Wednesday, April 15, 2009

MeCD: Dari "One Stop Centre" ke "EIGHT Stop Centres"

Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan akhbar berkaitan dengan penyerapan agensi-agensi di bawah MeCD yang dibubarkan kepada beberapa buah Kementerian. Peranan yang dahulunya diselia oleh MeCD kini telah dipindah/dipecahkan kepada 8 buah Kementerian lain. Ringkas kata, untuk satu isu keusahawanan, usahawan perlu berhubung dengan 8 buah Kementerian yang berbeza.

Adakah ini satu tindakan yang bijak? C-bOk rasa tidak! Ianya akan menyukarkan usaha untuk membangunkan usahawan Bumiputra dan meningkatkan birokrasi

Datuk Seri Najib, saya tidak bersetuju dengan Datuk Seri berkaitan dengan perkara ini.

Berikut adalah kenyataan daripada Pejabat Perdana Menteri.


Pejabat Perdana Menteri
KENYATAAN MEDIA PEJABAT PERDANA MENTERI
Penyerapan Fungsi-Fungsi Dan Agensi-Agensi Di Bawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi

Adalah dimaklumkan bahawa Y.A.B. Perdana Menteri telah bersetuju supaya fungsi-fungsi dan agensi-agensi yang berkaitan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang telah dibubarkan berikutan pelantikan Anggota-Anggota Pentadbiran yang baru pada Jumaat, 10 April 2009 diserapkan ke kementerian-kementerian lain seperti berikut:

(1) Pembangunan dan Penggalakan Sistem Francais dan Pembangunan Skim Vendor dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;

(2) Pembangunan Masyarakat Perindustrian Perdagangan Bumiputera, Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan Bank SME dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri;

(3) Pembangunan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Maktab Kerjasama Malaysia dipindahkan ke Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna;

(4) Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri;

(5) Pusat Khidmat Kontraktor (PKK) dipindahkan ke Kementerian Kerja Raya;

(6) Perbadanan-Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA), Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan Bank Rakyat dipindahkan ke Kementerian Kewangan;

(7) Majlis Amanah Rakyat (MARA) dipindahkan ke Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah;

(8) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Malaysia-Japan University (MAJU) dipindahkan ke Kementerian Pengajian Tinggi; dan

(9) Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) dipindahkan ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

2. Penyerapan fungsi-fungsi dan agensi-agensi di atas akan terus memastikan peranan-peranan utama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi
sebelum ini, khususnya bagi melahirkan masyarakat perdagangan dan Perindustrian Bumiputera, memperluas dan mempercepatkan penglibatan Bumiputera dalam arus ekonomi negara, membangun kawasan pertumbuhan baru dan memperkasakan koperasi akan terus diberi penekanan oleh Kerajaan.

Pejabat Perdana Menteri
15 April 2009

4 comments:

iskandar zulkarnain said...

Mungkinkah dengan slogan One Malaysia, mengikis semangat kemelayuan Najib? Tk atas ziarah

KALAM JAUHARI said...

Apabila akaltidak berfikir dengan betul maka kita akan melihat kecelaruan tindakan.

Anonymous said...

Kabarnya ini adalah atas nasihat dan desakan Omar Ong, Ethos Consulting anak Cina menyamar Melayu yang nak bawak Malaysian Malaysia. Dia budak tingkat 4.

Berhati2 Dato Najib! Selamatkan MeCD.

Melayu

Sam said...

Hahahaha... berfikir diluar kotak.. Buatlah perkara yang menyusahkan bukan menyenangkan, baru ada umphhh... TAPI masih ada harapan untik baik pulih keadaan, mengaku silap apa ruginya...