Tuesday, April 08, 2008

Kandang Babi di Sepang: Hadiah Untuk Rakyat Selangor?

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan Perindustrian dan Perladangan Selangor, Y.B. Teresa Kok di dalam blognya menyatakan bahawa Kerajaan negeri Selangor telah meluluskan projek untuk mendirikan ladang babi bernilai RM100 juta. Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat di dalam mesyuarat exco Kerajaan negeri Selangor pada hari Rabu (2 April 2008) yang lalu. Perkara ini dilapurkan di dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 7 April 2008 (mukasurat 15).

Kemudian keluar pula kenyataan daripada Y.B. Yaakob Sapari, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan yang menyatakan rancangan ini sebenarnya masih dalam peringkat penelitian Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan belum diluluskan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kenyataan beliau dipetik daripada akhbar Sinar Harian bertarikh 8 April, 2008. Ianya dilapurkan di muka depan akhbar berkenaan.

Kedua-dua kenyataan ini menunjukkan percanggahan. Bagaimana dua orang exco yang duduk di dalam mesyuarat exco yang sama boleh bercanggah pendapat? Tidak ada persefahaman?

C-bOk kurang senang dengan pendekatan kerajaan baru Selangor yang (sekiranya betul telah diluluskan) tidak sensitif dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara dan negeri. Kalau ya pun hendak meluluskan projek, tidak bolehkah mereka mengutamakan hal-hal lain dahulu? Kenapa projek babi ini pula yang diberikan keutamaan seolah-olah inilah projek penting pertama yang dibincang dan diluluskan oleh kerajaan baru pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim? Walaupun apa pun alasan mereka, Kerajaan negeri seolah-olah menggambarkan isu kandang babi ini menjadi keutamaan dan meluluskan projek ini seolah-olah hadiah kepada rakyat negeri Selangor selepas meletakkan mereka sebagai kerajaan baru negeri.

5 comments:

budak_baru said...

Kenyataan Kerajaan Negeri Selangor Mengenai Projek Ternakan Babi
08 April 2008

Kerajaan Negeri Selangor berharap pihak yang begitu prihatin tentang kelulusan Projek Ternakan Babi Moden di Selangor memeriksa fakta mereka terlebih dahulu.

Projek di Ladang Tumbuk, Mukim Batu Kuala Langat ini telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri dibawah Barisan Nasional dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipimpin YB Datuk Seri Dr. Khir Toyo pada 30 Januari 2008. Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 2 April 2008, Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang baru merasakan wajar meneruskan projek tersebut dengan memantapkan lagi proses pelaksanaan memandangkan kawasan tersebut sememangnya sudah menjadi tapak ladang babi utama di negeri Selangor dan ia memenuhi piawaian kualiti yang tinggi selaras dengan kehendak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dan Kerajaan Negeri Selangor.

Sebarang bahan buangan dari ladang tersebut akan diguna semula dalam bentuk biogas untuk menjanakan elektrik, air untuk pembersihan ladang serta penanaman makanan untuk babi yang diternak. Justeru, tiada bahan buangan yang akan menjadi sisa dan keluar dari kawasan ladang tersebut.

Pada masa yang sama, menerusi projek ini, tiada ladang-ladang khinzir baru akan diluluskan di negeri Selangor dan semua ladang babi di luar kawasan ini dikehendaki memindahkan operasi mereka ke Projek Modern Pig Farming. Ini sejajar dengan dasar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani agar sebarang usaha penternakan babi dilakukan di satu tempat untuk memudahkan kawalan dan penyeliaan bagi pihak berkuasa. Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar ‘one stop’ yang sama bagi penternakan yang lain bagi menjadikan industri penternakan lebih efisyen dan dapat diteruskan di sebalik kemajuan pesat Selangor.

Kerajaan Negeri Selangor yang baru di bawah Pakatan Rakyat antara Keadilan, PAS dan DAP berhasrat menyelesaikan masalah perniagaan, sosial dan budaya masyarakat pelbagai kaum dengan meluluskan projek ini dan melaksanakan dengan adil dan saksama dengan mengambilkira keharmonian hidup berbilang kaum di Selangor.

BACA DAN FAHAM BETUL2...
JANGAN NAK MAIN HENTAM JER...
JADILAH BLOGGER YANG MEMEBERI MANFAAT KEPADA ORANG YANG MENCARI KEBENARAN...
JANGAN MEMUTARBELITKAN FAKTA SEPERTI UTUSAN MELOYA DAN BERITA HAIRAN...
SEMOGA ALLAH MEMBERI PETUNJUK KEPADA MU...
AMIIIIIN...

Letting the time pass me by said...

Bukan projek ini telah diluluskan sebelum ini pada bulan Januari ke? Terdapat pelbagai maklumat yang mengelirukan... adakah ada pihak nak menjadikannya sebagai modal politik....?

Khinzir memang sensitif. Pantang orang melayu... Kalau orang melayu tak sembahyang pun, khinzir tetap haram... Tak puasa pun, tapi khinzir tetap tak makan... Itulah betapa sensitifnya khinzir nie...

<~!@#> said...

Sian babix2 .


Saya tak makan khinzir apetah lagi nak sentuh maupun mendekatinye. (since saya bukan doktor maupun pencinta semangat haiwan sangat).

My main concern is ,

Sememangnye kita adalah negara Islam di mana masyarakat majmuknye beragama Islam yang sememangnya tidak akan makan babix2 hatta ko sembelih camane pun tak halal.

Tapi itu sahajalah hukumnye,. Haram dimakan walau apa jua alasan (except darurat moga dijauhkan Allah) dan khilaf pula pada isu menyentuhnya. (malas nak urai bab ni ).

So with that as a point? Saya suka mengajak kita supaya berfikir mengapa isu-isu seperti ini diperbesar-besarkan?

Kalaulah projek ini mengutlize segala sistem sanitasi,kumbahan,kesihatan khinzir yang tidak mengancam kesihatan penduduk-penduduk Sepang. takde masalah rasenye. Masalah berlaku bila kita lihat kandang-kandang ni tak terjaga. kumbahan khinzirx2 ni dituang dlm sungai.

Sebab saya rasa tidak ada gune kita prejudis dalam hal ini. Mat salleh mat salleh yg main bola yang kita puja-puja makan khinzir takper. Tapi kaum bukan Islam lain yang makan khinzir dikecam keji hina. What's the strengh of this statement? Just hate and false sense of sensitivity.

Remember haiwan adalah bencmark bagi kehidupan seorang Insan gak. Ramai juga di kalangan manusia hari ini yang perangainye jauh lagi rendah dari haiwan.

Sekian

Anonymous said...

Current news report lebih menggalakkan projek ini dipercepat kerana pollution di situ sudah teruk maka, perlu ada cara membersihkan kembali pollution di kawasan tersebut. Projek ini mungkin salah satu cara yang boleh dilakukan.
Walaubagaimanapu, they have to make sure it works by implementing it to the current farms in the area before having other farms moved to the area.
And of course, they need to listen to the people there. Which before has been silenced, i guess.

Anonymous said...

Alkisah di suatu masa dahulu di sebuah negeri dikenali sebagai "Montangga". Rakyatnya pelbagai keturunan , bangsa dan agama . Nak dipendekkan cerita , ada satu masalah yang tak pernah lari dari kehidupan rakyat negeri tersebut. Yakni penternakan "tenuk" secara tak teratur atau penternakan "tenuk" secara haram. Penternakan tenuk tak boleh dielakan kerana ada segelintir rakyat yang masih memerlukan si tenuk dalam kehidupan seharian mereka. Pembasmian masalah pula mungkin tak dapat dijalankan dengan sempurna kerana mungkin kerakusan "pemimpin" yang sedia ada
menerima "suapan". Erkkkk kenyang den. (excuse me).

Rakyat mula bosan , rakyat mula marah . Diajukan soklan kenapa ini masih berlaku . Si pemimpin dgn selambanya berkata "kami dalam proses menyelesaikan masalah ini" , "kami tengah meeting pasal masalah ini". Hmmmmmmmm Rakyat makin bosan , ke pantai penuh najis tenuk, ke sungai penuh najis tenuk , ke timur penuh tenuk , ke barat penuh tenuk , ke depan penuh tenuk. THATS IT Rakyat dah habis sabar. Rakyat "Montangga" melantik pemimpin baru.

Pemimpin baru selepas berfikir panjang berpendapat utk selesaikan masalah ni bagi menggembirakan semua pihak , pindahkan semua tenuk tenuk tu di satu kawasan tertutup yang berteknologi dari planet zargus dan kos di tanggung oleh penternak tenuk. Memudahkan kerja dan pemantauan . Hatta tak siapa boleh makan suap lagi sebab pemantauan berlaku secara terus di satu tempat di mana semua mata tertumpu. Sapa berani lagi makan suap dalam situasi ni?

Hmmmm tapi spt biasa hero hindustan kalah dulu. Si laknat pemimpin lama yang mungkin keputusan wang suapan membalas dendam . Mereka mengarah balaci balaci mereka yakni badut sarkis kepala dongga utk melakukan serangan fitnah terhadap pemimpin baru.......

Cerita ni anda boleh sambung sundiri ikut imaginasi anda.
P/s tak dak kena mengena dengan yang hidup atau dah mati . Tak dak kena mengena juga dengan Nyah belakang rumah Makcik Konah

anti_aktivis