Wednesday, April 16, 2008

Tauke Babi Kena Faham Kenapa Babi Haram di Makan

C-bOk mengambil catatan ini daripada blog ANEROID 09 (You Are Being Watched!!). Ada banyak maklumat yang ramai mungkin tidak tahu. C-bOk copy balik 100% untuk tatapan pembaca/pembahas semua. Kalau rajin, silalah ke blog ANEROID 09 di sini.

Alasan utama umat Islam tidak boleh makan BABI adalah kerana itu larangan memakan babi adalah daripada ALLAH. Apabila sesuatu itu dilarang oleh ALLAH, umat Islam WAJIB meninggalkannya. Dan ALLAH tidak mengharamkan sesuatu melainkan ada sebab-sebabnya . Berikut adalah sedikit sebanyak fakta mengenai babi.

Semua bangsa di seluruh dunia dari dahulu hinggalah sekarang menganggap babi/ khinzir sebagai BINATANG YANG PALING HINA lagi menjijikkan. Buktinya, apabila seorang lelaki di Eropah berasa amat marah atau benci kepada seseorang, DIA AKAN MEMAKI “Babi!”. Seorang ibu di negara China dengan niat menghina atau memburuk-burukkan seseorang, dia akan memaki ‘Babi!”. Begitu juga seorang anak kecil di India yang menaruh dendam dan sehabis benci dengan orang lain akan memaki ‘Babi!”. Mengapa tidak dikatakan saja kuda, unta, tikus, arnab dan lain-lain?

Maksudnya di sini, telah ada satu kepercayaan turun-temurun di seluruh dunia yang babi adalah binatang paling hina lagi menjijikkan. Islam adalah satu-satunya agama yang benar dan mulia di sisi Allah. Dengan sebab itu jugalah ORANG-ORANG YANG MULIA TIDAK akan MEMAKAN binatang atau DAGING YANG paling HINA lagi menjijikkan.

Babi juga merupakan BINATANG YANG PALING KOTOR dan menjadi AGEN KEPADA BANYAK JENIS KUMAN DAN PENYAKIT. Babilah pembawa CACING PITA yang BOLEH MENGAKIBATKAN MAUT itu. Dr. Yoshihiro Kawaoka menjadi pemimpin sekumpulan 12 orang saintis dari Universiti Wisconsin telah menjalankan penyelidikan terhadap babi. Dan hasilnya, terdapat satu sistem di KERONGKONG BABI yang membolehkan PELBAGAI VIRUS BERKUMPUL di dalamnya, dan ia amat berbahaya kepada manusia. Mereka mengisytiharkan babi sebagai “mixing vessel” atau pun “BAHTERA TAKUNGAN KUMAN-KUMAN” sebagaimana yang dinyatakan dalam ‘Journal of Virology 1997’.

Babi TIDAK ADA LEHER untuk disembelih sebagaimana haiwan lain. Apabila sesuatu binatang itu tidak disembelih, darah dan kuman di dalam badannya tidak dapat dikeluarkan. Bagi Islam, darah adalah najis. Mungkin ini jugalah yang menyebabkan berkumpulnya virus di leher babi sebagaimana pendapat para saintis.

Babi dipercayai berkait rapat dengan Iblis. Ini merupakan kepercayaan kuno yang tidak mustahil ada kebenarannya. Kita ambillah kisahnya sebagai menambah pengetahuan saja. Sewaktu seluruh dunia di tenggelami banjir, Iblis turut berada dalam bahtera Nabi Nuh tersebut. Oleh kerana terlalu lama di atas bahtera, segala kotoran haiwan, manusia dan sampah sarap bersepah di sana-sini. Nabi Nuh minta pertolongan Tuhan untuk membersihkannya lalu Tuhan menyuruh dia mengusap kepala gajah dan terciptalah tikus yang memakan semua kotoran tersebut. Iblis turut berbuat demikian lalu terciptalah pula babi. Maka babi TERCIPTA HASIL KERJA TANGAN IBLIS.

Jika kita membaca BIBLE The New Testament- kitab suci orang Kristian, kita akan dapati peristiwa di mana Jesus (Nabi Isa) telah mengusir roh-roh jahat dari dalam tubuh manusia lalu dimasukkan ke dalam tubuh babi-babi. Ini secara simboliknya bertujuan menunjukkan pengharaman babi.

Daniel S. Shapiro, M.D., Pengarah Clinical Microbiology Laboratories, Boston Medical Center, Massachusetts yang juga seorang Penolong Profesor Perubatan di Pathology and Laboratory Medicine, Boston University School of Medicine, Massachusetts, merumuskan bahawa terdapat PELBAGAI JENIS PENYAKIT yang boleh di jangkiti daripada babi seperti:

• Anthrax
• Ascaris suum
• Botulism
• Brucella suis
• Cryptosporidiosis
• Entamoeba polecki
• Erysipelothrix shusiopathiae
• Flavobacterium group IIb-like bacteria
• Influenza
• Leptospirosis
• Pasteurella aerogenes
• Pasteurella multocida
• Pigbel
• Rabies
• Salmonella cholerae-suis
• Salmonellosis
• Sarcosporidiosis
• Scabies
• Streptococcus dysgalactiae (group L)
• Streptococcus milleri
• Streptococcus suis type 2 (group R)
• Swine vesicular disease
• Taenia solium
• Trichinella spiralis
• Yersinia enterocolitica
• Yersinia pseudotuberculosis

Kajian oleh Alix Fano (M.A.), Murry J. Cohen (M.D.), Marjorie Cramer (M.D.,F.A.C.S.), Ray Greek (M.D.), dan Stephen R. Kaufman (M.D.) mendapati antara PENYAKIT-PENYAKIT ini ada yang BOLEH MEMBAWA MAUT, contohnya leptospirosis. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

TOKOH-TOKOH PERUBATAN CHINA juga tidak kurang mengatakan bahayanya babi. Yan Show Tan adalah satu jurnal kesihatan Cina yang terkenal suatu masa dahulu mengatakan: “Semua daging adalah berkahsiat MELAINKAN DAGING BABI.”

Sun See Mao ialah seorang TABIB TERKENAL DINASTI TANG menulis dalam bukunya Sheh Shen Lu (Catatan-catatan Kesihatan) mengatakan: “Daging babi MERANGSANG PENYAKIT-PENYAKIT LAMA, menyebabkan KEMANDULAN, PENYAKIT TULANG dan ASMA.” Lee Shih Ch’en pula seorang TABIB TERKENAL DINASTI MING yang mengarang lebih kurang 50 jilid buku-buku perubatan. Pendapatnya tentang daging babi adalah: “Ia boleh MENDATANGKAN KESAN BAHAYA.” Kesimpulannya, tabib-tabib termasyhur dari negara China juga mempunyai pendapat yang sama dengan Islam.

Antara 20 KE 40 JUTA MANUSIA seluruh dunia MAUT akibat jangkitan virus INFLUENZA pada awal kurun ke-20. Kajian menunjukkan virus baru ini
BERPUNCA DARIPADA BABI-BABI DI AMERIKA. Ia telah menjangkiti askar-askar Amerika dalam Perang Dunia 1 dan kemudiannya dibawa bersama mereka ke negara-negara lain.


Antara VIRUS BARU berpunca daripada babi yang ditemui sejak tahun 1997 ialah kuman Porcine Torovirus, Porcine Rotavirus (Variant 4F), PRRS (Porcine Reproductive and Respiratory Syndrome Virus), H3N2 Swine Flu Virus dan virus menangle. Alangkah berbahayanya babi kepada umat manusia. Spanish flu 1918, Asian flu 1957, Hong Kong flu 1968 dan Russian flu 1997 yang mengorbankan banyak jiwa adalah berpunca daripada babi.

Yang hebatnya, VIRUS DARIPADA BABI agak CANGGIH. Ia SENTIASA BERUBAH BENTUK dan menyerang dalam bentuk yang baru. Sistem pertahanan badan manusia tidak dapat melawan serangan virus-virus yang cerdik ini. Ada juga virus daripada keluarga HIV pada babi. Virus ini dibawa oleh DNAnya dan tidak boleh dipisahkan. Profesor Robin Weiss, pakar virologi Institut Kajian Kanser London mengatakan, " Babi mempunyai banyak kuman virus. Salah satu masalah yang perlu kita hadapi ialah babi memiliki kuman retrovirus yang boleh menjangkiti manusia. Ia tidak dapat dibuang daripada babi kerana ia dibawa oleh benih DNAnya. Retrovirus ini adalah dari keluarga yang sama dengan kuman HIV."

Satu cara selain daripada membina pusat penternakan Babi ini adalah memberikan pemahaman kepada tauke-tauke dan penternak babi mengenai
bahaya Babi kepada kesihatan manusia. Sediakan kursus-kursus intensif kepada
tauke-tauke babi serta pelapis-pelapis mereka supaya mereka sangat peka kepada persekitaran, sensitiviti dan kesihatan manusia sekeliling mereka, bukan hanya mahu keuntungan semata-mata. Kesedaran-kesedaran secara intensif dan perlahan-lahan mengenai bahaya babi kepada manusia akan insyaALLAH mengurangkan minat para pemakan babi untuk terus memakan babi. Seterusnya akan berkuranglah permintaan babi. Dan kerajaan wajib mengharamkan penggunaan babi dalam bahan makanan, perisa makanan dan sebagainya. Biar pemakan babi hanya makan daging babi sahaja, tidak mengubah kepada produk-produk yang boleh mengelirukan umat Islam.


Ringkasan kenapa kami umat Islam diharamkan memakan babi:

Sebab utama adalah ia adalah dilarang oleh Tuhan kami. Kami wajib mematuhi perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Kami yakin setiap ketetapan yang Allah tetapkan pasti ada kebaikan untuk kami.

'Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan anak panah itu ) adalah kefasikan. [QS:5:3]

Kami juga tidak memakan babi kerana sebab-sebab kemuliaan, agama dan kesihatan.

1 comment:

Raksaksa BN said...

layari: www.raksasabn.blogspot.com

Khir Toyo Si Kaki Pembelit

Sungguh lantang suara bacul Dr. Khir melaungkan salakan supaya peralihan kuasa segera dilakukan.Mungkin ada yang tersedak ketika ini apabila bekas MB Selangor ini mula berani berkata sesuatu mengenai korupsi, nepotisme dan membuat analisis senario politik semasa.
Namun, meskipun untuk menyuarakan sesuatu itu hak beliau tetapi perlulah diingatkan agar mencermin dahulu diri sendiri sebelum membuka pekung orang lain.

Penulis tidak mahu memperkatakan tentang pandangan lelaki ‘botox’ ini, tetapi apa yang penulis ingin bangkitkan adalah pendirian Dr. Khir sendiri terhadap perjuangan yang di laungkannya selama ini. Mungkin tidak ramai yang tahu atau mungkin ramai yang sedia tahu (tapi pura-pura tak tahu) bahawa bekas doctor gigi ini dahulu seorang peniaga..

Bukanlah beliau ini peniaga karpet atau ‘bisnesman’ yang punya syarikat besar, tetapi pernah jugalah terlibat dengan perniagaan ‘atas angin’. Sewaktu beliau masih memegang jawatan dalam kabinet dan menjadi Menteri Besar Selangor, beliau adalah pemimpin yang betul-betul ‘putar alam’.
Jika kita sangkakan Anwar Ibrahim si kaki belit, rupa-rupanya Khir Toyo pun pembelit.

Ceritanya begini, suatu ketika dahulu kerajaan negeri Selangor telah menawarkan penjualan tanah kepada rakyat Selangor dengan harga yang ditetapkan sebanyak RM10 kaki persegi,(mungkin mahal sangat) maka Khir Toyo sendiri yang telah membeli tanah tersebut. Apa yang memeranjatkan ialah beliau membeli tanah tersebut dengan harga yang begitu murah.Menurut sumber penulis, Khir Toyo telah membeli tanah tersebut dengan harga RM 2 untuk setiap kaki persegi.

Bayangkanlah betapa murahnya dari harga yang ditawarkan oleh kerajaan negeri kepada bekas MB ini. Mungkin kita boleh kata ianya rezeki Khir Toyo dapat harga murah, tetapi apa yang dikatakan pembelit tahap cipan si doktor gigi ini ialah tanah yang dibelinya itu kemudiannya telah dijual kembali kepada seorang pembeli cina dengan harga lebih dari RM 10. Bayangkanlah betapa untungnya Khir Toyo dengan hasil penjualan tanah tersebut kepada lelaki cina itu. Lebih menakjubkan lagi, kerajaan negeri yang waktu itu dibawah kuasa lelaki ‘botox’ ini telah membeli kembali tanah tersebut daripada lelaki cina terbabit.

Ini bermakna tanah tersebut tidak kemana-mana, kembali ke tangan kerajaan negeri sebab perniagaan olok-olok Khir Toyo yang menguntungkan ini. Sudah tentu apabila kerajaan negeri membeli kembali tanah itu, dengan harga yang berbeza. Jika penulis jual tanah pun, tentu penulis ‘up’ lagi harga yang penulis beli. Jadi, kesimpulannya disini siapa yang rugi? Fikirkanlah berapa kos dikeluarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Khir Toyo ini untuk membeli kembali tanah tersebut? Siapa punya rancangan? Siapakah yang menjadi ‘master mind’ dalam permainan jual-beli tanah ini?

Secara jelas, kerajaan negeri jual tanah-Khir Toyo beli dan jual pula kepada orang cina- orang cina terbabit pula jual balik kepada kerajaan negeri.Tidakkah lucu? Sekarang ini, timbul pula isu babi.Bermacam-macam bantahan kita lihat dari banyak pihak.Termasuklah ‘si botox’ ini.Akhbar tempatan melaporkan:- Sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada "di belakang" projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA.

Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang - dilaporkan menelan belanja RM100 juta - daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch'ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang pada awal tahun lepas. Tentu kita terperanjat dengan pendedahan berani dan drastik dari ahli BN sendiri apabila membuat kenyataan tersebut.

Waktu itu terbayang dibenak penulis betapa panasnya punggung Khir dan kroni-kroninya bila keluarnya kenyataan dari Dr. Lee. Mungkin niat Dr.Lee itu baik kerana ingin menutup mulut orang yang ‘kencing haprak’, putar belit dan tidak habis-habis membuat kritikan kepada kerajaan Selangor sekarang..Bahkan, Ketua biro MCA itu juga kesal kerana Karim, yang juga bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir, dan ketua kampung itu Mohamad Tarmudi Tushiran sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik peribadi.

Walhal selama ini, Khir Toyo dan kroni-kroninya itulah yang begitu teruja dengan projek pemodenan lading babi terbabit.Apatah lagi ianya di luluskan sendiri oleh Khir Toyo sendiri? Siapalah kita untuk melawan cakap Menteri Besar…”ini negeri kuasa dia maaa…” Arakian isu Babi menjadi ‘front page’ media arus perdana, Khir Toyo pula sudah berpeluh-peluh maka keluarlah pula kenyataan darinya.Ini kita boleh lihat sendiri melalui Blog Khir Toyo sendiri.

Antara petikan beliau:- “Pertamanya, saya tidak pernah membantah projek memodenkan kaedah penternakan atau perladangan babi. Sebab itu, kerajaan Selangor semasa saya lagi sudah mengkaji dan melihat kaedah-kaedah perladangan babi di negara luar termasuk di Thailand dan Jerman. Memang benar kita bersetuju tentang pemodenan ladang babi memandangkan ladang dalam bentuk sekarang amat mencemar alam sekitar.”“Yang dibantah ialah kenyataan untuk menjadikan Selangor sebagai pengeskpot babi dan saiz ladang yang dikatakan melebihi keperluan domestik.

Bagi saya penternakan babi hendaklah untuk keperluan domestik sahaja.” Ikhlas ke apa yang dikatakan itu? Sudah-sudahlah Dr Khir, anda cuba memanipulasikan fakta.

Sebenarnya,kerajaan selangor kini mengikuti langkah Hong Kong dalam menjaga alam sekitar dengan lebih baik dan menguruskan ladang babi dengan lebih efisyen disamping memilih tempat yang strategik.Sudah banyak pencemaran berlaku sebelum ini kerana tidak wujud satu mekanisme khusus untuk menjaga lading-ladang babi ini.

Tetapi Khir membalas dalam Blog beliau:- “Tujuan kerajaan di bawah pimpinan saya ketika itu ialah untuk mengurangkan jumlah penternakan babi daripada mengeksport ke negeri lain dan negara luar kepada sekadar keperluan domestik Selangor sahaja.” Usah putar-belit lagi Dato’ Seri Khir… Memang isu ini sensitif, tapi takkan hanya sensitif pada keharaman makan babi untuk orang islam sahaja, bagaimana pula dengan keharaman makan rasuah di kalangan islam?

Yang bab ini, pandai pula senyap!Mana ada ‘statement’ kata nak buat sampai jadi pengeksport, tapi hanya domestik Mufti Perlis sendiri cakap tidak salah kalau projek untuk memelihara kualiti alam sekitar dan cegah penyakit, tetapi salah kalau sampai niat hendak pergiatkan industri babi.

Fikir-fikirkanlah…