Monday, April 07, 2008

Sabotaj?

Satu taklimat khas diadakan kepada 1,000 orang ketua penerangan UMNO di PWTC. Amanat khas Presiden ini diadakan pada hari Ahad, 6hb. April 2008.

Berdasarkan kepada laporan akhbar (Main stream Media), semuanya melaporkan kenyataan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri bahawa kemerosotan sokongan/kekalahan UMNO dan Barisan Nasional adalah kerana perbuatan sabotaj! Ini adalah satu tuduhan yang berat. Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri perlu membuktikan tuduhan itu dan seterusnya mengambil tindakan terhadap mereka yang mensabotaj parti.


Seterusnya kita perlu juga melihat kenapa mereka mengambil tindakan untuk mensabotaj parti. C-bOk ada jawapannya. Ramai kawan-kawan yang beralih arah kerana mempunyai persepsi tertentu terhadap kepimpinan yang nampak arrogant, tidak bermaya, yes-man, takut, tidak ada wawasan, rasuah, menganiaya dan sebagainya.


Namun, C-bOk sungguh terkejut kerana berdasarkan kepada laporan MSM - semuanya orang lain yang salah. Yang tidak salah adalah....... (malas nak cakap la)

2 comments:

Anonymous said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Home Theater, I hope you enjoy. The address is http://home-theater-brasil.blogspot.com. A hug.

Letting the time pass me by said...

Kalau sabotaj dari musuh, ianya memang diterima akal... tetapi kalau sabotaj dari dalam menunjukkan adala yang tak puas hati...

Jika kita nak move forward, kita kena bertindak dan kita kena bertindak cepat... dan lebih penting, kita kena bertindak secara positif...

Pada saya UMNO masih kuat, ada 78 kerusi parlimen, tetapi UMNO kena bertindak cepat.. Pak Lah mempunyai banyak "option", tetapi amat mengecewakan kerana dia memilih untuk meneruskan stail lamanya selam 4 tahun ini...

Saya rasa Tun Mahathir tidaklah terlalu marah kepada Pak Lah... Cuma dia tak suka Pak Lah di"influence" oleh orang...

Saya rasa Pak Lah kena lakukan sesuatu yang out-of-the-box, seperti melantik Tun Mahathir sebagai Senior Adviser bertaraf Lee Kuan Yew dan Ku Li sebagai Adviser bertaraf Menteri Kewangan... Rafidah juga perlu diberi peranan yang penting...

Dengan lantikan itu, beliau boleh membuktikan bahawa beliau sudah bersedia untuk mereformasi dan sedia untuk memulihkan UMNO...

Saya bukan penyokong mana-mana pihak, tetapi ingin melihat yang terbaik untuk negara... Kenapa mesti Pak Lah melihat Tun Mahathir sebagai musuhnya.. Jika Tun Mahathir tidak percaya kepada Pak Lah, masakan Tun melepaskan jawatan dan memberikannya diatas pinggan perak.....

Tetapi Pak Lah yang saya kenal tidak mungkin melakukan sesuatu yang mengujakan.. Semua tindakannya serba-serbi negatif.. Sehinggakan sanggup menyalahkan pengikut dan ahli UMNO, sesuatu yang amat-amat jarang kita dengar dari pemimpin...

Hanya kadangkala ada pemimpin yang terang-terang menyalahkan pengikut... Pemimpin bertugas untuk memimpin, memberi wawasan dan sumber inspirasi kepada penyokong mereka...

Saya rasa cara Pak Lah menangani isu-isu ini sudah terlalu negatif dan merugikan...

Pak Lah kena berani untuk membuat keputusan... jangan takut dengan bayangan sendiri dan bayangan di sekeliling...

Tetapi nampaknya Pak Lah sudah pun secara terbuka mengatakan bahawa Dato Najib bakal menjadi penggantinya...

Hmm, nampaknya beliau amat-amat memerlukan sokongan Najib Disember ini.. Saya tidak berfikir Pak Lah berhasrat untuk memberikan jawatan PM kepada Najib...