Friday, April 10, 2009

Kenapa Bubarkan MeCD Pejuang Dasar Ekonomi Baru?

Di sebalik pengumuman Kabinet baru Datuk Seri Najib yang telah dikecilkan semalam yang pada dasarnya diterima positif, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) telah dibubarkan.

Kementerian ini yang dilahirkan di era kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohammad begitu sinonim dengan pembangunan usahawan di negara ini khususnya usahawan Bumiputra. Dengan mewujudkan sebuah Kementerian yang di ketuai oleh seorang Menteri bagi membangunkan ekonomi Bumiputra adalah satu pengiktirafan kepada usaha serta desakan untuk memberi perhatian kepada penyusunan ekonomi negara supaya penduduk Bumiputra berdiri sama tinggi dan duduk sama rata dengan bukan Bumiputra yang telah menguasai ekonomi negara sejak sekian lama.

Realitinya, MeCD adalah penggerak utama pembangunan ekonomi Bumiputra melalui pelbagai agensi yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan pelbagai agenda Dasar Ekonomi Baru (DEB) seperti MARA, Maktab Kerjasama Malaysia, TEKUN, PNS, UDA, Bank Rakyat, SME Bank, Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) di seluruh Malaysia.

Di bawah setiap agensi ini pula terdapat banyak inisiatif seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), GiatMARA, IKM, pinjaman perniagaan, skim latihan, pembangunan koperasi, pusat rekabentuk, Gerak Usahawan, SDSI, Pusat Pengumpulan dan Pemasaran Produk Usahawan (4PU) dan sebagainya lagi. Melalui inisiatif-inisiatif inilah ekonomi Bumiputra mula berkembang sedikit demi sedikit walaupun masih jauh daripada kekuatan ekonomi bukan Bumiputra.

Pendek kata, MeCD adalah antara Kementerian yang menyumbang dengan agresif kepada ekonomi negara melalui pelbagai inisiatif yang dijalankan. Usahanya melahirkan usahawan-usahawan baru dan memupuk kekuatan usahawan sedia ada adalah amat penting kepada negara dan usahawan Bumiputra. Rata-rata golongan Bumiputra di negara ini melihat kepada MeCD sebagai tempat mereka bergantung apabila hendak memulakan perniagaan dan memantapkan operasi fasa pertama usaha-usaha niaga yang mereka lakukan sebelum mereka bersedia dengan cabaran yang lebih hebat di pasaran terbuka dan global.

Sehubungan dengan ini, apabila MeCD di bubarkan, C-bOk rasa amat kecewa. Usaha untuk memartabatkan ekonomi Bumiputra kini seolah-olah tidak lagi jadi satu agenda penting kepada kabinet baru dengan pembubaran kementerian ini. Kesannya kepada ekonomi Bumiputra dan ekonomi negara pasti besar. Manakan tidak, segala aktiviti yang dirancang dengan skala besar oleh MeCD sebelum ini kini akan dipecah-pecahkan kepada Kementerian-Kementerian lain pula yang pada pandangan C-bOk tidak berorientasikan kepada pembangunan ekonomi Bumiputra.

Sebagai contohnya, meletakkan MARA dan TEKUN di bawah Kementerian Luar Bandar dan Wilayah. Walaupun inisiatif MARA da TEKUN masih akan diteruskan tetapi, objektif Kementerian Luar Bandar dan Wilayah bukan kepada pembangunan usahawan. Sehingga catatan ini ditulis, masih belum jelas lagi di manakan agensi-agensi penting MeCD seperti SKM, PNS, SME Bank dan lain-lain akan di letakkan. Begitu juga dengan status aktiviti sedia ada seperti Gerak Usahawan, 4PU dan sebagainya lagi.

C-bOk tidak dapat tidak mentafsirkan pembubaran ini adalah mungkin selari dengan matlamat 1 Malaysia DSN. Objektif 1 Malaysia adalah kesamarataan peluang kepada semua rakyat di negara ini. Masalahnya Bumiputra masih jauh ketinggalan di negara ini dari segi ekonomi. Ketika kita baru hendak bertatih, tiba-tiba ianya dihentikan. Jadi, tindakan memberhentikan inisiatif pembangunan ekonomi Bumiputra melalui MeCD ketika kita baru hendak bermula dan dalam keadaan krisis ekonomi global ini, C-bOk rasa kurang bijak dan pasti akan memberi kesan kepada persepsi masyaraka.

Namun hati C-bOk juga berkata-kata tentang kemungkinan adanya "tekanan" pihak tertentu untuk membubarkan Kementerian ini yang telah berjaya membantu pembangunan usahawan Bumiputra. Pelbagai aktiviti terancang yang sedang dan akan dilaksanakan mengundang banyak perasaan "iri hati" golongan tertentu. Mungkin kah ada yang tidak suka dengan apa yang telah dilaksanakan sebelum ini?

Sesungguhnya usaha untuk memartabatkan ekonomi Bumiputra masih lagi satu perjalanan yang jauh. C-bOk berharap Datuk Seri Najib menjelaskan dengan segera komitmen beliau dan Kerajaan pimpinan beliau di dalam usaha-usaha pembangunan ekonomi Bumiputra. Begitu juga dengan persatuan serta dewan perdagangan Bumiputra di negara ini perlu mendapatkan penjelasan daripada Kerajaan untuk memastikan ekonomi Bumiputra tidak terus ketinggalan.

Namun C-bOk berharap DSN mengkaji semula keputusan ini dan mempertimbangkan semula untuk mengekalkan MeCD dan peranannya di dalam membangunkan ekonomi Bumiputra melalui pelbagai agensi di bawahnya.

7 comments:

Ha ha ha said...

Salam..

Saya tak heran dengan Najib membuang MeCD..sebab sebelum nih pun banyak benda yang tak baik beliau buat..

Ingatak lagi sejarah Pengkeparatan Universiti???..Meritokrasi Universiti..Penutupan Pusat Metrokulasi Kendalian Universiti???..Penubuhan PTPN??? Penghapusan Biasiswa/Pinjaman oleh JPA (telah di buka semula sekarang ini)????...SEMUA TU MASA NAJIB JADI MENTERI PENDIDIKAN..SO I WONDER WHAT HE WILL DO NEXT!!!!!..So watch out..

har har har ha ha ha ha haha ha ha

Anonymous said...

Selaras dengan 1Malaysia, MecD dimansuhkan. MeCD terlalu banyak menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan usahawan Bumiputera, serta pendidikan Bumiputera khususnya Melayu.

Fungsi MeCD tidak sesuai lagi dengan 1Malaysia kerana MeCD berusaha untuk menjayakan DEB,pejusng DEB. Mana boleh diteruskan, jika diteruskan bercanggah dengan 1Malaysia. SATU MALAYSIA. Kalau diteruskan Najib akan dianggap ultra melayu pula.

PAS dengan slogan PAS for ALL, DAP masih Malaysian Malaysia and No DEB dan PKR dengan' Malaysia India Punya, Malaysia Cina Punya, Malaysia Melayu Punya, maka UMNO dan BN kena kata SATU MALAYSIA. Apa bezanya 1Malaysia dengan semua slogan tersebut.

Saya kurang faham jika fungsinya dibahagikan antara KKLW dn MITI. Bukankah lebih baik diletakkan dibawah JPM atau Perdana Menteri sendiri scara lansung.

suhaimi ms said...

betul tu bang mintak mintak ada penjelasan

Alamfanacinta said...

Saya lebih kecewa bila Mecd di bubarkan.Peneraju Mecd idola saya.Ikhlas berbakti,menabur budi tanpa jemu demi anak bangsa tanpa menghiraukan diri sendiri.Mempunyai idea idea yang kreatif sehingga Mecd Menjadi bualan di sana sini.Membina jaringan yang kukuh antara Mecd dan masyarakat.Saya mewakili rakan rakan juga keliru mengapa Mecd tidak melekat di hati Perdana Menteri.
Bad thing always happen to good people.Saya yakin tidak akan ujud lagi pegawai tinggi sepertinya yang bekerja bukan untuk mencari popular.Apapun jasanya tetap di kenang sepanjang zaman bahkan pahalanya hidup subur hingga ke akhir hayat nanti.

Keylee Daud said...

ini namanya kabinet rakyat..rakyat dalam kabinet

Anonymous said...

Hmm MeCD juga bertanggungjawab untuk pembangunan gerakan koperasi di Malaysia. Hasrat kerajaan untuk menjadikan koperasi sebagai sektor penjana ekonomi ke 3 selepas sektor awam dan swasta nampaknya hanya sekadar kata2.

Gerakan koperasi di sini sebenarnya sudah mencecah 87 tahun tapi apa sumbangan kepada negara? Tak sampai 1% pun kepada KDNK sedangkan di negara India, Jepun, Iran, New Zealand dan beberapa lagi, koperasi menyumbnagkan peratusan yang tinggi kepada KDNK negara masing2.

Kenapa jadi begitu sedangkan kita tengok Bank Kerjasama Rakyat, atau lebih dikenalai sebagai Bank Rakyat, adalah satu contoh koperasi yang begitu berjaya dan memperolehi keuntungan yang begitu besar, tapi dimana koperasi yang lain?

MeCD, Kementerian Pembangunan Usahawan dan KOPERASI. Mungkin selama ini masyarakat umum tiada kesedaran mengenai koperasi tetapi bila ada MeCD dan menggunakan perkataan Koperasi sebagai nama kementerian, sedikit sebanyak telah memberi promosi kepada umum. Secara tak langsung umum mula menyedari kewujudan gerakan koperasi. Namun bila MecD dibubarkan, kemana hala tuju koperasi?

Sekarang berlangsung perhimpunan bulanan terakhir MeCD di putrajaya. Bagi kami yang terlibat secara langsung dengan gerakan koperasi di Malaysia ni masih tertanya2 ke kementerian manakah kami akan diletakkan? Apakah nasib kami dalam memperkasakan gerakan koperasi? Hmm tunggu dan lihat dan dengar dan baca..

alamfana said...

Saudara Zainal,
Pada pendapat saya, MeCD merupakan wadah perjuangan kepada usahawan Melayu dan Bumiputra perlu dikekalkan kerana telah terbukti berjaya meningkatkan penyertaan dan pegangan Melayu dalam perniagaan serta telah memajukan usahawan hingga melahirkan ramai jutaan. Industri kecil di kampung-kampung juga telah merasai nikmat melalui penyertaan promosi seperti program Gerak Usahawan, Groom Big dan kempen promosi pengiklanan di mana sebelum ini kalau nak buat promosi di akhbar atau media pengiklanan lain amat sukar disebabkan kos yang dikenakan amat tinggi.
Sekiranya agensi di bawah MeCD diletakkan di merata kementerian maka koordinasi akan bertambah sukar disebabkan sistem yang telah ada sudah baik dan mencakupi semua dari bantuan kewangan, promosi, pembangunan produk, pengangkutan, pelajaran dan sebagainya. Disinilah kita dapat lihat orang melayu datang dan MENGIMRAHKAN bangunan MeCD. Pergilah ke sana, setiap hari ada saja usahawan dan bakal usahawan dari usia muda hingga ke senja datang mengharapkan bantuan dan tunjukajar. Kalau nak diharapkan pada Persatuan seperti DPMM, GPMS atau yang lainnya macam tiada perancangan strategik dan hanya kepada ahli-ahli sahaja. Takkan makcik jual goreng pisang kena jadi ahli DPMM yang kebanyakkannya di kalangan warga Koperat yang ada `title' serta mempunyai agenda peribadi masing-masing. Kita tak boleh ikut DPMM Cina yang memang terbukti membantu tanpa had dan bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk bangsa dia sendiri. MeCD telah buat segala-galanya dan seharusnyalah ia perlu diteruskan serta diberi nafas baru bagi menyambung perjuangan YANG BELUM SELESAI. Kakitangan MeCD sepanjang yang saya berurusan dengan mereka sanggup membantu dan turun padang walaupun pada cuti hujung minggu, tetap akan menjawab panggilan telefon kita. Saya betul-betul mengharapkan, biarlah kita adakan semula MeCD!