi bernilai RM100 juta yang diumumkan (dengan bangganya) oleh Y.B Teresa Kok melalui blog beliau dan seterusnya menjadi polemik serta cakap-cakap politik seluruh negara. Tulisan C-bOk mengundang beberapa komen. Alam blogger juga bergegar dengan isu ini.

Dari pemerhatian C-bOk:

i. Mulanya kerajaan baru Selangor seolah-olah cuba menjadi jaguh projek ini dengan mengakui bahawa ianya dibincang dan diluluskan oleh mesyuarat Exco Kerajaan negeri pertamanya. YB Teresa kemudian mencatatkan kelulusan ini di dalam blognya menunjukkan betapa "open minded" Kerajaan baru ini;

ii. Kepimpinan PAS pula melalui kenyataan ADUN-ADUN Selangor menyatakan tidak ada salahnya untuk meneruskan projek ini kerana di Selangor sudah ada kilang arak terbesar di Asia dan ianya untuk orang-orang bukan Islam (menghalalkan cara..?);

iii. Menyedari wujud bangkangan dan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu/Islam Selangor dan juga bukan Melayu, pejabat MB mengeluarkan kenyataan bahawa projek ini diluluskan oleh Kerajaan terdahulu. Kenyataan ini meletakkan kesalahan itu di tangan Kerajaan Barisan Nasional sebelum PRU12.

Kenyataan ini pun dikeluarkan selepas keluar beberapa kenyataan yang bercanggah di antara kepimpinan negeri. Ada yang kata dah lulus, ada yang kata belum lulus, ada yang kata nak kaji dan sebagainya.

C-bOk cuma berharap Kerajaan baru dan penyokong-penyokongnya segera membuat ketetapan dan selaras dengan prinsip mereka khususnya PAS. Dulu bukan main lagi hentam kilang arak di Shah Alam. Kini bila sudah berkuasa, kilang arak itu dijadikan alasan untuk menghalalkan pembukaan ladang babi di Sepang pula.

Kalau sensitif dengan perkara ini, apa salahnya setidak-tidaknya Kerajaan baru ini tangguhkan projek ini dan buat kajian dahulu? ....atau takut dengan .......???

7 comments:

Anonymous said...

betul tu C-BOK, kenapa nak jadikan alasan dengan kilang arak tu. Kalau betul2 berani tutup je la kilang arak tu dan cancel kan ladang khinzir tu....

me

Anonymous said...

Betul la zainal,
Benda ni semua banyak dipolitikkan. Apalah kena mengena kilang arak dengan isu pusat ternak babi ni. Sememangnya kilang arak ni memang lah perniagaan yang haram, tetapi dalam isu babi ni, bukannya halal haram yang dipertikaikan, isu kebersihan dan kesihatan yang harus diutamakan. Cakap memang senang projek rm100 juta ni lengkap dengan teknologi terkini. Bagaimana pula musibah2 yang pernah berlaku seperti wabak JI dll tetap terjadi pada masa akan datang? pencemaran air? pencemaran udara? Jikalau daging lembu boleh diimport untuk menampung kekurangan, mengapa tidak pula daging babi? Politik, politik..tidak perlu mention memperjuangkan rakyat jikalau kepentingan rakyat masih didengar jauh macam BN sebelum ini.

p/s: Selalu nampak di blog AKJ

Dr. Abdul Wahab Arbain said...

Salam semua!
Di zaman khalifah 'Umar ibn al-Khattab, baginda pernah kenakan cukai import babi. Para sahabat memahami cukai import babi tidak haram jika kerajaan yg memungutnya. Tapi, arak tetap haram dan cukainya pun haram.
Zainal fikir macamana nak suruh kerajaan PR ni hapuskan kilang arak tu. Agak2 mau tak kerajaan bagi peruntukan rm100j untuk ternak lembu secara morden?

Johan Marco said...

tu la sanjung sangat PAS korang tuh...manusia same je PAS ataupun BN...letak je duit dan kuasa depan mereka semua jadi cam beruk dapat bunga...F*#K OFF PAS!!!F*#K OFF THE NEW SELANGOR ADMIN...
ps...comment moderation???free speech ??isnt that what u "PEMBANGKANG" been fighting for???approve comment nie...ade beran aa...

Zainal A. Kasim said...

Saudara Pembahas,

Saya menghargai komen-komen yang bernas dan tidak menggunakan bahasa-bahasa yang lucah. Terima kasih.

dhomnirhahs said...

hmm .. revise balik manifesto parti pemerintah selangor ni ..

DAP - Just Change It For:

Safer Streets

15,000 policemen to patrol streets in Selangor to reduce crime & protect our families ( belum laksana )

Establish the Independent Police Complaints & Monitoring Commission (IPCMC) ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )

More employment opportunities for the urban poor & marginalized in Selangor ( jawatan telah dibuka - penternak babi )

Lower Costs

Renegotiate unfair contracts e.g. highway concessions for lower tolls ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )

Implement open and transparent tenders for all government contracts ( belum laksana )

Improve public transportation in major cities in Selangor ( belum laksana )

Quality Education

Equal opportunity and access to education for all Malaysian students ( belum laksana )

Ensure that the state government provide quality education through Universiti Industri Selangor (UNISEL)( belum laksana )

Fair and institutionalized financial allocations for vernacular schools, ie SJKCs (Chinese primary schools) and SJKTs (Tamil primary schools) ( belum laksana )

Clean Government

Local government elections to ensure accountability & efficiency ( belum laksana )

Ensure that the state/federal government is accountable to the Rakyat ( dalam proses )

Provide and protect green lungs for densely populated cities in Selangor ( dalam proses - bermula dengan ladang ternakan babi termoden .mungkin mufti baca ni kot )

Stronger Opposition

Provide effective checks and balances to the Selangor government and the federal government ( dalam proses)

Immediately halt the indiscriminate demolition of temples, mosque, surau or churches ( belum laksana)

Legalise temples, mosque, surau or churches built on private or state land. (dalam proses - agaknya )

Protect women’s rights and eliminate discrimination ( babi first - then women )


PAS Selangor

Urustadbir Berwibawa

* Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah (dalam proses)

* Menyiasat penyelewengan pentadibiran tanah dan sumber negeri ( dalam proses )
* Menghentikan projek-projek pembaziran dan rugi (menghentikan ditukar kepada menyambung )
* Memastikan ketelusan pentadbiran negeri (dalam proses - agaknya )
* Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan (menghentikan ditukar kepada menyambung)
* Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan (dalam proses - agaknya )

Sosial dan Kebajikan Rakyat

* Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran
Selangor ( belum laksana)
* Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yg dihantar ke
nurseri ( belum laksana)
* Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bg pendidikan pra-sekolah ( belum laksana)
* Membri hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yg mendapat
tawaran ke Universiti ( belum laksana)
* Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor ( diteruskan)
* Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah
tangga ( belum laksana)
* Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia (belum laksana- buat ladang bab* dulu)
* Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas,org kurang
upaya dan anak yatim ( belum laksana)
* Memberi elaun ibu tunggal yang layak ( belum laksana)
* Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga ( belum laksana)
sepenuh masa anak-anak kecil mereka ( belum laksana)
* Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman
sendiri ( belum laksana- buat ladang bab* dulu)
* Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam ( belum laksana)

Kesihatan Rakyat

* Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
* Memberi 14 hari cuti kepada suami yg isterinya bersalin ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
* Memberi sebulan cuti kepada wanita yg kematian suami ( belum laksana - peringkat federal , mungkin susah skit )
* Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 thn ke atas ( belum laksana )


Ekonomi Rakyat

* Menyediakan premis perniagaan yg cukup ( mula dengan ladang bab* dulu )
* Memberi bimbingan perniagaan kepadagolongan belia dan wanita
muda ( belum laksana)
* Memberi galakan kepada belia dan wanita muda dengan sewa
minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua
tahun pertama (air ok, elektrik belum.. tq)
* Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai
premis komersial sebanyak 10% ( belum laksana)
* Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bg 20
meter padu pertama setiap bulan ( dilaksana bulan jun)
* Menjalankan program bg membolehkan rakyat miskin terutama
petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yg lebih tinggi
di atas garis kemiskinan ( belum laksana ( atau mungkin akan dilaksana jika termasuk pada projek pemodenan pembelaan ni kot?) )

Keselamatan Rakyat

* Menguatkusakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bg
mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir ( belum laksana)
* Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang
lebih berkesan ( peringkat federal, susah skit )
* Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah
dan keganasan terhadap wanita ( belum laksana - mula dengan pusat khidmat sehenti bab* dulu )

Anonymous said...

Belum dapat pegang jawatan semua bolehlah cakap nak buat itu, ini, begitu, begini. semua yg kerajaan sebelum ni buat serba tak betul. bina putrajaya satu pembaziran tapi depa dok bina one-stop-babi centre xlak membazir.

Tok Ali kt melaka dok pikiaq lagu mana nk kurgkan babi tu tp depa kt selangor dok pakat pikiaq lagu mana nk bagi babi lagi meriah kt selangor.