Sunday, April 05, 2009

Apa Yang Gempaq nye?

Malam tadi rasanya ramai rakyat Malaysia yang ternanti-nanti pengumuman gempaq yang Anwar nak buat di Bukit Selambau. Ya la.., Pengarah Strategik PKR, Saifudin Nasution kata kalau tak dengar atau tak datang semasa pengumuman itu, maka rugi besar la kita.

Malahan menurut Saifudin, kalau pemberita tak datang, pasti kena marah editor. Ni mesti gempaq punya pengumuman ni.

Rupa-rupanya rugi besar sesiapa yang tak tidur malam tadi kerana menunggu pengumuman itu. Ingatkan betul-betul ada isu BESAR yang benar-benar BESAR. Sebaliknya hanya pengumuman keluar parti oleh beberapa orang ahli PPP di Perak. Menurut pengumuman itu, 6,000 orang ahli PPP di Perak akan menyertai PKR. Kenapa bukan 6001? Betul ke jumlah yang di umumkan itu?

Bagi C-bOk, itu bukanlah satu isu besar dan bukan juga faktor penentu menang atau kalahnya parti-parti yang bertanding di ketiga-tiga PRK minggu depan. Berapakah daripada jumlah 6,000 orang yang dinyatakan itu akan mengundi Pakatan Rakyat? Adakah Anwar Ibrahim yakin bahawa kesemua 6,000 orang itu jitu menyokong Pakatan Rakyat atau mereka akan buat 'U' turn seperti yang berlaku di Perak?

Apa yang pasti, pengumuman itu hanya mengesahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah "raja lompat parti" dan akan terus menggunakan strategi ini secara terang-terangan untuk berkuasa. Namun dalam masa yang sama tidak boleh menerima senario yang sama sekiranya ada ahli partinya sendiri melompat ke Barisan Nasional. Buktinya nyata dengan apa yang berlaku di Perak. Kalau ahli partinya melompat ke BN salah, sebaliknya kalau ahli BN ke PR betul pula.

Sesungguhnya apa yang gempak semalam ialah kemasukan semula Tun Dr. Mahathir bin Mohammad ke dalam UMNO. Jika nak dibandingkan kemasukan semula Tun ke dalam UMNO dengan melompatnya 6,000 orang [betul ke?] ahli PPP ke PR, umpama bumi dengan langit. Tun Mahathir adalah seorang negarawan yang mempunyai pengaruh ke atas rakyat negara ini. Namun apa pengaruh sekumpulan ahli-ahli PPP itu ke atas rakyat negara ini? C-bOk tidak kenal pun siapa mereka itu? Sekiranya Presiden PPP pun meninggalkan PPP dan menyertai PR, C-bOk rasa tidak ada siapa yang akan teruja untuk berbondong-bondong meninggalkan BN.

Bukan setakat 6,000 malah sekiranya 60,000 pun ahli PPP melompat parti adakah rakyat Malaysia akan berubah arah dan bertukar memilih Anwar Ibrahim sebagai pemimpin mereka dan Nizar Jamaludin yang derhaka kepada Sultan sebagai wakil rakyat mereka?

Pengumuman gempaq yang Anwar Ibrahim war-war kan malam tadi sebenarya adalah cerita-ceriti politik murahan serta bengkrap ahli politik terpinggir. Semoga kita tidak terpengaruh dengannya.

[Nota:]
Rujuk gambar di atas: Anwar Ibrahim sedang membetulkan cermin matanya atau...?

3 comments:

Anonymous said...

sebenarnya anwar ni dok menipu orang tak habis-habis. buat sensasi supaya ramai orang pi dengar ceramah dia. bila orang ramai, dia pun dabik dada lah satu dunia.

dia tau ada orang akan percaya juga.

Anonymous said...

gempaq keling ruoanye

melayuangkat said...

Terbaru, seorang ahli PPP buat Polis report sebab katanya masyarakat India di situ 4,000 sahaja. Dan lagi mereka kata mereka sokong BN.

Agaknya 60 sahaja kot yang lompat, tersilap letak kosong.