Tuesday, April 07, 2009

Siapa Menteri Kita?

Siapa yang akan menjadi menteri kabinet dan berapa besar kabinet Datuk Seri Najib (DSN) adalah persoalan yang kini bermain di fikiran seluruh rakyat Malaysia.

Setelah memulakan beberapa hari pertamanya sebagai Perdana Menteri dengan mesej-mesej jelas bahawa beliau bakal membawa perubahan kepada kepimpinan negara seperti membebaskan tahanan ISA, mengkaji Akta ISA dan lain-lain, pengumuman nama-nama mereka yang akan menyertai saf kepimpinan beliau adalah dinanti-nantikan. Bukan sahaja oleh parti-parti gabungan BN, malahan oleh parti-parti pembangkang serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

Setelah Malaysia boleh dikatakan "layu" sejak 5 tahun dahulu, rakyat menantikan gabungan terbaik yang mampu diketengahkan oleh DSN untuk memacu negara dalam masa yang singkat untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 bagi melahirkan sebuah negara Malaysia yang maju. Maju mengikut acuan kita yang terdiri daripada negara majmuk yang didiami oleh pelbagai kaum dan budaya.

Tahun 2020 bukanlah lama lagi. Kira-kira 11 tahun daripada sekarang. Ketika ianya dilahirkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad, faktor kemelesetan ekonomi global yang sedang kita hadapi sekarang serta setback selama 5 tahun di bawah kepimpinan terdahulu tidak diambil kira malahan tidak dijangkakan. Untuk meletakkan Malaysia kembali ke landasan yang betul pastilah mengambil masa yang lama serta komitmen yang jelas serta tegas di kalangan pemimpin eksekutif negara.

Sehubungan dengan ini, DSN mempunyai tugas yang amat berat namun perlu dilaksanakan di dalam menamakan gabungan saf yang terbaik untuk bersama-sama beliau. C-bOk berharap, DSN meletakkan keutamaan kepada menyusun semula kedudukan ekonomi negara di dalam menamakan tokoh-tokoh yang akan membantu beliau. Begitu juga keutamaan untuk menyusun semula Kementerian-Kementerian yang akan dipertanggungjawabkan sebagai vehicle memacu pertumbuhan itu.

Gabungan terlalu banyak Kementerian seperti yang ada sekarang mewujudkan banyak kekeliruan serta proses yang tidak perlu untuk satu-satu inisiatif. Sekadar menyebut beberapa contoh, terdapat 8 Kementerian dan berbelas-belas agensi yang melihat perkembangan industri herba di negara ini. Begitu juga tidak kurang 3 Kementerian dan pelbagai agensi yang menyelia sektor pekerjaan dan perburuhan sehingga menimbulkan banyak kekeliruan dan ketirisan. C-bOk berharap perkara ini berada di dalam pertimbangan DSN di dalam menamakan Menteri Kabinet dan Kementerian-Kementerian.

Sesungguhnya, pengumuman inilah yang akan menentukan sejauhmana kemampuan DSN untuk membawa perubahan dan C-bOk yakin DSN mampu melakukannya. Apa-apa pun mantan Perdana Menteri memberikan nasihat serta mesej yang jelas di dalam blog beliau.

5 comments:

Zainal Ariffin B Ashari said...

En Zainal,

X mahu meneka siapa menteri kita, saja ingin menanyakan soalan; KJ : Iconic or ironic?

Kecewa dgn results hari ini.

Salam

Zainal A. Kasim said...

Saudara Zainal Ariffin,

Pastinya bukan "ikon". Saya juga kecewa dengan result hari ini tetapi sudah dijangkakan.

Zainal Ariffin B Ashari said...

En Zainal,

TQVM. Itulah jawapan yang saya ingin dengari.

Salam

Permaidani Dunia said...

Salam Ukhuwah..

KJ layak jadi menteri.
http://permaidanidunia.blogspot.com/

Zainal A. Kasim said...

Permaidani Dunia,

Sesiapa sahaja layak jadi Menteri. Semuanya mempunyai kelebihan dan kekurangan. Namun adakah perlantikan KJ akan diterima oleh rakyat? Adakah ianya akan diterima oleh ahli-ahli UMNO sendiri? Sedangkan 2/3 perwakilan PEMUDA menolak beliau.

Soalnya sekarang bukannya dia layak atau tidak. Perkara pokok ialah dia di dapati bersalah dengan bukti yang menunjukkan dia terlibat dengan politik wang cuma menerima hukuman beberbeza berbandng dengan calun-calun lain.

Menuduh Lembaga Disiplin sebagai mengikut telunjuk TDM juga tidak adil kerana sekiranya mengikut TDM sudah pasti KJ sudah jadi sejarah dalam UMNO dan pasti ramai lagi yang akan dihukum dengan kesalahan pelanggaran disiplin parti khususnya politik wang.

Kita oleh sahaja bersetuju atau tidka bersetuju dengan satu-satu perkara. Namun sewajarnya kita meletakkan komen kita berdasarkan kepada fakta yang jelas dan bukan berdasarkan kepada andaian. Saya condong mengatakan catatan saudara berkaitan dengan kaitan Lembaga Disiplin dengan TDM adalah berdasarkan "andaian" semata-mata.